Pages

Sunday, February 28, 2010

Timbang dan nilai


Don't judge a book by its cover


Kata-kata diatas adalah kata-kata yang selalu kita ungkap bila seseorang menilai orang lain dari segi penampilan atau luaran sahaja. Bagaimanakah cara kita menilai seseorang? Bagaimanakah cara menilai yang sepatutnya yang disarankan oleh agama islam? Dalam sedar atau tidak, zaman ini, kita lebih kepada menilai seseorang melalui makanan yang mereka makan, kenderaan yang mereka perolehi dan pakaian yang mereka pakai. Jesteru itu, mereka yang memakan makanan yang termahal, yang susah untuk didapati, dan mereka yang mempunyai kereta termahal, yang limited editionlah yang lebih dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Adakah manusia sekarang begitu materialistic? Penilaian sebegitukah yang dilakukan oleh Rasulullah s.w.t dan para sahabat? Tinggikah martabat mereka yang berharta dan berjawatan tinggi berbanding mereka yang dalam ketakwaannya pada Allah walaupun seseorang itu tidak berharta..?


Rasulullah s.a.w pernah suatu ketika dahulu, mempersaudarakan seorang panglima yang hebat iaitu Saidina Hamzah dengan seorang hamba iaitu Zaid bin Harith. Timbang dan nilai persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bukanlah melalui status kepanglimaan dengan hamba, yang mana jika difikirkan secara logiknya, ia menghina status kepanglimaan dengan mempersaudarakan dengan seorang hamba. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w mempersaudarakan mereka melalui nilai ketaqwaan diantara hamzah dan zaid.


Mungkin kerana pemikiran kita telah diracuni oleh system secular yang diperkenalkan oleh budaya barat. Dimana menggambarkan atau menilai sesuatu perkara tanpa mengaitkannya dengan agama. Logikkah kita yang mengaku beragama islam tetapi melakukan sesuatu perkara tanpa mengikut apa yang disarankan atau disyariatkan oleh islam? Sekiranya pemikiran kita tidak kita kaitkan dengan agama, sudah tentu kita hanya akan berfikir mengikut logik yang diajar oleh barat. Ya, zaman kita kini terlalu mengagungkan budaya barat.. kita merasakan seronok mengikuti perkembangan mereka, walhal.. didalam islam, terdapat keseronokan tersendiri yang hakiki yang diajar sendiri oleh Allah s.w.t. Allah mengajar kita cara-cara yang sihat, indah, dan menenangkan yang boleh kita perolehi dengan mendalami islam dan al-quran itu sendiri. Banggalah dengan apa yang disyariatkan islam, kerana ia akan mengangkat darjat kita didalam masyarakat. Cukuplah kita membuatkan Allah menyukai kita, walaupon masyarakat disekeliling tidak senang dengan cara kita. Kerana apabila disukai Allah s.w.t, kita akan peroleh kebahagian didunia dan diakhirat insyaAllah.


Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya (24)

Kamilah yang telah mencurahkan air yang melimpah (dari langit) (25)

Kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya (26)

Lalu disana Kami tumbuhkan biji-bijian, (27)

Dan anggur dan sayur-sayuran, (28)

Dan zaitun dan pohon kurma (29)

Dan kebun-kebun (yang) rindang (30)

Dan buah-buahan serta rerumputan. (31)

(Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk hewan-hewan ternakanmu (32)

(Abasa, ayat 24~32)


Dari ayat yang al-Quran diatas ni, Allah s.w.t menyuruh kita memerhatikan makanan kita. Kerana makanan mempengaruhi hati dan pemikiran kita. Makanan yang tidak bersih dan haram boleh menggelapkan hati untuk mendalami ilmu, terutamanya ilmu agama. Video dibawah ini, adalah hasil dokumentari beberapa pemuda islam di amerika yang cuba untuk membuka minda umat islam zaman ini..






