Kadang2, bila kita diminta utk mengorbankan sedikit mase utk berdakwah atau mengikuti aktiviti agama..kita sering menjadikan kesibukan lain sebagai alasan. "Aku perlu menyiapkan kerja ni, itu.."dan sebagainya. Malu rasenyer bile fikirkan yang diri kita sentiase dikaburi dengan kesibukan duniawi , dan merasakan apa yang kita perolehi adalah hasil dari usaha kita semata2.. Sedangkan kejayaan dan rezeki semua datangnya dari Allah swt. Allah sentiase memberi, tetapi kita sentiase melupainya. walhal, kesibukan itu tidak mendatangkan manfaat sekiranya dilakukan bukan kerana Allah swt. Andai kita sentiase sedar yang dunia ini adalah sementara..
Mendengar berita pemergian junior ku semalam membuatkan aku bermuhasabah akan diriku yang lalai ini.. kesibukan mase yg aku luangkan untuk belajar supaya mendapat keputusan yang bagus, dan utk mendapat kerja yang bagus.. bukan itu yang akan ku jadikan bekal untuk mengadapNYA nanti. Mungkin hari esok, mungkin lusa, atau mungkin malam ini dia boleh sahaja memanggilku kembali kepadaNYA. Sudah bersediakah aku..
Aku teringat kata2 pak sheikh semase mendengar syarahannya.. "jadilah seorang pemberi, kerana manfaatnya akan berterus walaupon kite telah tiada." insyaAllah..
p/s: alfatihah utk saudari nazihah ( junior batch 8) yang telah pulang kerahmatullah semalam
No comments:
Post a Comment