Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (103:1-3)
Tuesday, September 7, 2010
Friday, September 3, 2010
Rintih anak kepada anak
hingga telah besar dewasa
mereka berdua ikhlas berkorban
demi melihat kejayaan anak
ibu bersengkang mata
tidak peduli letih dan mengantuk
resah dan gundah
pabila melihat anakn menangis diwaktu malam
ayah berpenat lelah diluar rumah
berdepan manusia berbagai ragam
mencari rezeki halal
tersenyum dalam penat
pabila melihat anak cukup makan minum
aduhai anak
hormatilah kedua insan ini
disaat kau hilang tempat bergantung
hilang teman dan taulan
insan2 inilah yang akan menyambutmu dengan kasih dan sayang
risau mereka kepadamu, tiada siapa yang dapat tandingi
bahagianya mereka keatas kejayaan mu, melebihi manusia yang lain
auhai anak,
jangan kau sesekali lupa akan jasa mereka
jangan kau tinggikan suara didepan mereka
jangan kau memandang mereka dengan pandangan yang tajam!
siapa lagi yang dapat menggembirakan mereka jika bukan engkau wahai anak!
aduh ayah, aduh ibu
berdosanya aku sebagai anak yang tidak mengenang jasa
akan ku doakan ibu dan ayah sentiasa
akan ku bersedekah untukmu
ya Allah, jadikan lah aku anak yang solehah
balaslah jasa kedua ibubapa ku
kasihi lah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku diwaktu kecil
Ya Allah, simpatilah mereka
bimbing lah mereka kejalan mu Ya Allah
tariklah hati mereka supaya sentiasa dekat kepadaMu
tenangkanlah hati mereka sentiasa
dan bahagiakanlah mereka didunia dan akhirat terutamanya
amin ya rabbal alamin.
yang sangat taksub dengan keseronokan dek hiburan yang semata-mata memuaskan nafsu mereka
ironinya kebebasan yang mereka fikirkan
sebenarnya adalah penghambaan kepada nafsu, syaitan dan kuncu2nya
yang mematikan hati
aku ingin hidup didalam sujud kemerdekaanku
Friday, August 27, 2010
7 amalan untuk mendapat anak yang faham tentang islam
Hari ini HumbleMe terbuka satu website iaitu tubeislam.com. Alhamdulillah, website ni sgt bagus. Sekali tgk fungsi die mmg mcm youtube. Cume video2 didalam lebih baik dan sangat bagus, ada group2 yang boleh dijoin dan byk lagi yg kite boleh discover dlm website ni. Byk tips2 dan ceramah2 yang dikongsi. insyaAllah kite sendiri boleh menilai sama ada video2 tu bagus atau tidak. Berbanding dari youtube yang penuh dgn ads2 seksi dan tak sesuai utk ditonton. Betul tak? ^__^
Actually tibe2 HumbleMe rase kurang enak pula dengan entry HumbleMe sebelum ini berkenaan mengikut cara org yahudi mendidik anak mereka yang bijak. Kerana, bila difikir2 kan balik.. mereka adalah YAHUDI !! . walau bagai mana pon, HumbleMe yakin kite boleh amek ape yg baik dr entry tersebut sbgi contoh, semase mengandung si ibu selesikan soalan math, makan kacang, ikan dan sbginya.
Alhamdulillah hari ni, tak tau macam mane bleh terbuka satu video didalam tubeislam.com ttg bagaimana cara nak mendidik anak menjadi seorang muslim yang baik. Mungkin kita boleh timba ilmu sbyk boleh dari pemerhatian kita. insyaAllah juga smoge dr dua entry ni kita dapat tips2 macam mane nk dapatkan anak yang bijak dan mengamalkan ajaran islam sejak dari kecil.
7 amalan untuk mendapat anak yang faham tentang islam
- Suami isteri berdoa setiap kali hendak bersama.
