Semasa islam menjadi tamadun dunia, para jurutera, para arkitek, para doktor semuanya mempunyai akhlak yang sangat mantap. Dimana ilmu terawal yang disematkan didalam dada-dada muslim adalah ilmu aqidah, Al-quran, hadis, sejarah islam, Sunnah-sunnah rasulullah s.a.w, ilmu hisab.
Kebanyakkan mereka menghafal alquran seawal umur 5 tahun. Mereka berpegang teguh dengan konsep ilmu dan iman perlu bergerak seiring. Tingginya ilmu semakin meninggikan keimanan dan semakin merendah dan menundukkan diri kepada Allah s.w.t. Oleh itu, lahirkan golongan ilmuan islam yang menitik beratkan teknologi-teknologi berdasarkan apa yang disarankan oleh ajaran islam yang tidak merosakkan alam sekitar iaitu teknologi yang membangunkan ummah.
Ketika dunia dibawah kekuasaan tamadun barat ini, kita boleh lihat kesannya kepada alam sekitar, kesannya kepada orang yang miskin, dimana untuk mencapai ketinggian teknologi ia tidak menitik beratkan kesannya kepada haiwan dan tumbuhan. Sedikit contoh yang dapat kita perhatikan adalah dengan peningkatan pemanasan global, kesan-kesan bahan kimia yang membunuh hidupan laut, dunia-dunia fesyen yang membunuh haiwan2 untuk diambil bulunya, pengubahan DNA-DNA tumbuhan dan haiwan demi untuk meningkatkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja. teknologi-teknologi yang dicipta juga hanya mampu digunakan oleh golongan yang kaya raya dan menindas mereka yang miskin.
Kesan teknologi dan GMO (Genetic Modified Organism) kepada haiwan-haiwan
Kita bukanlah kekurangan orang islam yang tinggi ilmunya, tetapi kita dizaman ini memerlukan ilmuan islam yang faham dan sedar kearah manakah ilmunya itu perlu dimanfaatkan. bukannya hanya terhad untuk kesenangan dunia sahaja. tetapi perlulah sedar ilmu yang dikurniakan oleh Allah itu perlulah digunakan untuk islam dan ummah.
Masjid al hambra yang dibina semasa islam memerintah diandalusia. Arkitek islam yang membina bangunan ini berdasarkan ilmu geometri yang sangat teratur dan unik.

Kompas yang digunakan oleh pelayar-pelayar islam


kesian lembu tuhhhh T_T
ReplyDelete