Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (103:1-3)
Friday, June 25, 2010
U.S will never change
--keratan dr surat kabar utusan--
Senat AS dakwa IHH pengganas
WASHINGTON 24 Jun - Seramai 87 daripada 100 anggota Senat Amerika Syarikat (AS) mendesak penganjur misi bantuan ke Gaza, Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) sebagai satu pertubuhan pengganas.
Desakan itu dikemukakan kepada Presiden Barack Obama semalam, supaya mencontohi tindakan rejim Yahudi yang melabel IHH sebagai pengganas, awal bulan ini.
Dalam surat itu, penggubal undang-undang terlibat memuji tindakan yang diambil Obama 'untuk mencegah penerimaan resolusi tidak adil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang serangan yang dilakukan Israel, yang membawa kepada penilaian segera oleh masyarakat dunia'.
Satu kenyataan Majlis Keselamatan PBB mengutuk serangan tersebut, namun ia tidak berjaya menubuhkan satu badan siasatan bebas dengan AS menyokong satu siasatan yang dijalankan Israel sendiri.
Senat Amerika turut menyuarakan sokongan terhadap tindakan mempertahankan diri Israel dalam berhadapan ancaman Hamas, Hizbullah dan Iran.
Penggubal undang-undang tersebut menulis sepucuk surat kepada Presiden Barack Obama bahawa mereka 'menyokong penuh hak mempertahankan diri yang dilaksanakan Israel'.
"Sebagai reaksi kepada beribu-ribu roket yang dilancarkan dari kawasan Hamas di Gaza, Israel mengambil langkah menyekat barangan yang boleh digunakan untuk menyokong serangan tersebut daripada sampai ke Gaza," kata anggota Senat merujuk kepada sekatan maritim empat tahun yang dikuatkuasakan ke atas wilayah Palestin.
Israel minggu lalu, mengumumkan pihaknya melonggarkan sekatan tersebut bagi membenarkan semua barangan 'penduduk awam' memasuki Gaza, selepas satu krisis tercetus apabila komando Israel membunuh sembilan aktivis semasa satu serbuan terhadap flotila bantuan yang cuba mencabar sekatan rejim itu terhadap Gaza pada 31 Mei lalu.
Penggubal undang-undang dari kedua-dua sayap politik itu turut menegaskan bahawa 'adalah menjadi satu kepentingan negara untuk menyokong Israel pada waktu ini, ketika ia berhadapan ancaman Hamas di Gaza, Hizbullah di Lebanon dan Iran'. - AFP
--
video tahun 2009
smoge lebih rmi pemimpin2 yg berani mcm Tayyib Erdogan lahir dlm negara2 islam.
sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm , 26 jun 2010
Wednesday, June 23, 2010
Macam2
Baru2 ni bace surat kabar Malaysia, pelik2 jer masalah yang di war2kan dalam berita. Tiba2 dengan masalah JI nyer lah yang dikaitkan dengan wahabi n JIM. ermmmmm…. ape nk jadi la agaknyer eh dgn Malaysia skrg ni.. sampaikan dah dikaitkan sume tu ade hubungan dgn al-qaedah. mcm taktif U.S pule rasenyer, ble nk masuk n porak perandakan sesebuah Negara islam tu, mule la die nk kaitkan ade al-qaedah kat dalam Negara tu….
Allah tu maha berkuasa.. smoge Allah lindungi Malaysia dan Negara islam yang lain dari terus diperkotak katikkan oleh musuh2 islam.
Its time for Muslim to wake up from their long sleep
Sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm