Pages

Monday, October 4, 2010

“The Untold Truth Behind the Mavi Marmara Voyage ” : A Real Life Experience by Ustaz Hasan



30 OKTOBER 2010
DEWAN ORIENTASI DONGYANG MIRAE UNIVERSITY
JAM 8 MALAM

untuk maklumat lanjut, layari http://korea.amirnet.org/2010/09/28/the-untold-truth-behind-the-mavi-marmara-voyage-a-real-life-experience-by-ustaz-hasan/

man ana


Ana in saaltal-qouma 'anni man ana 
jika ditanya aku tentang siapakah aku,

Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai
mukmin

Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
maka ketahuilah semua orang aku di
sini,

Lan anhani lan antani lan arkana
tidak akan terhina atau terpesong
maupun cenderung

Inni ra`aitullaha fi akwanihi
sesungguhnya Aku melihat Allah dalam
ciptaanNya,

Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi

dan aku dengar suara kebenaran dalam
QuranNya.

Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi

dan aku sentuh hikmahNya dan belai
kasihNya

Fi siratil-mukhtari fi imanihi

dalam sirah mereka yang terpilih
imannya

Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura

Akulah Mushaf yang berjalan dan Islam
diperlihatkan

Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara

akulah angin meniup tinggi atas setiap
pelayar

Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan

Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
dan untuk apa aku, aku untuk yang menciptakan semuanya
Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan,

Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat

dan akulah kejora jika kulihat kemungkaran2

Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
tiada bagiku selain jiwa yang menentang kejahatan

Qad bi'tuha lillahi wallahusytara

telah aku jualkannya pada Allah dan Allah membelinya

lirik lagu man ana by brothers.

Saturday, September 25, 2010

korban masa

di suatu petang, Aishah menelefon sahabatnya untuk mengajak menyertai program mendalami islam..

Aishah: Salam Laila, nak ajak awak ikut daurah minggu depan. rase2 dapat join tak?

Laila: erm... daurah? brape lame ye..

Aishah: taklame pun, 3 hari 2 malam jer.

Laila: ooo lame jgk tu, biasenyer 2 hari satu malam jer. saya bukannye ape awak.. cuti ni ade byk pula report nk kne siapkan. kalau sehari due jer ok la kot nk join.

Aishah: erm... takpe la, awak fikir dlu. nti jadi join ke tak awak konfemkan balik dekat saye eh. saya harap awak dapat join ^^

************************

mungkin ade sesetengah dari kita rasa sayang sangat nk korbankan masa untuk dihabeskan dengan aktiviti2 agama sebegini. Beralasan byk report nk kne buat, ade janji temu itu dan ini dll. Sekurang2nya alasan sebegitu lebih "baik" dari beralasan untuk menghabeskan masa cuti dengan rehat2 dirumah.

mari berfikir sejenak, jika masa 3 hari 2 malam itu Laila rasakan begitu lame, macam mane pula perkiraannya tentang tempoh sepanjang hidup di dunia ini? mungkin tersangat lama berbanding dengan 3 hari 2 malam. bagai mana pula pendapatnya dengan kehidupan yang infiniti di akhirat?

daurah 3 hari 2 malam(lama) -kehidupan di dunia(sangat lama) -kehidupan di akhirat( infiniti )


“Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu sore atau pagi

(An-Naziat:46)

ape sangatlah masa sedikit yang dikorbankan utk mendalami islam jika nk dibandingkan dengan pulangan nya yang infiniti di akhirat nanti.

p/s: bermuhasabah kembali akan tujuan asal hidup di dunia. Bersihkan pemikiran dari serangan pemikiran si barat.

Thursday, September 9, 2010

Tuesday, September 7, 2010

kak hana...
sudah 2 hari kak hana tinggalkan kami didunia ni..
tiba2 hari ni semua kenangan dengan kak hana dlu menerpa...
kak hana seorang yang sangat baik.. peramah..ceria dan byk bekorban utk dakwah.
teringat kak hana call mse hari pernikahan sy dlu...
afwan....kesibukan utk majlis menyebabkan sy tidak dapat bercakap lama dgn kak hana...

tudung yang kak hana bagi dlu, entah kenapa baru awal ramadhan ni sy pakai..
rupa2nyer... berita pemergian kak hana sy dapat dalam bulan ramadhan ni jg...
smoge bahagia kak hana di sisi Allah s.w.t
sentiase merindui mu......

entah bila pula giliran aku membawa amalan mengadap Allah... :(

Friday, September 3, 2010

Rintih anak kepada anak

bermula semenjak didalam kandungan
hingga telah besar dewasa
mereka berdua ikhlas berkorban
demi melihat kejayaan anak

ibu bersengkang mata
tidak peduli letih dan mengantuk
resah dan gundah
pabila melihat anakn menangis diwaktu malam

ayah berpenat lelah diluar rumah
berdepan manusia berbagai ragam
mencari rezeki halal
tersenyum dalam penat
pabila melihat anak cukup makan minum

aduhai anak
hormatilah kedua insan ini
disaat kau hilang tempat bergantung
hilang teman dan taulan
insan2 inilah yang akan menyambutmu dengan kasih dan sayang

risau mereka kepadamu, tiada siapa yang dapat tandingi
bahagianya mereka keatas kejayaan mu, melebihi manusia yang lain

auhai anak,
jangan kau sesekali lupa akan jasa mereka
jangan kau tinggikan suara didepan mereka
jangan kau memandang mereka dengan pandangan yang tajam!
siapa lagi yang dapat menggembirakan mereka jika bukan engkau wahai anak!

aduh ayah, aduh ibu
berdosanya aku sebagai anak yang tidak mengenang jasa
akan ku doakan ibu dan ayah sentiasa
akan ku bersedekah untukmu

ya Allah, jadikan lah aku anak yang solehah
balaslah jasa kedua ibubapa ku
kasihi lah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku diwaktu kecil

Ya Allah, simpatilah mereka
bimbing lah mereka kejalan mu Ya Allah
tariklah hati mereka supaya sentiasa dekat kepadaMu
tenangkanlah hati mereka sentiasa
dan bahagiakanlah mereka didunia dan akhirat terutamanya

amin ya rabbal alamin.
dunia ini penuh dengan kanak-kanak yang kian berumur
yang sangat taksub dengan keseronokan dek hiburan yang semata-mata memuaskan nafsu mereka
ironinya kebebasan yang mereka fikirkan
sebenarnya adalah penghambaan kepada nafsu, syaitan dan kuncu2nya
yang mematikan hati

aku ingin hidup didalam sujud kemerdekaanku