Pages

Monday, June 20, 2011

Karakteristik Peribadi Mulia (part 5)

KEENAM : KUAT ATAU TAHAN DIRI

Kuat artinya memiliki ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, tidak mudah putus asa, tidak suka mengeluh dan sihat jasmani-rohani. Kuat juga boleh diertikan sebagai unggul dan berkualiti.

Firman Allah swt :

“Janganlah berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali kaum kafir.” (QS Yusuf : 87)

KETUJUH : PEMAAF DAN TIDAK PENDENDAM

Memaafkan kesalahan manusia dan menahan amarah adalah ciri orang yang bertakwa sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah swt dalam Al Qur’an :

“(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS Ali Imran ayat 134)

Begitu juga Rasulullah saw bersabda :

“Allah tidak akan menambah seseorang yang suka memberi maaf melainkan dengan kemuliaan.” (HR Muslim)

KELAPAN : MENAHAN AMARAH

Marah boleh membawa kepada malapetaka. Orang yang sedang marah sebenarnya telah dikuasai oleh hawa nafsu dan syaitan. Fikirannya menjadi tidak jernih dan tidak bersih. Akalnya menjadi tidak berfungsi normal.

Rasulullah saw bersabda :

“Bukanlah orang yang gagah perkasa namanya iaitu yang kuat bergusti, tetapi yang disebut gagah perkasa itu ialah orang yang dapat mengendalikan nafsunya (dirinya) ketika sedang marah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Thursday, June 16, 2011

Karakteristik Peribadi Mulia (Part 4)

KEEMPAT : SENYUM ATAU BERMANIS MUKA

Senyum adalah suatu kebajikan dan sama dengan ibadah sedekah. Rasulullah saw sangat menganjurkan umatnya agar murah senyum atau bermuka manis. Kemanfaatan senyum dapat kita rasakan tatkala melihat keramahan orang lain pada kita.

Sebaliknya, sukakah kita melihat orang bermuka masam terhadap kita?

Rasulullah saw bersabda :

“Kamu tidak dapat meratai (memberi semua) manusia dengan harta-hartamu, tetapi hendaklah bermanis muka dan perangai yang baik dari kamu meratai mereka.” (HR Abu Ya’la)

KELIMA : SABAR

Bersabar dalam pergaulan adalah sifat mukmin sejati. Dalam bergaul, kita menemui ramai manusia dengan berbagi ragam, watak dan perilakunya :

a. Ada yang menyenangkan.

b. Ada pula yang menyusahkan.

Terhadap yang tidak menyenangkan, kita disuruh bersabar menghadapi sikap mereka.

“Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas gangguan mereka lebih baik daripada yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas gangguan mereka.” (HR Ibnu Majah dan Tirmizi)

Imam Al-Ghazali berkata :

“Sabar adalah suatu keadaan mental dalam mengendalikan nafsu yang tumbuhnya adalah atas dorongan ajaran agama”.

Menurut Nabi saw, ada beberapa tingkatan sabar iaitu :

1. Sabar dalam menghadapi musibah.

2. Sabar dalam mematuhi perintah Allah swt.

3. Sabar dalam menahan diri untuk tidak melakukan maksiat.

Sabar yang pertama merupakan tingkatan kesabaran yang terendah, yang kedua merupakan tingkatan pertengahan dan yang ketiga merupakan tingkatan kesabaran tertinggi. (HR Ibnu Abi Ad-Dunia)

Tuesday, June 14, 2011

Karakteristik Peribadi Mulia (Part 3)

KEDUA : MALU (HAYA’)

Malu adalah perasaan untuk tidak ingin direndahkan atau dipandang buruk oleh pihak lain. Jadi, malu adalah persoalan harga diri atau maruah.

Malu yang paling utama adalah malu kepada Allah swt sehingga kita tidak ingin berbuat sesuatu yang melanggar peraturanNya. Malu kepada manusia juga mestilah dalam konteks malu kepada Allah.

“Sesungguhnya sebahagian yang didapatkan manusia dari perkataan nabi-nabi terdahulu ialah ‘Jika kamu tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu!’” (HR Bukhari)

KETIGA : RENDAH HATI (TAWADHU’)

Ia adalah perasaan lemah dan kecil di hadapan Allah. Sifat ini akan membuat seseorang :

a. Tidak berlaku sombong.

b. Tidak memandang dirinya mulia.

c. Tidak merasa paling benar.

Fudhail bin Iyadh berkata :

“Tawadhu’ ialah tunduk kepada kebenaran dan mengikutinya, walaupun kebenaran itu datang dari seorang anak kecil.”

