Pages

Sunday, December 18, 2011

kerinduan



alhamdulillah..
baru beberapa jam balik dari program Family day KITA di kem el-azzhar pantai morib.
mashaAllah, dh terase rindu sangat2 dekat akhawat2.
bak kate kak ina " Allah sebagai kekuatan kita, akhawat sebagai pendorong kita"
kagum dengan mereka.. tak tergambar dek kata2.
masing2 dengan karakter tersendiri. berbeza rupa dan gaya, tapi nampak sama didalam semangat perjuangan.
pengajaran dari daurah kali ini..
kita kena maju kehadapan bersama
jangan meninggalkan yang terlambat
jangan melambatkan yang laju
ye akhawatku, kita kena sentiasa bersama
dan Allah sebagai sumber kekuatan kita

syukran ya Allah.. alhamdulillah kerana masih memilih aku bersama2 mereka.
teruslah memilih aku ya Allah..ya rahman.. ya rahim
tsabatkan kami dijalan ini
ameen..

Saturday, November 26, 2011

Sesetengah orang merasakan mereka bahagia dengan hanya menuruti apa yang mereka inginkan..
imam al-Ghazali pernah berkata "kebahagian sebenar adalah apabila kita dapat menuruti perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Kebahagian yang datang dari situlah secara fitrahnya adalah kebahagiaan yg sebenarnya"

Thursday, November 17, 2011

peristiwa dipagi hari

pagi tadi, otw ke tempat kerja suami, tiba2 bas didepan kami berhenti di tengah2 T junction.
hati pon berkate2..knape la bas ni berhenti kat tempat cmni.ish2..

Rupenyer2 tak lame lps tu nampak ade seorang yang lelaki bertongkat yang menghadapi masalah penglihatan yg berumur lebih kurang 45-50 tahun turun dari bas. ermm baru tau, baik rupenyer pemandu bas tu, die berhenti di t junction sbb nk turunkan orang tadi ditempat yg dekat dgn tempat kerjanya. (tetapi walaubagaimane pon kpd pemandu bas tu, sebenarnye agak bahaya berhenti di tengah2 T junction)

lepas tu tiba2 suami kate, "ooo abg mat rupenyer.."
sy pon tnye balik " eh abg kenal ker org tu?"
suami pun balas "mesti la kenal, die receptionist dkt office"

terpegun sekejap.. tak sangke ade syarikat yg memberi peluang pekerjaan kpd orang yang ada masalah penglihatan sebagai receptionist pule tu. bidang pekerjaan abg mat tu adelah bertnye kpd visitor nk jumpe siapa, dan die akan sambungkan panggilan kepada orang yg dicari oleh visitor tu.

sambung cerite..
lepas jer abg mat td turun dr bas, kelihatan guard (warga negara bangladesh) berlari2 anak ke arah abg mat tadi untuk memimpinnya masuk ke dalam office.
Bagusnyer amalan tolong menolong yang diamalkan oleh pekerja2 syarikat ni.

Bukan peristiwa td jer yang membuatkan penulis terpegun, suami jg ade bercerita yang syarikatnye membina sebanyak 6 buah surau utk pekerja2nya bersolat setiap waktu dan kate bosnyer tiada alasan untuk pekerja2 tidak bersolat semasa bekerja.

Bahkan, setiap sekali dalam sebulan, syarikat akan mengundang ustaz untuk mengadakan ceramah utk didengar oleh pekerja2 syarikat itu.

masyaAllah.. bilamana seorang hamba itu sedar yang dunia ini tempatnya didalam genggaman, dan akhiratlah sebenarnye yang perlu dikejar.

dimana kedudukan islam didalam harian kita? dibelakang dunia? atau dihadapan dunia?

p/s: peristiwa berlaku di indkom engineering sdn bhd, syeksen 16.

Tuesday, October 18, 2011

Inilah sebab kenapa tarbiah dimalaysia tidak seharusnya didalam keadaan selesa

emo sekejap lps bace brite ni. terimagine mcm mane situasi bayi yg suci bersih dari dosa, merengek2 menangis baru melihat dunia, tiba2 merasa sakit dikelar2 oleh ibu yang melahirkanya sendiri!

kdg2 lps bace berita sebegini,ada yg mula rse nk menuding jari, komen tu komen ni n salahkan mcm2. tapi ape yg kite sendiri buat utk bendung n atasi masalah yang teruk sebegini selain dr mengomen dan mengkritik?

keruntuhan akhlak yg sgt tenat. syaitan ketawa kepuasan..

ayuh para daie! ayuh para pemuda islam harapan agama, harapan bangsa malaysia! every one of us can do something to stop all of this madness. all out utk menegakkan kembali agama Allah dibumi malaysia. Smoge Allah bantu kita!

