Pages

Sunday, October 16, 2011


perit jiwa kita yang melihat
perit lagi pedih diri mereka yang menanggung
telinga tidak sanggup mendengar jerit sakitnya
mata tidak sanggup memandang kesengsaraannya
kata murobbiku, tarbiah kita ini tidak sepatutnya dizone yang selesa
bergerak pantaslah mengejutkan mata yang lena
atau kita akan melihat lebih ramai lagi menanggung keperitan,
atau mendengar lebih banyak lagi jeritan sengsara kesakitan,
atau melihat lebih banyak lagi air mata yang mengalir..
atau paling tidak cuba bayangkan kita yang menanggung..

Semoga Allah membantu kita untuk membangunkan ummah
merenung jauh kosong
mengeluh panjang gundah
merindui penatnya tarbiah
merindui penatnya bekerja
merindui akan penat yang gembira

Masihkah aku dipilih olehNya?

Saturday, October 15, 2011

Ayah membiarkan saya menghabiskan bacaan buku komik

Menangani kesalahan yang dilakukan anak adalah seni yang harus dimiliki ibu bapa. Seni ini harus dipelajari dan ditekuni agar kesalahan yang terjadi boleh berubah menjadi sesuatu yang positif yang memberi manfaat kepada keluarga, bukan menjadi kekuatan negetif yang menghancurkannya.

Ada sejumlah kesalahan yang terjadi dirumah, apabila salah ditangani, akan menimbulkan kesalahan yang lebih besar daripada sebelumnya. Ini boleh terjadi ketika ibu bapa terlalu membesar-besarkan kesalahan yang tidak perlu. Ibu bapa bertindak balas ke atas kesalahan kecil dengan sangat keras dan kasar, lalu membentuk rasa tertekan dalam jiwa dan fikiran anak-anak.

Dialog dengan suasana tenang serta ungkapan yang dalam mampu mengembangkan akal anak dan memperluas pengetahuannya, adalah satu seni berinteraksi dengan kesalahan anak. Dengan cara ini anak disentuh melalui pembicaraan dan diskusi yang baik daripada seorang anak, akan terdorong untuk menyingkap banyak perkara yang sebelum ini dia tidak tahu. Ia akan terdorong untuk menghadapi pelbagai peristiwa yang dilaluinya dari hari ke hari dengan cara yang baik.

Maka, perbuatan melatih anak untuk berdiskusi dan berdialog adalah salah satu cara ibubapa yang perlu diperhatikan. Dahulu Rasulullah s.a.w berdialog dengan tenang kepada seorang pemuda yang meminta izin untuk berzina. Setelah diajak berdialog, pemuda itu menjadi orang yang paling benci zina.

Salah satu kebiasaan Hasan al-Banna adalah berdialog dengan tenang untuk memperbaiki kekeliruan yang dilakukan anak-anaknya. Saiful Islam (anak kepada Hasan Al-Banna) mengatakan, "Setelah beberapa tahun, saya tahu bahawa ayah begitu memperhatikan perilaku saya dengan teliti. Tapi pemerhatian itu tidak saya ketahui kecuali ketika saya sudah meningkat dewasa. Ketika saya memperhatikan sikap-sikap ayah, baru saya ingat semasa kecil saya pernah membeli buku cerita james. Dalam buku itu ada beberapa kisah percintaan. Suatu ketika, ayah pulang lewat malam dan melihat saya masih belum tidur dan saya pada ketika itu sedang asyik membaca buku komik. Tapi ketika itu, ayah meninggalkan saya begitu sahaja. Keesokan harinya, ketika saya selesai membaca keseluruhan buku itu, ayah ajak saya berbicara. Ayah mengatakan 'Ayah akan memberikan kepada kamu sesuatu yang lebih bagus daripada itu.' Lantas ayah memberikan kepada saya beberapa buah buku.

