Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

"awak beli la baju ni, warne die cantik n menarik. Sesuai utk awk pakai" kataku kepada dia. Dia menjawab " erm…takmo la..kaler die terang sgt.. nanti menarik perhatian.. . saye amek baju ni la" katenyer sambil mengambil baju berwarna biru gelap. aku terdiam.. hati ku berkata " bagusnya dia ni.. pilih pakaian pon berhati2..tak macam aku, ble Nampak baju yg cantik, menarik hati, terus jer beli, walaupon baju itu mungkin menarik perhatian orang untuk memandangku bila aku memakainya.. sungguh byk kekurangan dan sungguh lalainya diri aku ini.."
Ketika aku berjalan dengannya di university.. terdapat sekumpulan pelajar lelaki di tepi tempat yang bakal kami lalu, tiba2 dgn nadanya yang lembut dia berkate " awak.. ramainyer org lelaki dkt sane, boleh tak kite lalu tempat lain..". dia nampak tidak senang untuk lalu dikawasan itu… aku berkata didalam hati.." Ya Allah.. aku sangat tertarik dgn care sahabat ku ini..sangat menjaga dirinya.. semoga dia dijodohkan dengan seseorang yang mencintaiMU sama seperti dia mencintaiMU.."
Semase duduk didalam train bersama rakan2 yang lain, aku lihat dia membuka al-Quran.. memanfaatkan ms utk agama yg sudah semestinya adalah sebaik2 sifat.. Alhamdulillah. Aku bersyukur diperkenalkan dengan seseorang sepertinya.. walaupon sebenarnya aku kenal dengannya tidak lebih dari 3 hari, byk yang aku pelajari darinya.. orang kata " action is more than words" dan kata2 itu terbukti benar. Aku terkesan dengan kelakuan sahabatku itu.
Kata2nye lembut, dia byk berdiam kecuali berkate perkara yang penting.. ketawanya tidak berbunyi.. dan dia juga lantang menyatakan pendapatnya semase dalam perbincangan.
Ayuh adik2, kakak2, ibu2 sekalian, mari menjadi seorang wanita solehah yang menyejukkan hati ibu bapa, suami dan yang paling penting Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Seribu usaha menandakan kemahuan, seribu alasan adalah kerana kemalasan. Tepuk dada tanye selera.. kecantikan iman yang kekalkah atau kecantikan luaran yang sebentar yang kita cari?
"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah"
No comments:
Post a Comment