Pages

Friday, August 27, 2010

7 amalan untuk mendapat anak yang faham tentang islam

Hari ini HumbleMe terbuka satu website iaitu tubeislam.com. Alhamdulillah, website ni sgt bagus. Sekali tgk fungsi die mmg mcm youtube. Cume video2 didalam lebih baik dan sangat bagus, ada group2 yang boleh dijoin dan byk lagi yg kite boleh discover dlm website ni. Byk tips2 dan ceramah2 yang dikongsi. insyaAllah kite sendiri boleh menilai sama ada video2 tu bagus atau tidak. Berbanding dari youtube yang penuh dgn ads2 seksi dan tak sesuai utk ditonton. Betul tak? ^__^

Actually tibe2 HumbleMe rase kurang enak pula dengan entry HumbleMe sebelum ini berkenaan mengikut cara org yahudi mendidik anak mereka yang bijak. Kerana, bila difikir2 kan balik.. mereka adalah YAHUDI !! . walau bagai mana pon, HumbleMe yakin kite boleh amek ape yg baik dr entry tersebut sbgi contoh, semase mengandung si ibu selesikan soalan math, makan kacang, ikan dan sbginya.

Alhamdulillah hari ni, tak tau macam mane bleh terbuka satu video didalam tubeislam.com ttg bagaimana cara nak mendidik anak menjadi seorang muslim yang baik. Mungkin kita boleh timba ilmu sbyk boleh dari pemerhatian kita. insyaAllah juga smoge dr dua entry ni kita dapat tips2 macam mane nk dapatkan anak yang bijak dan mengamalkan ajaran islam sejak dari kecil.

7 amalan untuk mendapat anak yang faham tentang islam

  1. Suami isteri berdoa setiap kali hendak bersama.
    1. Doa untuk mendapat anak yang soleh/solehah
    2. Doa untuk mengelakkan dari gangguan syaitan terhadap mereka dan anak


  2. Anak2 mempunyai hak untuk mendapat ibubapa yang baik, iaitu ibu bapa yang:
    1. Memahami dengan jelas tentang islam
    2. Mempraktikkan nilai2 islam didalam diri mereka


  3. Ibu bapa teladan. Anak2 akan secara semulajadinya akan meniru keperibadian ibu bapa@guru. Kebiasaannya, ibubapa yang bermasalah mempunyai anak yang bermasalah. Sebagai contoh, ibu bapa mengajar anak2 untuk tidak berbohong. Tetapi dalam tidak sedar, dari perwatakan ibubapa, seolah2 berbohong itu boleh dilakukan.


    Cth: apabila ade orang call utk berckp dgn ibu/ayah, tetapi ibu@ayah takmahu jawab panggilan tu, dan suruh anak mereka jawabkan yang mereka tiada di rumah.


    Nah, disini anak2 dh belajar berbohong dr parents! Jadinya, ibubapa kne lebih berhati2 dlm menjadi contoh. Walaubagaimana pon, manusia itu tak lari dari membuat kesilapan, berdoalah kepada Allah smoge sentiase guide kita kejalan yang benar terutama dalam mendidik anak2 yang bakal memimpin suatu hari nti!


  4. Breast feeding.

    Anak2 berhak untuk diberi susu badan pada 2 tahun awal kelahiran. Keistimewaan anak2 diberi susu badan oleh ibu adalah terwujudnya ikatan kasih sayang yang istimewa diantara ibu dan anak. 5 tahun pertama sewaktu kelahiran anak2 merupakan waktu2 yang penting kerana ia member kesan yang mendalam bagi anak2.


  5. Kaitkan sebanyak yang boleh dengan pendidikan.
    1. Ajar sejarah islam, matematik, alquran dan hadis. Supaya asas dibina mengenai islam sebelum ilmu yang lain.
    2. Ajar baik buruk melakukan sesuatu, cintakan Allah, dan juga takut melakukan perkara yang Allah marah. ( diajar ikut kesesuaian umur kanak2 )
    3. Beri mereka peluang utk member duit kepada fakir miskin utk bersedekah. Supaya mereka menimba sendiri pengalaman dalam membuat kerja2 amal dari kecil.
    4. Telah terbukti didalam sejarah2, bahawa anak2 ni sudah boleh dididik sejak dari umur mereka 3 tahun. Oleh itu, jangan melengah dan mengganggap belum tiba lagi masanya untuk mereka mempelajari ilmu2 ini dan jangan biasakan mereka dengan bermain2 sahaja.
    5. Beri mereka beberapa activity atau kerja ringan supaya mereka dididik dengan rse bertanggungjawab melakukan kerja.


  6. Melahirkan suasana kediaman yg Islamic
    1. Elakkan pertengkaran dihadapan anak2.
    2. Seorang ayah perlu tunjukkan sifat lembut dan penyayang terhadap ibu
    3. Ibu menunjukkan sikap patuh dan taat kepada ayah.
    4. Memilih sekolah yang berciri2 islam
    5. Mengawasi anak sekiranya mereke menggunakan internet.
    6. Jangan mengajar mereka membenci orang yang berbuat salah (ajar bertoleransi), sebaliknya ajar mereka bencikan melakukan perbuatan yang salah.


  7. System disiplin
    1. Mereka hendaklah dikawal dengan cara yang konsisten
    2. Tidak memukul atau memarahi mereka hanya kerana kita merasa marah, tetapi mengambil jalan memarahi mereka bila itu adalah pilihan terakhir utk menegur atau mengajar.

Dan sudah semestinya kita perlu berdoa kepada Allah untuk membimbing kita kejalan yang betul dalam mendidik anak2.


Wallahualam.

**************************************************************************

http://www.tubeislam.com/video/8416/Seven-Habits-for-Raising-Good-Children--Dr-Bilal-Philips

No comments:

Post a Comment