Friday, February 12, 2010

^____^

Jadilah

seorang anak yang menyenangkan hati kedua ibu bapanya

seorang isteri yang menyejukkan hati suaminya

seorang ibu yang juga pendidik kepada anak-anaknya

seorang sahabat yang tidak menyusahkan sahabatnya yang lain

seorang pencinta kepada alam sekitarnya

seorang pelajar yang mengamal dan memanfaatkan ilmu gurunya

dan yang paling penting, jadilah

seseorang yang taat dan patuh kepada agamanya.

Keindahan hidup dimanakah yang kita dambakan?

Didunia yang sementara ini? Atau di akhirat yang kekal abadi?


"Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu sore atau pagi hari"

(An-Naziat, ayat 46).

Kecintaan Mu'adz bin Jabal ra pada Rasulullah SAW



Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahwa Mu'adz bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih tidur juga wahai Mu'adz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah." Mu'adz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'adz berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.


Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'adz berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'adz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:


"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?"

(Az-Zumar: 30).


Maka menjeritlah Mu'adz, sehingga ia tak sadarkan diri. Setelah ia sadar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:


"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144)


Maka Mu'adz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?" Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?" Lalu iapun pergi meninggalkan mereka.


Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'adz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'adz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'adz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'adz terjatuh dan tak sadarkan diri. Lalu orang itu menyadarkannya, ia memanggil Mu'adz: Wahai Mu'adz sadarlah dan bangunlah." Ketika Mu'adz sadar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'adz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.


Mu'adz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'adz menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sadarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'adz yang sedang pingsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'adz, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'adz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'adz." Maka Mu'adz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahwa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra."


Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'adz mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'adz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata,


"Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'adz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."


Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'adz?" Fatimah rha lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah salam saya kepada Mu'adz dan khabarkan kepadanya bahwa ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Mu'adz bin Jabal keluar dari rumah Fatimah ha menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.



p/s: Kisah yg sangat mengharukan (T.T). Betapa tinggi dan mendalamnya cinta sahabat-sahabat baginda . Bagaimana pula rasa cinta kita kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W ? Marilah kita dahulukan rasa cinta kita kepada Allah dan RasulNya lebih dari rasa cinta kita kepada yang lain. Kerana, cinta kepada Allah dan Rasul tidak mengecewakan, akan sentiasa menggembirakan kita semula,dan merupakan sebaik-baiknya untuk kita cintai. :)



Wallahualam..

Tuesday, February 9, 2010

sejarah pemilihan tanah Arab (2)


Rahsia pemilihan tanah Arab

Terdapat beberapa sebab yang munasabah mengapa islam diturunkan oleh Allah S.W.T di Negara Arab berbanding negara-negara lain.

  1. Keistimewaan Negara Arab dan geografinya berbanding tamadun yang hidup sezaman dengannya seperti Rom, Parsi, Greek Tua, India dan China.
  2. Keistimewaan bangsa Arab itu sendiri, budaya, bahasa arab serta tatacara kehidupan bangsa Arab sebelum kedatangan islam.


Sebelum islam diturunkan, terdapat dua bangsa dan sangat gagah yang mempunyai kuasa besar pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi. Tetapi mengapakah islam tidak diturunkan kepada kuasa-kuasa besar ini? Mungkin kita akan terfikir , adalah lebih mudah agaknya untuk menyebarkan islam sekiranya ia diturunkan disebuah bangsa yang berkuasa besar dan kuat bukan? Tetapi hakikatnya islam diturunkan disebuah Negara Arab yang tandus lagi kekeringan itu. Mengapa? Ini adalah kerana, islam dikatakan tidak diturunkan dikedua-dua buah bangsa ini disebabkan cirri-ciri dan tamadun bangsa-bangsa besar tersebut yang sudah terlalu jauh dari asas-asas murni.


Parsi merupakan sebuah bangsa besar yang terlibat didalam arena pertarungan agama dan falsafah. Pemerintahnya juga merupakan penganut agama Majusi (Zuradisy). Dimana mempercayai ajaran yang menggalakkan lelaki berkahwin dengan keluarga sendiri. Ini menunjukkan akidah pemerintah Parsi yang sangat teruk terutama kisahnya yang berkahwin dengan anak perempuannya sendiri. Dikatakan bahawa bangsa Parsi menganggap kebebasan wanita tidak terhad dimana harta dan wanita adalah milik bersama.Rom merupakan sebuah bangsa yang mempunyai jiwa penjajah, yang begitu taksub untuk meluaskan kuasa bangsanya, disamping terlibat dengan persengketaan agama dengan pihak kristian di Syam dan Mesir. Rom cuba memodenisasikan agama kristian mengikut nafsu dan kehendak mereka. Rom juga dikatakan sebuah bangsa yang lebih huru-hara berbanding Parsi.


