Pages

Saturday, November 26, 2011

Sesetengah orang merasakan mereka bahagia dengan hanya menuruti apa yang mereka inginkan..
imam al-Ghazali pernah berkata "kebahagian sebenar adalah apabila kita dapat menuruti perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Kebahagian yang datang dari situlah secara fitrahnya adalah kebahagiaan yg sebenarnya"

Thursday, November 17, 2011

peristiwa dipagi hari

pagi tadi, otw ke tempat kerja suami, tiba2 bas didepan kami berhenti di tengah2 T junction.
hati pon berkate2..knape la bas ni berhenti kat tempat cmni.ish2..

Rupenyer2 tak lame lps tu nampak ade seorang yang lelaki bertongkat yang menghadapi masalah penglihatan yg berumur lebih kurang 45-50 tahun turun dari bas. ermm baru tau, baik rupenyer pemandu bas tu, die berhenti di t junction sbb nk turunkan orang tadi ditempat yg dekat dgn tempat kerjanya. (tetapi walaubagaimane pon kpd pemandu bas tu, sebenarnye agak bahaya berhenti di tengah2 T junction)

lepas tu tiba2 suami kate, "ooo abg mat rupenyer.."
sy pon tnye balik " eh abg kenal ker org tu?"
suami pun balas "mesti la kenal, die receptionist dkt office"

terpegun sekejap.. tak sangke ade syarikat yg memberi peluang pekerjaan kpd orang yang ada masalah penglihatan sebagai receptionist pule tu. bidang pekerjaan abg mat tu adelah bertnye kpd visitor nk jumpe siapa, dan die akan sambungkan panggilan kepada orang yg dicari oleh visitor tu.

sambung cerite..
lepas jer abg mat td turun dr bas, kelihatan guard (warga negara bangladesh) berlari2 anak ke arah abg mat tadi untuk memimpinnya masuk ke dalam office.
Bagusnyer amalan tolong menolong yang diamalkan oleh pekerja2 syarikat ni.

Bukan peristiwa td jer yang membuatkan penulis terpegun, suami jg ade bercerita yang syarikatnye membina sebanyak 6 buah surau utk pekerja2nya bersolat setiap waktu dan kate bosnyer tiada alasan untuk pekerja2 tidak bersolat semasa bekerja.

Bahkan, setiap sekali dalam sebulan, syarikat akan mengundang ustaz untuk mengadakan ceramah utk didengar oleh pekerja2 syarikat itu.

masyaAllah.. bilamana seorang hamba itu sedar yang dunia ini tempatnya didalam genggaman, dan akhiratlah sebenarnye yang perlu dikejar.

dimana kedudukan islam didalam harian kita? dibelakang dunia? atau dihadapan dunia?

p/s: peristiwa berlaku di indkom engineering sdn bhd, syeksen 16.