- Doa untuk mendapat anak yang soleh/solehah
- Doa untuk mengelakkan dari gangguan syaitan terhadap mereka dan anak
- Doa untuk mendapat anak yang soleh/solehah
- Anak2 mempunyai hak untuk mendapat ibubapa yang baik, iaitu ibu bapa yang:
- Memahami dengan jelas tentang islam
- Mempraktikkan nilai2 islam didalam diri mereka
- Memahami dengan jelas tentang islam
- Ibu bapa teladan. Anak2 akan secara semulajadinya akan meniru keperibadian ibu bapa@guru. Kebiasaannya, ibubapa yang bermasalah mempunyai anak yang bermasalah. Sebagai contoh, ibu bapa mengajar anak2 untuk tidak berbohong. Tetapi dalam tidak sedar, dari perwatakan ibubapa, seolah2 berbohong itu boleh dilakukan.
Cth: apabila ade orang call utk berckp dgn ibu/ayah, tetapi ibu@ayah takmahu jawab panggilan tu, dan suruh anak mereka jawabkan yang mereka tiada di rumah.
Nah, disini anak2 dh belajar berbohong dr parents! Jadinya, ibubapa kne lebih berhati2 dlm menjadi contoh. Walaubagaimana pon, manusia itu tak lari dari membuat kesilapan, berdoalah kepada Allah smoge sentiase guide kita kejalan yang benar terutama dalam mendidik anak2 yang bakal memimpin suatu hari nti!
- Breast feeding.
Anak2 berhak untuk diberi susu badan pada 2 tahun awal kelahiran. Keistimewaan anak2 diberi susu badan oleh ibu adalah terwujudnya ikatan kasih sayang yang istimewa diantara ibu dan anak. 5 tahun pertama sewaktu kelahiran anak2 merupakan waktu2 yang penting kerana ia member kesan yang mendalam bagi anak2.
- Kaitkan sebanyak yang boleh dengan pendidikan.
- Ajar sejarah islam, matematik, alquran dan hadis. Supaya asas dibina mengenai islam sebelum ilmu yang lain.
- Ajar baik buruk melakukan sesuatu, cintakan Allah, dan juga takut melakukan perkara yang Allah marah. ( diajar ikut kesesuaian umur kanak2 )
- Beri mereka peluang utk member duit kepada fakir miskin utk bersedekah. Supaya mereka menimba sendiri pengalaman dalam membuat kerja2 amal dari kecil.
- Telah terbukti didalam sejarah2, bahawa anak2 ni sudah boleh dididik sejak dari umur mereka 3 tahun. Oleh itu, jangan melengah dan mengganggap belum tiba lagi masanya untuk mereka mempelajari ilmu2 ini dan jangan biasakan mereka dengan bermain2 sahaja.
- Beri mereka beberapa activity atau kerja ringan supaya mereka dididik dengan rse bertanggungjawab melakukan kerja.
- Ajar sejarah islam, matematik, alquran dan hadis. Supaya asas dibina mengenai islam sebelum ilmu yang lain.
- Melahirkan suasana kediaman yg Islamic
- Elakkan pertengkaran dihadapan anak2.
- Seorang ayah perlu tunjukkan sifat lembut dan penyayang terhadap ibu
- Ibu menunjukkan sikap patuh dan taat kepada ayah.
- Memilih sekolah yang berciri2 islam
- Mengawasi anak sekiranya mereke menggunakan internet.
- Jangan mengajar mereka membenci orang yang berbuat salah (ajar bertoleransi), sebaliknya ajar mereka bencikan melakukan perbuatan yang salah.
- Elakkan pertengkaran dihadapan anak2.
- System disiplin
- Mereka hendaklah dikawal dengan cara yang konsisten
- Tidak memukul atau memarahi mereka hanya kerana kita merasa marah, tetapi mengambil jalan memarahi mereka bila itu adalah pilihan terakhir utk menegur atau mengajar.
- Mereka hendaklah dikawal dengan cara yang konsisten
Dan sudah semestinya kita perlu berdoa kepada Allah untuk membimbing kita kejalan yang betul dalam mendidik anak2.
Wallahualam.
**************************************************************************
http://www.tubeislam.com/video/8416/Seven-Habits-for-Raising-Good-Children--Dr-Bilal-Philips
Monday, August 23, 2010
Kenapa orang Yahudi bijak?
Laila: Awak tahu tak kenapa orang yahudi bijak?
HumbleMe: Ermm..sbb Allah pon dh cakap dalam Al-Quran yg orang yahudi ni mmg bijak kan?
Laila: Erm, tu betul. Tapi saya ada terbaca artikel ttg kenapa orang yahudi bijak.
