kdg2 lps bace berita sebegini,ada yg mula rse nk menuding jari, komen tu komen ni n salahkan mcm2. tapi ape yg kite sendiri buat utk bendung n atasi masalah yang teruk sebegini selain dr mengomen dan mengkritik?
keruntuhan akhlak yg sgt tenat. syaitan ketawa kepuasan..
ayuh para daie! ayuh para pemuda islam harapan agama, harapan bangsa malaysia! every one of us can do something to stop all of this madness. all out utk menegakkan kembali agama Allah dibumi malaysia. Smoge Allah bantu kita!
***************************************************************

KELAR BAYI DLM ASRAMA -Metro-
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek
No comments:
Post a Comment