Laila: mse daurah yg ana pergi hari tu, ustaz tu bgtau dekat kami yg, dalam 1.5 juta penduduk palestine, 700000 dr mereka adelah QS (Qaidah Sulbah)
ana: SubhanAllah..
teringat pengisian dr seorang ustaz, katenyer " kalau nk tau pejuang jihad yg betul2 dekat zaman ni, mereka tu adelah pejuang2 di palestine".
mungkin ada antara pembaca yg ingin tau ape itu Qaidah Sulbah. disini ana discribekan serba ringkas dr blog seorang ustaz.
********************************************************************

Qaidah Sulbah adalah satu elemen penting dalam jamaah. Dalam istilah lain, ia boleh juga digelar sebagai prime mover, atau kumpulan elit, atau think-tank. Sesebuah jamaah memerlukan kumpulan ini untuk melancarkan gerak kerja sesebuah gerakan sama ada gerakan Islam atau mana-mana gerakan sekalipunBerikut adalah ciri-ciri ahli yang boleh menjadi Qaidah Sulbah
• Berfikiran luas dan berpandangan jauh
• Bermaklumat
• Bijak membaca suasana dan mampu melihat daripada pelbagai sudut
• Seorang penganalisis yang baik dan kritikal
• Bukan orang yang hanya pandai mengangguk
• Penting juga ciri berpengaruh
• Berani mencabar kebiasaan dan tradisi
• Tidak takut dengan celaan yang melemahkan
• Berani berijtihad dan melakukan perubahan
• Rajin membaca dan mempunyai link yang luas
Mungkin banyak lagi ciri Qaidah Sulbah yang boleh kita perincikan. Bagaimana pula kita boleh melatih diri kita menjadi Qaidah Sulbah?
• Sedia dilatih dengan latihan pemikiran yang lasak
• Bergaul dengan think-tank dan bersedia cara pemikiran mereka yang mungkin di luar adat kebiasaan
• Mesti berani melakukan perubahan
• Rajin membaca atau berdiskusi dengan orang bermaklumat
• Berani mengkritik dan mengoyak tradisi
• Belajar berfikir dan sentiasa sibukkan otak ke arah itu
****************************************************************************
http://dzulkhairi.blogspot.com/2009/01/qaidah-sulbah.html
No comments:
Post a Comment