kononnyer obama lain dari president2 U.S yg sebelum ni. berkempen bagai nk rak kononnye nk wujudkan keamanan dunia. tp dh terbukti 2 x 5 jer. mcm mane la U.S boleh nk labelkan IHH sbgi institusi pengganas. sdgkan dh terang2 kapal tu cuma bawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. nmpak gayenyer.. diorg (musuh2 negara islam a.k.a geng2 zionist) dh start nk aim negara turkey selepas pemimpin dr parti islam Tayyib Erdogan berjaye jd prime minister di turkey.
--keratan dr surat kabar utusan--
Senat AS dakwa IHH pengganas
WASHINGTON 24 Jun - Seramai 87 daripada 100 anggota Senat Amerika Syarikat (AS) mendesak penganjur misi bantuan ke Gaza, Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) sebagai satu pertubuhan pengganas.
Desakan itu dikemukakan kepada Presiden Barack Obama semalam, supaya mencontohi tindakan rejim Yahudi yang melabel IHH sebagai pengganas, awal bulan ini.
Dalam surat itu, penggubal undang-undang terlibat memuji tindakan yang diambil Obama 'untuk mencegah penerimaan resolusi tidak adil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang serangan yang dilakukan Israel, yang membawa kepada penilaian segera oleh masyarakat dunia'.
Satu kenyataan Majlis Keselamatan PBB mengutuk serangan tersebut, namun ia tidak berjaya menubuhkan satu badan siasatan bebas dengan AS menyokong satu siasatan yang dijalankan Israel sendiri.
Senat Amerika turut menyuarakan sokongan terhadap tindakan mempertahankan diri Israel dalam berhadapan ancaman Hamas, Hizbullah dan Iran.
Penggubal undang-undang tersebut menulis sepucuk surat kepada Presiden Barack Obama bahawa mereka 'menyokong penuh hak mempertahankan diri yang dilaksanakan Israel'.
"Sebagai reaksi kepada beribu-ribu roket yang dilancarkan dari kawasan Hamas di Gaza, Israel mengambil langkah menyekat barangan yang boleh digunakan untuk menyokong serangan tersebut daripada sampai ke Gaza," kata anggota Senat merujuk kepada sekatan maritim empat tahun yang dikuatkuasakan ke atas wilayah Palestin.
Israel minggu lalu, mengumumkan pihaknya melonggarkan sekatan tersebut bagi membenarkan semua barangan 'penduduk awam' memasuki Gaza, selepas satu krisis tercetus apabila komando Israel membunuh sembilan aktivis semasa satu serbuan terhadap flotila bantuan yang cuba mencabar sekatan rejim itu terhadap Gaza pada 31 Mei lalu.
Penggubal undang-undang dari kedua-dua sayap politik itu turut menegaskan bahawa 'adalah menjadi satu kepentingan negara untuk menyokong Israel pada waktu ini, ketika ia berhadapan ancaman Hamas di Gaza, Hizbullah di Lebanon dan Iran'. - AFP
--
video tahun 2009
smoge lebih rmi pemimpin2 yg berani mcm Tayyib Erdogan lahir dlm negara2 islam.
sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm , 26 jun 2010
No comments:
Post a Comment