Hadith ke-35
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya"
Hadith ke-35 adelah mengenai sabda Rasulullah SAW yang menyatakan tentang larangan Allah S.W.T keatas 5 perangai buruk manusia seperti dengki, menipu, benci membenci, bermusuhan, dan berkenaan jual beli. Hadith juga mengatakan bahawa taqwa itu datangnya dari hati. Hadith ni menunjukkan betape pentingnya hubungan sesame umat islam itu disisi Allah S.W.T.
Jangan dengki sesame manusia
Ade 4 peringkat dalam berhasad dengki:
- Dengki didalam hati ( biase terdetik di hati manusia)
- Tak nak orang lain miliki sesuatu
- Nak merampas ape yang orang lain miliki ( mengambil hak orang lain )
- Kalau kite tak dapat nak miliki, orang len pon tak boleh jugak.
Dengki adelah sejenis penyakit hati. Perasaan yang timbul kerana iri hati atas nikmat dan kelebihan yang orang lain kecapi.
3 sifat yang kita perlu sentiase berwaspada pd diri kita :
- Kesombongan
( perlu ingat, setiap orang ada kelebihan masing2. Allah boleh tarik nikmatNYA dari kita dalam sekelip mata. Perlu sentiase bersyukur dengan ape yang ada dan merendah diri kerana sumenya adalah pemberian dr Allah S.W.T)
- Kerakusan
(Selalu rase tak cukup dengan ape yang ade, dan selalu nak memperolehi peluang yang ade dekat depan mate. Once again, bersyukur dengan ape yang ada )
- Dengki
( sebagaimana iblis yang dengkikan keistimewaan Nabi Adam sampai menyebabkan iblis dimurkai oleh Allah S.W.T )
Walaupon kite tau dengki ni lebih banyak mendatangkan keburukan tapi sebenarnye ade juga sifat dengki yang membawa kepada kebaikan.
Kite dibenarkan untuk berhasad dengki kepade:
- Orang yang menginfakkn(sedekah) harta mereka siang dan malam
- Mereka yang membaca Al-Quran yang mengamalkannya pada waktu siang dan malam
Utk 2 perkara ni, kite bukan saje patut dengki, tapi kite patut berusehe buat lebih dari tu.
Jangan menipu
Terdapat hadis yang mengatakan tentang bahayenye menipu kerana boleh menyebabkan orang percaya akan tipu helah tu.
Jangan benci membenci
- Benci dapat melenyapkan hubungan kasih sayang sesame manusia
- Tidak dikatekan kamu beriman melainkan kamu berkasih sayang
- Berilah salam kepade sesame saudara muslim
Jangan berbelakang-belakangan
- Jangan tidak menegur sesame saudara muslim( jgn buat tak tau), sebab ia membahayakan.
- Tidak halal bagi islam jika tidak menegur antara satu sama lain
- Yang baik diantara mereka adalah mereka yang memulakan memberi salam kepada saudaranya.
- Bile tak menegur dalam setahun, teruknya adelah seperti kite telah menumpahkan darah
Zaman sekarang ni, kite lebih kepada buat hal sendiri dr bermasyarakat. Kalau ade bermasyarakat pon, asik berbual2 kosong yang terkadang mengumpat hal orang lain tanpe kite sedari. Tarik nafas dalam2..tekad dalam hati utk mulakan satu perubahan dalam diri. Lakukan yang ma'ruf dan tinggalkan yang mungkar. Jangan berputus asa kerana Allah S.W.T menilai kita dari usaha kite. Berjihad dalam melawan nafsu adelah jihad yang besar.
Jangan menjual diatas jualan orang lain
- Sebagai contoh, seorang penjual A cube nk mencuri pelanggan kepada penjual B ( mencuri pelanggan ).
- Kalau penjual A sedang tawar menawar dengan pelanggan, kite tak boleh nk cube tawarkan harge lebih rendah lagi dekat pelanggan yang same dgn niat semate2 nk pelanggan tu beli barang kite.
- Tak boleh menghasut pelanggan utk tak beli barang orang lain. ( sebab kite cube nk menyusahkan orang utk cari rezeki )
- Same kes macam kite cube nk curi tunangan orang lain. Haram.
Rasulullah SAW ada beberapa kali menegaskan bahawa orang yang bertaqwa itu adalah bersaudara
- Jangan aniaya orang
- Jangan biarkan orang yang dianiaya oleh orang lain ( cube bantu )
- Jangan menipu
- Jangan menghina
Rasulullah SAW pernah bersabda, "bantulah mereka yang dizalimi dan menzalimi". Bantu orang yang sedang dizalimi agar tak trus dizalimi, dan bantu mereka yang menzalimi supaya tak terus menzalimi orang lain. Cube kite bayangkan kite dizalimi dan takde sorang pon yang cube untuk bela kite..oleh sebab tu, klo boleh kite jgn bia orang lain dizalimi. Buat sekadar yang termampu. Orang yang suke menzalimi orang lain ni adelah orang yg bermasalah..kite tolong diorg dengan care nasihat yang baik2. Smoge Allah bukekan hati mereka utk tidak menzalimi orang lain. Jangan lah kite menghina orang lain kerana secare tak langsungnya kite akan rase meninggi diri. Islam menyuruh kite berkasih sayang sesama saudara muslim umpama satu anggota badan, bile satu sakit, sume rase pedihnye.
No comments:
Post a Comment