Pages

Monday, March 15, 2010

Bijak dan berbudi pekerti


Selepas habes kelas numerical analysis tengahari tadi, aku dan suami pergi ke satu kedai makan. Di sebabkan waktu tengahari, memang susah untuk kami mendapat tempat duduk. Ada tempat duduk yang kosong pon, pelajar-pelajar korea lebih suka meletakkan beg dan kot mereka dari memberi orang yang sedang mencari tempat duduk untuk duduk. "ermm.. orang ni taknak bagi dekat kite ke tempat duduk ni.." kataku kepada suami. "erm..ntah la..die tak angkat pon beg die tu.." balas suamiku. Perut dah berkeroncong.. tapi tempat duduk kosong masih takde.. tibe2 dari hujung bilik makan itu, terdapat seorang perempuan korea yang berumur sekitar 40an melambai-lambai tangan kearah kami. Rupanya wanita itu duduk berseorangan di atas mejanya. (mejanya boleh memuatkan 4 orang). Aku pon tersenyum, sambil kaki melangkah kearahnya. " Eh, betul ker die lambai kat kite td?" Tanya suamiku tiba-tiba. "ha ah eh..huhu kite kot" aku pon cuak sebentar. Takut aku sorang sahaja yang perasan dia melambai kearah kami. Sesudah kami sampai kemejanya, dia mempelawa kami duduk, dan berkata didalam bahasa korea " duduklah, saya nk habeskan makan ni sekejap jer lagi". "terime kasih" kami membalas. "baiknya makcik ni..jarang jugak nk jumpe orang korea yang camni" bisikku didalam hati. Selepas itu suamiku memesan makanan tuna+kimci dan nasi goring ala2 pataya.




Bila difikir2 kembali, aku teringat kenanganku semasa membuat praktikal di suwon. Dimana orang korea menyangka bahawa aku datang ke korea untuk bekerja. Dapat ku lihat layanan mereka kurang mesra dan agak tidak menghormati pekerja asing. Aku terfikir, mungkin begini agaknya nasib pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Bukan sekadar dimalaysia sahaja, aku rasa, hal ini berlaku dimana2 negara, terutamanya apabila rakyat asing itu datang bekerja sebagai pekerja kilang,buruh atau apa2 pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan tinggi. Kebanyakkan orang memandang rendah dan tidak menghormati hak mereka yang mencari rezeki halal dibumi Allah ini. Adakah dengan terdeclarenya sesebuah tanah itu sebagai Negara Malaysia, bermakna orang selain Malaysia yang bekerja atau menetap disana wajar untuk tidak dilayan dengan baik? Ataupun, mungkinkah rakyat asing yang bekerja dinegara asing ini kolot dan datang dari Negara yang tidak maju?




Kita perlu ingat bahawa bumi ini adalah milik Allah, sempadan2 antara Negara tidak bermaksud hak tanah dinegara itu hanya untuk rakyatnya sahaja. Selagi kelakuan mereka tidak membahayakan, dan hanya bertujuan untuk mencari rezeki yang halal, tidak sepatutnya mereka dilayan dengan cara yang tidak berbudi pekerti. Mereka juga cuba untuk mencari sesuap makan untuk anak isteri di kampong. Berkemungkinan, akibat tekanan dari layanan warga Negara yang tidak menghormati status mereka, ditambah pula dengan kerinduan akibat duduk berjauhan dengan keluarga untuk tempoh yang lama, mendorong kepada berlakunya kes-kes jenayah oleh warga asing terhadap rakyat tempatan. Islam menggalakkan kita berkelakuan baik sesame manusia. Walaupon begitu, buat baik biarlah berpada-pada. Jangan sampai ke Lombok pula.. (memandangkan berita sekarang ni rmi gadis2 n janda yang lari ke Lombok)




Tetapi, secara jujur aku katakan, walaupon aku agak tertekan semase membuat praktikal di sini pada musim panas 2008 dahulu, aku dapati, status warga asing di korea lebih di hormati dari warga asing diMalaysia. Seorang kakak Indonesia yang bekerja disini pernah berkata kepadaku "di korea, walaupon terpaksa kerja keras, tapi mereka bersikap adil dekat kami(pekerja), gaji di bayar mengikut apa yang dijanjikan, cuti untuk pulang ke kampong juga ada".




Berbalik kepada cerita ku di kedai makan tadi, walaupun terdapat sesetengah orang korea yang bersikap tertutup kepada orang asing, tetapi bukan kesemuanya begitu. wanita tadi ku lihat sangat berbudi pekerti. Sambil menunggu suamiku memesan makanan, dia bertanya" kamu dari Negara apa?". " dari Malaysia" jawabku. " anda pensyarahkah?" Tanyaku pula, "ya, pensyarah dari department……" balasnya. aku tidak dapat tangkap dia dari department mana, kerana mulutnya sambil mengunyah makanan. "patut la baik, pensyarah rupanya.." kataku didalam hati. Mungkin wanita ini bijak dan tidak memandang rendah rakyat asing seperti kami ni, ataupon mungkin juga kerana pada kali ini, orang korea ini tahu bahawa kami adalah pelajar.



Budi pekerti seseorang itu melambangkan ilmu yang ada didada mereka. Walaupon begitu, akhlak umat islam yang disarankan oleh Allah s.w.t adalah sebaik-baik akhlak di muka bumi ini.




Tidak lama selepas itu, wanita itu pon beransur meninggalkan meja kami.

2 comments:

  1. alhamdulilah...lame rsnye x jenguk blog hasanah...alhamdulilah, x terlepas entry...moga perkongsian ilmu ini akan membawa baahagia dunia akhirat...amin...=) take care hasanah...=)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah^^
    terime kasih atiqah:)

    ReplyDelete