***************************************************************






KELAR BAYI DLM ASRAMA -Metro-

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek

Sunday, October 16, 2011


perit jiwa kita yang melihat
perit lagi pedih diri mereka yang menanggung
telinga tidak sanggup mendengar jerit sakitnya
mata tidak sanggup memandang kesengsaraannya
kata murobbiku, tarbiah kita ini tidak sepatutnya dizone yang selesa
bergerak pantaslah mengejutkan mata yang lena
atau kita akan melihat lebih ramai lagi menanggung keperitan,
atau mendengar lebih banyak lagi jeritan sengsara kesakitan,
atau melihat lebih banyak lagi air mata yang mengalir..
atau paling tidak cuba bayangkan kita yang menanggung..

Semoga Allah membantu kita untuk membangunkan ummah
merenung jauh kosong
mengeluh panjang gundah
merindui penatnya tarbiah
merindui penatnya bekerja
merindui akan penat yang gembira

Masihkah aku dipilih olehNya?

Saturday, October 15, 2011

Ayah membiarkan saya menghabiskan bacaan buku komik

Menangani kesalahan yang dilakukan anak adalah seni yang harus dimiliki ibu bapa. Seni ini harus dipelajari dan ditekuni agar kesalahan yang terjadi boleh berubah menjadi sesuatu yang positif yang memberi manfaat kepada keluarga, bukan menjadi kekuatan negetif yang menghancurkannya.

Ada sejumlah kesalahan yang terjadi dirumah, apabila salah ditangani, akan menimbulkan kesalahan yang lebih besar daripada sebelumnya. Ini boleh terjadi ketika ibu bapa terlalu membesar-besarkan kesalahan yang tidak perlu. Ibu bapa bertindak balas ke atas kesalahan kecil dengan sangat keras dan kasar, lalu membentuk rasa tertekan dalam jiwa dan fikiran anak-anak.

Dialog dengan suasana tenang serta ungkapan yang dalam mampu mengembangkan akal anak dan memperluas pengetahuannya, adalah satu seni berinteraksi dengan kesalahan anak. Dengan cara ini anak disentuh melalui pembicaraan dan diskusi yang baik daripada seorang anak, akan terdorong untuk menyingkap banyak perkara yang sebelum ini dia tidak tahu. Ia akan terdorong untuk menghadapi pelbagai peristiwa yang dilaluinya dari hari ke hari dengan cara yang baik.

Maka, perbuatan melatih anak untuk berdiskusi dan berdialog adalah salah satu cara ibubapa yang perlu diperhatikan. Dahulu Rasulullah s.a.w berdialog dengan tenang kepada seorang pemuda yang meminta izin untuk berzina. Setelah diajak berdialog, pemuda itu menjadi orang yang paling benci zina.

Salah satu kebiasaan Hasan al-Banna adalah berdialog dengan tenang untuk memperbaiki kekeliruan yang dilakukan anak-anaknya. Saiful Islam (anak kepada Hasan Al-Banna) mengatakan, "Setelah beberapa tahun, saya tahu bahawa ayah begitu memperhatikan perilaku saya dengan teliti. Tapi pemerhatian itu tidak saya ketahui kecuali ketika saya sudah meningkat dewasa. Ketika saya memperhatikan sikap-sikap ayah, baru saya ingat semasa kecil saya pernah membeli buku cerita james. Dalam buku itu ada beberapa kisah percintaan. Suatu ketika, ayah pulang lewat malam dan melihat saya masih belum tidur dan saya pada ketika itu sedang asyik membaca buku komik. Tapi ketika itu, ayah meninggalkan saya begitu sahaja. Keesokan harinya, ketika saya selesai membaca keseluruhan buku itu, ayah ajak saya berbicara. Ayah mengatakan 'Ayah akan memberikan kepada kamu sesuatu yang lebih bagus daripada itu.' Lantas ayah memberikan kepada saya beberapa buah buku.

Antaranya buku cerita mengenai pemimpin seperti kisah Antarah bin Syadad, Saif bin Dzi Yazin serta sejumlah kisah tokoh Islam yang lainnya. Ayah juga memberikan kepada saya buku sirah Umar bin Abdul Aziz r.a, juga beberapa buku lain yang bermanfaat. Saya merasakan pada ketika itu, bahawa ternyata ayah begitu memperhatikan perilaku saya, memerhatikan apa yang saya baca, serta merencanakan kepada saya dengan sangat jelas, meski pon dia sibuk dengan aktiviti dakwahnya yang sangat padat.

petikan dari buku Cinta di Rumah Hasan al-Banna

sebagai seorang da'ie, kita boleh mengambil pengajaran dari kisah diatas utk mendidik mad'u :)