Pages

Tuesday, July 27, 2010

aku sedih

sedih dan sangat menyedihkan,

kita melaungkan benci islamophobia,

benci Israel, benci kezaliman dan kejahiliahan,

tapi,

dalam pada masa yang sama,

kita berhatikan bola, berhatikan artis, berhatikan game dan drama

berhatikan DUNIA!

malu..

malu dengan Allah,

malu dengan diri sendiri..

malu dengan mereka yang menilai dan melihat kita

Ayuh!

sedar siapa kawan dan siapa lawan,

mana yang bermanfaat dan mana yang merugikan

Mari!

mari membangun bersama islam,

mari bersama menegakkan semula syiar islam


semoga.. apabila Allah menanya kita semasa diakhirat nanti,

kita boleh menjawab, "aku telah berkorban itu dan ini demi Agamamu Ya Rab"

dan semoga Allah menerima amal kita semua.

Tuesday, July 20, 2010

Sudah lupakah kita?

Kenal group 2 p.m ? artis terkenal dikorea mse ni. jujurnya sy cume kenal nama band sahaja.

Tahukah pula kisah bagaimana Khalid Al-walid memimpin pahlawan islam menewaskan tentera rom dan parsi demi untuk menyebarkan islam ? anak panah, tombak dan bermacam lagi senjata tajam pernah tertusuk dibadan beliau. belum dikira lagi Rasulullah s.a.w sendiri dihina di Taif dan dicaci semase menyebarkan islam hingga dari pengorbanan merekalah kita pade hari ni dilahirkan dalam keadaan islam iaitu nikmat terbesar.

Tapi yang menyedihkan..umat islam sekarang terutamanya di negara2 yang aman tanpa penindasan dan dalam keadaan selesa lebih suka untuk memuja artis2, tak kira barat atau timur. Sanggup spend money utk ke konsert dan beli album.

Apakah perasaan pejuang islam yang terdahulu agaknya bila melihat keadaan umat islam zaman kini? Adakah kita lebih mengetahui sejarah pejuang2 islam dari sejarah artis2? berbaloikan kita membalas pengorbanan mereka dengan cara ini?

Mengapa kita memuja dan obsess terhadap mereka yang memandang rendah dan menolak islam, walhal mereka tidaklah menyukai kita sebagai mana kita menyukai dan meminati mereka.

Bukan bertujuan untuk menyalahkan para peminat dan pemuja seni, cuma ingin mengajak berfikir sejenak, terutamanya orang-orang muda untuk sedar akn hakikat sebenar dan bertanya kepada diri sendiri adakah cukup hidup dengan mengikuti apa yang kita minat dan suka dan lupakan apa yang lebih utama?

"Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan di dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan."

(Yunus: 7-8)

Mari beramal maruf dan nahi mungkar.


Thursday, July 15, 2010

Kembali kepada matlamat tujuan asal

ddk dekat korea ni, baru tau rupa2nya org2 korea rmi yg bunuh diri bile stress tak tertanggung. dlm berita utusan awl julai thn ni ade melaporkan sorg artis korea mati bunuh diri. dan dpt tau semenjak 5 tahun lepas, tiap2 tahun ade artis korea yg terkenal yg mati bunuh diri, atas alasan pressure dgn karier dan masalah family. yg jelas, ade 2 sebab kenape berlaku peristiwa mcm ni.

  1. rasa hilang tempat bergantung. buntu cari jalan penyelesaian.
  2. tak tahu tujuan hidup.

bila dah rase karier makin teruk, susah nk cari makan dan rase2 mcm dh takde jalan penyelesaian, then sesetengah orang mengambil jalan mudah untuk lari dr masalah dgn menamatkan riwayat hidup. tapi, kite semua tahu yg itu bukanlah jalan penyelesaian, malah short cut utk disoal jawab di kubur.

jadi apa tujuan asal kita berada didunia ini?

tak sesusah mcm ape kite sangka. siapa2 pun boleh capai tujuan ni walaupun die tak berharta, tak bijak dan tak cantik atau hensem. tujuan hidup ini bukanlah untuk sentiase dapat yg terbaik dalam exam atau karier, bukan juga utk sentiase dapat duit yg penuh dalam poket (sampaikan bangun tidur, makan, minum 24 jam struggle utk kerja@study). cuba bayangkan, kalau itulah tujuan hidup kite, then macam mane kalau suatu hari nt kite kne buang kerja, or result teruk, or hilang harta benda? berbaloi ker usaha kite selama ni?.

Then, cuba kita fikir semula ape matlamat sebenar Allah menciptakan kita..

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"

(Az-Zariyat:50)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

(Al-Baqarah:30)

setiap apa yang kita lakukan, ingtlah yang tujuan asal kita adalah utk beribadah dan menjadi khalifah( kpd diri sendiri dan orang yg kita jaga).

disini bukan bermaksud kita perlu abaikan study atau tak bekerja keras, tapi biarlah apa yang kite usahakan tu sambil kita tak lupakan tujuan asal. ble result teruk, kita tau yg kte tgh diuji oleh Allah dan hati kite lebih tenang dan berusaha utk buat yg lbh baik lagi. same jg mcm kne buang kerja or bisness tak bgs, ble kite diuji sebegitu kita akn terima sume tu bukannya dgn rasa marah atau tertekan dll.

semoga dengan menyedari tujuan hidup ni, kita dapat elak dari selalu rase tertekan didalam hidup dan semua kerja baik yang kita lakukan (study, cari rezeki, memasak dll) dikira sebagai ibadah (bila kita niatkan kerana Allah). insyaAllah nti hasilnya didunia kita dapat, diakhirat pun dapat juga. kan 2 in 1 macam tu ^_______^