Jika seluruh manusia di dunia ini memiliki karakteristik peribadi mulia, boleh dibayangkan betapa indahnya kehidupan ini :
1. Tidak ada konflik.
2. Tidak ada permusuhan.
3. Tidak ada tindakan kriminal.
Sebaliknya, yang ada adalah :
a) Semangat kerjasama.
b) Saling berkasih-sayang.
c) Suka tolong-menolong.
d) Sentiasa berlumba-lumba dalam berbuat kebajikan.
Bolehkah keadaan sedemikian tercipta?
InsyaAllah ianya boleh berlaku dengan syarat, Dakwah Islamiyah terus menerus berlangsung dengan para pendakwahnya berjiwa :
1. Mujaddid (pembaharu).
2. Muwahhid (penyatu).
3. Mujahid (pejuang).
4. Muaddib (pendidik).
5. Musaddid (pelurus).
di samping berbekalkan keimanan dan keikhlasan.
Sasaran utama dakwah adalah perubahan polavberfikir dan sikap, sehingga terbentuk manusia-manusia yang berkeperibadian mulia. Itulah juga yang menjadi misi Islam sejak kelahirannya, yakni membentuk budi pekerti yang mulia.
Akhlak tempatnya di dalam hati. Ia adalah “central command” perilaku manusia dan ia juga adalah penentu baik-buruk perilaku seseorang.
Asas akhlak yang membawa kebaikan amal perbuatan adalah zikrullah, iaitu selalu mengingati Allah swt dalam segala keadaan. Zikrullah adalah dasar akhlak mulia, bersama sifat pemaaf, suka mengajak kepada kebenaran, berpaling dari orang-orang bodoh, suka berlindung kepada Allah swt dari godaan syaitan.
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ
“Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”
(QS Al A’raf: 199-201)
bersambung...
http://dakwah.info/akhlak/karakteristik-peribadi-mulia/
No comments:
Post a Comment