Alhamdulillah, kebelakangan ni membaca buku yang bertajuk Nabi Yusuf DiDalam Al-Quran, karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Zarni.
SubhanAllah byknye pengajaran yang dapat dipelajari dari kisah Nabi Yusuf.
Kisah nabi yusuf merupakan kisah yang paling baik yang terdapat didalam alquran, dimana Allah menceritakan kisahnya bermula dari kisah nabi yusuf kecil sehinggalah dia dapat kembali semula bersama keluarganya ketika dia dh besar.
"Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik" (Yusuf:3)
Diantara pengajaran dari kisah ni yang ingin sy kongsikan adalah berkenaan Nabi Yusuf dan ketampanannya.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah membahagikan kekacakkan di muka bumi ini menjadi dua bahagian.
Sebahagian dimiliki oleh semua keturunan anak Adam dimuka bumi ini hingga datang hari kiamat, manakala sebahagian lagi diberikan kepada Nabi Yusuf.
Seindah mana Allah menciptakan nabi Yusuf, hanya Allah yg tahu. Tapi yang pasti keindahan itu bukanlah keindahan biasa, tetapi yang luar biasa.
"..Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka merasa kagum dengan (keelokkan rupa)nya dan tanpa disedari mereka telah melkai (jari) tangan mereka sambil berkata "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah para malaikat yang mulia"
(Yusuf:31)
Tetapi, ketampanan itu sebenarnya adalah ujian dari Allah s.w.t buat Nabi Yusuf, dan nabi yusuf sendiri merasakan ujian itu amat berat buatnya.
ia mencuri hati setiap wanita2 yang memandang, terduga keimanan beliau tat kala digoda oleh wanita cantik seperti zulaikha.
sehinggakan Nabi Yusuf berdoa kepada Allah, sekiranya penjara itu yang terbaik buatnya dari terus diduga dan digoda, maka penjara itulah yang dianggapnya terbaik buatnya.
"Yusuf berkata "Ya Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Dan jika Engkau tidak hindarkan daripada tipudaya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang yang bodoh".
(Yusuf:33)
tetapi.. dalam dunia kini, kecantikan dan ketampanan merupakan suatu kebanggaan yang kebiasaannya mahu ditonjolkan dan dipamerkan.
kecantikan dan ketampanan dirasakan memberi keyakinan dan daya tarikan yang menguntungkan.
walhal tanpa disedari itu merupakan ujian dr Allah.. pernahkah kita beristigfar tatkala kita menyedari ada mata dari berlainan jantina yang bukan muhrim memerhati kita? pernah kah rasa bersalah tika kita tercuri pandangan dan hati mereka yang memandang? apatah lagi jika kita tercuri pandangan dari orang yang ingin menjaga hati kerana Allah.
kecantikan dan ketampanan merupakan suatu ujian dr Allah. jagalah ia, peliharalah ia untuk menjadi anugerah yang terindah buat mereka yang berhak mendapatnya.
wanita2 yang cantik..
peliharalah kecantikanmu khas untuk suami yang tercinta kelak..
jangan dijadikan kecantikan sebagai bahan untuk
menarik perhatian secara sengaja ataupon tidak,
kerana ia merupakan ujian dari Allah buat anda
Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita soleha :)
No comments:
Post a Comment