Pages

Wednesday, May 30, 2012

Pentingnya keputusan secara berjemaah

Adakah dikira berdosa bila saya menyalahi pandangan Jamaah?

Penanya: Ahmad Mahmod drp Mesir

Dalam situasi IM diserang dgn begitu dahsyat di Mesir sekarang, saya minta penjelasan utk menenangkan hati saya: Adakah saya dikira berdosa bila saya memilih calon IM sekalipun saya tahu bahawa di sana ada calon yang lebih layak daripadanya. Ini bukan pendapat peribadi saya sahaja, bahkan ia merupakan pendapat sekelompok mereka yang ikhlas (bukan drp IM). Soalan saya bukan khusus kepada isu pemilihan presiden sahaja, bahkan termasuk juga pemilihan2 yang lain juga.
Fatwa oleh: Dr Ahmad Zayid (Prof Univ Al-Azhar)
Hukum Allah Ta’ala dan undang-undangNya menyatakan bahawa ‘tangan’ Allah Ta’ala, keberkatan, bantuan dan taufiqNya bersama-sama dengan jamaah.
Allah Ta’ala berfirman: “Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah berpecahbelah”. “Dan jangan kalian berbantah-bantah, nanti kalian akan menemui kekalahan..”.
Maka nyatalah bahawa Allah swt bersama-sama jamaah, Allah akan memperbetulkan pandangan jamaah dan akan menperkuatkan keazamannya. Kita telah belajar daripada agama ini bahawa pandangan seorang sekalipun dia seorang yang pintar tidak akan sama seperti pandangan jamaah dari segi kewibawaannya; kerana kemampuan jamaah dalam membuat keputusan jauh lebih hebat daripada yang dimiliki oleh seorang peribadi. Penanya telah mengandaikan suatu yang tidak logic dan ia bertentangan dengan kewarasan akal, reality dan syara’.
Maka saya mengajak al-akh yang bertanya supaya jangan mengandaikan dirinya betul dan sempurna dan jamaah salah dan lemah. Beriltizamlah dengan jamaah kerana jamaah tidak akan memilih selain calon yang terbaik dan berkemampuan. Mengandaikan sesuatu selain itu adalah satu kesilapan dan bertentangan dengan reality, syara’ dan hukum baiah kamu yang meminta kamu tidak menyanggahi pilihan jamaah selagimana ia tidak menyuruh dalam perkara maksiat.
Lagipun “bersepakat dalam suatu isu yang hukumnya lemah itu lebih baik daripada berpecah dalam isu yang hukumnya kuat” kerana berpecah itu semuanya buruk.

dari facebook IKRAM, 25 May

No comments:

Post a Comment