Antaranya buku cerita mengenai pemimpin seperti kisah Antarah bin Syadad, Saif bin Dzi Yazin serta sejumlah kisah tokoh Islam yang lainnya. Ayah juga memberikan kepada saya buku sirah Umar bin Abdul Aziz r.a, juga beberapa buku lain yang bermanfaat. Saya merasakan pada ketika itu, bahawa ternyata ayah begitu memperhatikan perilaku saya, memerhatikan apa yang saya baca, serta merencanakan kepada saya dengan sangat jelas, meski pon dia sibuk dengan aktiviti dakwahnya yang sangat padat.

petikan dari buku Cinta di Rumah Hasan al-Banna

sebagai seorang da'ie, kita boleh mengambil pengajaran dari kisah diatas utk mendidik mad'u :)

Thursday, September 29, 2011

Nafas baru

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..
setelah terumbang ambing menyesuaikan diri dgn kehidupan baru, akhirnya dh boleh bernafas lega sedikit menghirup udara dimalaysia ni.
tak dinafikan awal2 hari tu byk jgk halangan2 untuk meneruskan tarbiah dibumi bertuah ni. ternyata kita mmg akan sentiasa diuji dan alhamdulillah ujian dari Allah itu semata2 adalah untuk membuatkan hambaNYA ini bersedia dengan surrounding baru yang agak berbeza cabarannya berbanding Korea

betul bak kata orang, malaysia adalah medan sebenar. orang yang melaluinya akan faham :)
walaupon tak sampai dua bulan balik malaysia, byk rsenyer input2 yg nk dikongsi dengan pembaca.

baru2 ni mengikuti satu program daurah, yang banyak menjelaskan perkara yang kurang jelas. byk membantu untuk memuhasabahkan diri iaitu "kenapa aku berada dijalan ini".. masyaAllah..
terasa sikitnye ilmu didada.. terasa sgt kerdil berbanding para daie yang walaupon dah berumur 60+ tp masih menggagahkan diri kesana kemari berkongsi pengalaman dan memberi nasihat kepada golongan syabab(pemuda)..itupon mereka masih kelihatan humble! masyaAllah.....mampukah aku tsabat seperti mereka... T.T itu suma akan bergantung kepada macam mana kita menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga keikhlasan kita dlm berada dijalan ini.

dari segi grup usrah pula..masyaAllah dan alhamdulillah bertemu dgn usrahmate yg sgt tabah dan sgt bagus. walaupon penat bekerja sebagai seorang doktor disiang hari, tapi tetap komit usrah dimalam hari, malah ada diantara mereka yang tgh sarat pregnant tngu masa nk melahirkan baby dan ade jgk yang berusrah membawa babynya yg masih kecil....hebat!
terdiam seribu bahasa menghadiri usrah sebegitu kerana byk sgt pengajaran yg perlu diambil secara tak langsung.

apa2 pon.. perjalanan masih panjang. iman didada masih perlu sgt2 dipertingkatkan. Smoge Allah akan terus memilih kita menjadi hambaNYA yang sentiasa diketuk iman dihati agar tidak leka dan lalai... ameen ya Rab..

Tuesday, September 6, 2011

Lemah jiwa

down.. tak yakin.. tak mampu.. tak hebat mcm dia bla2...
kata2 diatas mostly akan keluar dari orang yg terlalu byk berfikir, runsing seorang2 dan hasilnya cuma usaha yang sedikit.

carilah kekuatan dengan yakin akan janji2 Allah, dan bertawakal sebulat hati kepadaNYA.
usaha dan tawakal. bukankah hasil itu ditentukan Allah. Allah cuma meminta kita untuk berusaha menjalankan perintahnya utk beramal makruf dan nahi mungkar.

syaitan akan sentiasa mencari titik lemah didalam diri manusia untuk meminimizekan usaha dan masa yang akan manusia peruntukkan utk Allah..

Astagfirullah...

Saturday, August 27, 2011

Keindahan yang menguji

Alhamdulillah, kebelakangan ni membaca buku yang bertajuk Nabi Yusuf DiDalam Al-Quran, karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Zarni.

SubhanAllah byknye pengajaran yang dapat dipelajari dari kisah Nabi Yusuf.
Kisah nabi yusuf merupakan kisah yang paling baik yang terdapat didalam alquran, dimana Allah menceritakan kisahnya bermula dari kisah nabi yusuf kecil sehinggalah dia dapat kembali semula bersama keluarganya ketika dia dh besar.

"Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik" (Yusuf:3)

Diantara pengajaran dari kisah ni yang ingin sy kongsikan adalah berkenaan Nabi Yusuf dan ketampanannya.

Sesungguhnya Allah s.w.t telah membahagikan kekacakkan di muka bumi ini menjadi dua bahagian.
Sebahagian dimiliki oleh semua keturunan anak Adam dimuka bumi ini hingga datang hari kiamat, manakala sebahagian lagi diberikan kepada Nabi Yusuf.

Seindah mana Allah menciptakan nabi Yusuf, hanya Allah yg tahu. Tapi yang pasti keindahan itu bukanlah keindahan biasa, tetapi yang luar biasa.

