Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..
setelah terumbang ambing menyesuaikan diri dgn kehidupan baru, akhirnya dh boleh bernafas lega sedikit menghirup udara dimalaysia ni.
tak dinafikan awal2 hari tu byk jgk halangan2 untuk meneruskan tarbiah dibumi bertuah ni. ternyata kita mmg akan sentiasa diuji dan alhamdulillah ujian dari Allah itu semata2 adalah untuk membuatkan hambaNYA ini bersedia dengan surrounding baru yang agak berbeza cabarannya berbanding Korea
betul bak kata orang, malaysia adalah medan sebenar. orang yang melaluinya akan faham :)
walaupon tak sampai dua bulan balik malaysia, byk rsenyer input2 yg nk dikongsi dengan pembaca.
baru2 ni mengikuti satu program daurah, yang banyak menjelaskan perkara yang kurang jelas. byk membantu untuk memuhasabahkan diri iaitu "kenapa aku berada dijalan ini".. masyaAllah..
terasa sikitnye ilmu didada.. terasa sgt kerdil berbanding para daie yang walaupon dah berumur 60+ tp masih menggagahkan diri kesana kemari berkongsi pengalaman dan memberi nasihat kepada golongan syabab(pemuda)..itupon mereka masih kelihatan humble! masyaAllah.....mampukah aku tsabat seperti mereka... T.T itu suma akan bergantung kepada macam mana kita menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga keikhlasan kita dlm berada dijalan ini.
dari segi grup usrah pula..masyaAllah dan alhamdulillah bertemu dgn usrahmate yg sgt tabah dan sgt bagus. walaupon penat bekerja sebagai seorang doktor disiang hari, tapi tetap komit usrah dimalam hari, malah ada diantara mereka yang tgh sarat pregnant tngu masa nk melahirkan baby dan ade jgk yang berusrah membawa babynya yg masih kecil....hebat!
terdiam seribu bahasa menghadiri usrah sebegitu kerana byk sgt pengajaran yg perlu diambil secara tak langsung.
apa2 pon.. perjalanan masih panjang. iman didada masih perlu sgt2 dipertingkatkan. Smoge Allah akan terus memilih kita menjadi hambaNYA yang sentiasa diketuk iman dihati agar tidak leka dan lalai... ameen ya Rab..
No comments:
Post a Comment