Terdapat juga dua kuasa kedua terbesar yang terdapat dizaman itu iaitu Greek Tua dan India. Dikatakan bahawa ketika itu, bangsa Greek Tua hidup didalam kisah dongeng dan khayalan yang mereka ciptakan sendiri. India pula menurut Professor Abul Hassan Al Nadwl, sedang mengalami kemerosotan agama, akhlak dan juga nilai kemasyarakatan.


Daripada cirri-ciri yang terdapat didalam setiap bangsa-bangsa yang besar ini, dapat kita simpulkan bahawa, tamadun-tamadun itu telah jauh menyimpang dari nilai-nilai mulia, dan telah dirosakkan dengan budaya metarialistik dan mempunyai akhlak yang sangat teruk (dimana mereka tidak lagi menggunakan akhlak untuk kemajuan).


Sementara itu, disemenanjung Arab pula dikatakan tenang dan jauh terpencil dari huru hara. Mereka tidak merasai kemewahan Parsi, dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan ketenteraan Rom. Mereka juga tidak menggunakan mitos-mitos dongeng seperti Greek Tua. Tabiat semulajadi bangsa Arab ketika itu boleh dikatakan seperti bahan yang masih mentah yang belum pernah dileburkan atau dicorakkan oleh mana-mana acuan. Keadaan ini yang membayangkan bangsa Arab bersih dari sifat-sifat jahat dan mereka mempunyai kemahuan yang kuat kearah pembentukan manusia terpuji. Mereka hidup didalam sifat amanah, tolong menolong dan dimana cuma memerlukan panduan dan ilmu pengetahuan yang betul. Tetapi walaupun begitu, kebanyakan mereka terdapat juga yang sangat teruk seperti membunuh anak perempuan, berpuak-puak dan serang menyerang antara kabilah.


Mengikut seorang professor Mesir Muhammad Al Mubarak, berkata "Islam wujud ditengah-tengah dua tamadun yang melebar ke kiri dan ke kanan. Dimana sebelah kirinya adalah tamadun barat yang keterlaluan, dan disebelah kanannya pula adalah tamadun India, China iaitu tamadun kerohanian dan kejiwaan yang melambung"


Oleh itu, permulaan islam dipilih untuk diturunkan kepada bangsa Arab, dan ayat Al-Quran diturunkan didalam bahasa Arab memandangkan bangsa arab merupakan bahasa pertuturan bagi kaum Arab.

Pemilihan Rasulullah S.A.W yang buta huruf juga merupakan kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T supaya kita dapat meyakini bahawa ajaran islam yang disampaikan oleh baginda S.A.W adalah bukan dari pemikiran bangsa arab yang telah diracuni oleh mana-mana ajaran. Ia juga sebagai bukti bahawa baginda tidak terpengaruh dari apa-apa tamadun, pemikiran dan kerumitan falsafah. Ini adalah bukti untuk kita tidak bersyakwasangka terhadap kenabian dan kerasulan baginda S.A.W.


"Dialah yang mengutuskan seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata,"


(Al-Jumu'ah, ayat 2)