"..Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka merasa kagum dengan (keelokkan rupa)nya dan tanpa disedari mereka telah melkai (jari) tangan mereka sambil berkata "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah para malaikat yang mulia"
(Yusuf:31)

Tetapi, ketampanan itu sebenarnya adalah ujian dari Allah s.w.t buat Nabi Yusuf, dan nabi yusuf sendiri merasakan ujian itu amat berat buatnya.
ia mencuri hati setiap wanita2 yang memandang, terduga keimanan beliau tat kala digoda oleh wanita cantik seperti zulaikha.

sehinggakan Nabi Yusuf berdoa kepada Allah, sekiranya penjara itu yang terbaik buatnya dari terus diduga dan digoda, maka penjara itulah yang dianggapnya terbaik buatnya.

"Yusuf berkata "Ya Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Dan jika Engkau tidak hindarkan daripada tipudaya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang yang bodoh".
(Yusuf:33)

tetapi.. dalam dunia kini, kecantikan dan ketampanan merupakan suatu kebanggaan yang kebiasaannya mahu ditonjolkan dan dipamerkan.
kecantikan dan ketampanan dirasakan memberi keyakinan dan daya tarikan yang menguntungkan.

walhal tanpa disedari itu merupakan ujian dr Allah.. pernahkah kita beristigfar tatkala kita menyedari ada mata dari berlainan jantina yang bukan muhrim memerhati kita? pernah kah rasa bersalah tika kita tercuri pandangan dan hati mereka yang memandang? apatah lagi jika kita tercuri pandangan dari orang yang ingin menjaga hati kerana Allah.

kecantikan dan ketampanan merupakan suatu ujian dr Allah. jagalah ia, peliharalah ia untuk menjadi anugerah yang terindah buat mereka yang berhak mendapatnya.

wanita2 yang cantik..
peliharalah kecantikanmu khas untuk suami yang tercinta kelak..
jangan dijadikan kecantikan sebagai bahan untuk
menarik perhatian secara sengaja ataupon tidak,
kerana ia merupakan ujian dari Allah buat anda

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita soleha :)

Sunday, August 21, 2011

한국 안녕~ Slamat Tinggal Korea~

Bismillahirrahmanirrahim..
dh lebih dua minggu meninggalkan bumi korea, tiba2 rasa rindu pula. Alhamdulillah hidup selama 6 tahun disana sangat2 bermakna.
Dikorealah tempat 2 cinta ditemui.. tarbiah dan suami, dan semoga kedua2nya kerana Allah sentiase insyaAllah.

kelmarin, bersamaan 19 0g0s 2011, merupakan tarikh yg sepatutnya sy dan suami bergraduasi di hanyang universiti, tetapi disebabkan rse sangat2 syg klo terlepas beberapa program yang akan dijalankan dimalaysia , kami bulatkan hati dan tekad untuk pulang awal kemalaysia. ditambah pula dengan beberapa keperluan lain yang membutuhkan kami untuk pulang awal kemalaysia.

dan ternyata alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... program konsisten dan kilat yang dijoin sangat2 bes!
Mungkin setiap peserta yang mengikuti Konsisten dan Kilat turut merasai apa yang sy rse skrg.
pengisian yang sangat berguna, kagum dengan perkongsian oleh tokoh2 yang tsabat didalam dakwah even dh berpuluh2 tahun.. mampukan kami sekuat mereka? insyaAllah..
terasa seperti direcharge sepanjang program even penat!

tak dinafikan, dalam masa yang singkat selepas pulang kemalaysia, dengan kalut menguruskan kehidupan yang masih belum stabil, memang memenatkan. ditambah dengan masih tidak mempunyai lesen kereta.. tp alhamdulillah, sedang berusaha mendapatkan lesen! 화이팅!

selesai program konsisten dan kilat, alhamdulillah sempat pula berprogram ISK dengan adik2 yang baru. masyaAllah, melihat adik2 yang bersemangat mendapat input2 baru, rase malu dengan diri sendiri sbb mse pertama kali dpt ISK dlu tak sesemangat adik2 tu.

ape2 pun..perjalanan masih jauh. perancangan perlu dibuat dengan rapi dan tersusun. istiqamah dan mujahad sangat2 perlu. smoge sentiase merasai ma'iyatullah (kebersamaan Allah). Smoge Allah sentiase merahmati kita semua

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan) , tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"
(94:5-8)