Sunday, June 12, 2011

Karakteristik Peribadi Mulia (part 2)

PERTAMA : BERBICARA YANG BAIK-BAIK SAHAJA

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbicara yang baik atau (jika tidak demikian) hendaklah diam.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sebuah pembicaraan dikatakan baik apabila isinya :

  • Bermanfaat.
  • Mengandungi kebajikan.
  • Membuat pendengarnya senang hati.Tidak menyakiti hati orang lain.

Pembicaraan yang baik mempunyai beberapa ciri :

1. Penggunaan kata-kata yang benar atau sesuai dengan kaidah bahasa yang berlaku (qaulan sadida) sebagaimana ayat berikut :

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”

(QS An-Nisaa’ : 9)

2. Penggunaan kata-kata yang tepat sasaran, komunikatif, atau mudah difahami (qaulan baligha) sebagaimana ayat berikut :

“Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Maka berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.”

(QS An Nisaa’ : 63)

3. Penggunaan kata-kata yang santun, lemah-lembut, atau tidak kasar (qaulan karima) sebagaimana ayat berikut :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (QS Al Isra’ : 23)

4. Pembicaraan yang baik juga mesti mengandungi kejujuran atau kebenaran (shidqi).

Saturday, June 11, 2011

Karakteristik Peribadi Mulia (Part 1)

Jika seluruh manusia di dunia ini memiliki karakteristik peribadi mulia, boleh dibayangkan betapa indahnya kehidupan ini :

1. Tidak ada konflik.

2. Tidak ada permusuhan.

3. Tidak ada tindakan kriminal.

Sebaliknya, yang ada adalah :

a) Semangat kerjasama.

b) Saling berkasih-sayang.

c) Suka tolong-menolong.

d) Sentiasa berlumba-lumba dalam berbuat kebajikan.

Bolehkah keadaan sedemikian tercipta?

InsyaAllah ianya boleh berlaku dengan syarat, Dakwah Islamiyah terus menerus berlangsung dengan para pendakwahnya berjiwa :

1. Mujaddid (pembaharu).

2. Muwahhid (penyatu).

3. Mujahid (pejuang).

4. Muaddib (pendidik).

5. Musaddid (pelurus).

di samping berbekalkan keimanan dan keikhlasan.

Sasaran utama dakwah adalah perubahan polavberfikir dan sikap, sehingga terbentuk manusia-manusia yang berkeperibadian mulia. Itulah juga yang menjadi misi Islam sejak kelahirannya, yakni membentuk budi pekerti yang mulia.

Akhlak tempatnya di dalam hati. Ia adalah central command perilaku manusia dan ia juga adalah penentu baik-buruk perilaku seseorang.

Asas akhlak yang membawa kebaikan amal perbuatan adalah zikrullah, iaitu selalu mengingati Allah swt dalam segala keadaan. Zikrullah adalah dasar akhlak mulia, bersama sifat pemaaf, suka mengajak kepada kebenaran, berpaling dari orang-orang bodoh, suka berlindung kepada Allah swt dari godaan syaitan.


خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang maruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.

(QS Al Araf: 199-201)

bersambung...

http://dakwah.info/akhlak/karakteristik-peribadi-mulia/

Thursday, June 9, 2011

Berbahagialah

Berbahagialah wahai insan yang cekal menghadapi dugaan
Berbahagialah wahai insan yang tabah bertahan walaupon ramai yang gugur seorang demi seorang
Berbahagialah wahai insan yang yakin dengan janji-janji Allah
Berbahagialah wahai orang yang berusaha menyebarkan agamanya disaat yang lain memberi 1001 alasan
Berbahagialah wahai insan yang mencintai Allah dan dicintai Allah

Kemenangan terakhir adalah ditangan orang-orang yang bertaqwa
Aku juga ingin sepertimu..

Tuesday, June 7, 2011

Biar mulut diam dan akhlak berbicara

Barang siapa yang banyak perkataan nya, nescaya banyak lah silap nya.
Barang siapa yang banyak silap nya, nescaya banyak lah dosa nya.
Barang siapa yang banyak dosa nya, nescaya neraka lebih utama bagi nya
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendak lah ia berkata yang baik atau diam.
Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya.
(Abu Naim)(Bukhari dan Muslim)(At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTI NYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTI NYA CERDIK,
ORANG CERDIK PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP,
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH TIDAK SALAH,
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENAR NYA ORANG ITU MENGHINA DIRI NYA SENDIRI.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Diam bukan bermakna sombong,
Jadi kita di nasihat kan hendak nya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerana senyum itu adalah satu sedekah,
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

http://www.facebook.com/prof.m.ali