HumbleMe: ooo, ok. Boleh awak kongsi dengan saya?
*****************************************************************
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaansbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahanBerpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)
***********************************************************************
HumbleMe: terima kasih atas perkongsian ini Laila. InsyaAllah kita boleh praktikan untuk anak2 nanti ^__^
( Laila bukan nama sebenar)
Saturday, August 7, 2010
Bulan yang dinanti : Ramadan Al-Mubarak

- Pintu-pintu langit dibuka sepanjang bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan di dalam sepotong Hadis yang bermaksud: “Apabila tiba malam pertama Ramadhan, dibuka semua pintu langit, tidak akan ditutup satupun daripadanya sehinggalah ke malam terakhir Ramadhan” Riwayat al-Munziri daripada Abi Sa’eid al-Khudri di dalam ‘at-Targhib wa at-Tarhib’.
- Dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dipasung syaitan-syaitan. (Maksud Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a.)
- Setiap malam penghuni langit menyeru penghuni bumi sehingga tersembul fajar: “Wahai pencari kebaikan, mara dan bergembiralah! Wahai pencari kejahatan, undur dan berhentilah! Siapakah yang ingin memohon ampun, lalu dia diampun? Siapakah yang ingin bertaubat, lalu dosanya dihapuskan? Siapakah yang ingin meminta, lalu permintaannya ditunaikan?” (Maksud Hadis riwayat al-Munziri daripada Abdullah bin Mas’ud r.a.
- Perlu memahami dan meyakini peluang yang sangat besar serta tawaran yang cukup hebat ini. Rasai dan syukuri betapa bertuahnya diberi peluang menyambut Ramadhan sekali lagi, peluang yang mungkin terakhir. Maka tanamkan azam seutuhnya di dalam diri untuk mengisi Ramadhan dengan segala kebaikan yang termampu.
- Ingat selalu sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan dia mengetahui batasan-batasannya dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, akan dihapuskan daripadanya dosanya yang lalu” Riwayat Ibn Hibban dan al-Baihaqiy daripada Abi Sa’eid al-Khudriy r.a. Dosa terhapus bermakna selamat dari siksa api neraka!
- Siapkan senarai amalan yang hendak dibuat dengan kefahaman setiap kebaikan diberi pahala berlipat kali ganda. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan satu kebaikan (yang sunat), baginya pahala seperti melakukan yang wajib pada bulan selainnya. Sesiapa yang menunaikan satu amalan yang wajib, baginya pahala seperti menunaikan 70 amalan yang wajib pada bulan selainnya. Ramadhan adalah bulan ditambahkan rezeki orang yang beriman”. Riwayat al-Munziri
- Ingat memperingati dan berlumba-lumba mengejar kebaikan selari dengan gesaan Rasulullah s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan barakah yang dicurahkan Allah ke atas kamu. Dia menurunkan rahmah, menghapuskan dosa dan memaqbulkan doa. Allah melihat kepada kamu yang berlumba-lumba (melakukan kebaikan) di bulan Ramadhan dan Dia berbangga di hapadan malaikat-Nya. Maka perlihatkanlah kepada Allah dirimu yang baik. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dihalang daripada mendapat rahmah-Nya di bulan Ramadhan”. Riwayat al-Munziri daripada Ubadah bin as-Samit.
- Mohon doa sebanyak-banyak di waktu yang dijanjikan mustajab pada setiap hari bulan Ramadhan, iaitu ketika berbuka. “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, orang yang berpuasa ketika ia berbuka, imam (pemimpin) yang adil dan orang yang dizalimi” Maksud Hadis riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah r.a.
- Jagalah anggota, khususnya mata, telinga dan lidah dari melakukan perkara yang haram. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Puasa itu perisai. Maka janganlah kamu mencarut dan jangan berkelakuan bodoh. Jika seseorang memerangimu atau mencacimu, maka katakanlah kepadanya ‘sesungguhnya aku berpuasa’ sebanyak dua kali. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah Ta’ala daripada wanginya kasturi. Allah berfirman: dia telah meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwahnya kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku dan Akulah yang akan member ganjarannya. Dan setiap satu kebaikan itu sepuluh kali ganda seumpama dengannya” (Maksud Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
**********************************************************************
http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2010/08/ramdhan-yang-dinanti-oleh-penghuni.html