Hikmah-hikmah lain mengenai pemilihan tanah Arab

  1. Dimana, di tanah Arab terdapat Baitul Haram yang merupakan tumpuan dan tempat kesejahteraan umat manusia untuk beribadat. Mekah juga menjalankan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiya iaitu Nabi Ibrahim a.s. Ini menunjukkan bahawa pemilihan tanah Arab tepat dan kena pada tempat yang mulia ini.
  2. Tanah Arab juga merupakan muara seruan agama islam yang pertama oleh Nabi Ibrahim a.s dan juga merupakan tempat pengutusan nabi yang terakhir.
  3. Situasi ditengah-tengah berbagai bangsa, islam tersebar dikalangan bangsa-bangsa itu dengan mudah. Ianya dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khulafah Ar-Rashidin, dimana islam terbukti dapat disebarkan dengan pesatnya kepada bangsa-bangsa sekeliling tanah mekah dan madinah.
  4. Keistimewaan bahasa Arab itu sendiri. Dimana didalam bahasa arab terdapat keistimewaan yang tidak terdapat didalam bahasa lain. Ianya termasuk dari segi pembahasan dan makna, juga dari segi intonasi bahasa arab yang sangat merdu apabila dibaca.


Wallahualam..

Monday, February 8, 2010

Beberapa video buat peringatan besama



Hidup anda, andalah yang membuat pilihan. Ketahuilah, selagi nafas dikandung badan, selagi itu peluang taubat terbuka untuk kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jangan dilupa tujuan asal kita dibumi Allah ini adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah. Janganlah kita lalai.

Firman Allah bermaksud:
" Bermegah-megahan telah melalaikan kamu (1) Sampai kamu telah masuk kedalam kubur (2) Sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), (3) Kemudian sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui (4) Sekali-kali tidak! sekiranya kamu mengetahui dengan pasti, (5) niscaya kamu akan benar-benar melihat neraka jahim, (6) Kemudian kamu akan benar-benar melihatnya dengan mata kepala sendiri, (7) Kemudian kamu akan benar-benar ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah didunia itu) (8)"

(Surah At-takasur)



Berhati-hatilah dalam berbicara.

Firman Allah bermaksud:
"
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(Al-Hujurat 49:12)



Pengakuan remaja yang terjebak dengan gelaja maksiat dan alhamdulillah telah kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah sentiasa menjaga kita dari melakukan dosa-dosa samaada kecil atau pun besar. amin ya rabbal alamin..

Beringat-ingatlah wahai sahabatku sayang ^^,

Sejarah pemilihan tanah Arab (1)



Sewaktu aku mengambil diploma di kolej dongyang,seoul, pernah suatu hari, aku didatangi oleh seorang wanita korea yang berumur dalam lingkungan 30an. Dia menegur aku dan memperkenalkan nama indonesianya sebagai Erna. Pada mulanya aku tidak menyangka akan terjumpa seorang korea yang agak fasih berbahasa Indonesia. Dia memberitahu bahawa dia ingin berkenalan lebih mendalam denganku untuk mendalami bahasa indonesianya. Oh ya, dikorea, orang-orang korea lebih ramai yang mempelajari bahasa Indonesia berbanding bahasa Malaysia. Jadi,aku pun dengan senang hati bertukar no telefon dengan Erna. Disamping dia ingin belajar bahasa Indonesia, aku juga dapat melancarkan bahasa koreaku.

Dia menghubungi aku untuk berjumpa setiap selasa di tempat rehat di kolejku. Minggu pertama, dia menyatakan bahawa dia seorang sukarelawan yang pada suatu hari nanti, ingin ke Indonesia. Oleh kerana Indonesia dan Malaysia merupakan dua buah Negara yang mempunyai persamaan budaya, pemakanan dan persekitaran, dia berminat untuk mendengar ceritaku tentang Malaysia.


Pada minggu kedua pula, dia meminta aku bercerita tentang budaya islam di Malaysia. Dia bertanya kepada aku " Betulkah ada orang islam menghafal seluruh Al-Quran? Aku rasa ia adalah sangat diluar sangkaan kerana bagi aku Al-Quran sangat tebal, aku juga tidak menghafal satu ayat pun didalam bible". Baru aku sedar yang rupanya Erna beragama kristian. Aku menjawab " Betul, malah tiga orang adik aku merupakan tahfiz yang menghafal Al-Quran". Erna bertanya dengan nada hairan " Tiga orang sahaja didalam malaysia yang menghafal Al-Quran?". Aku tersenyum dan menjawab " Taklah, tiga orang dari sebuah keluarga. Ramai lagi umat islam yang menghafal seluruh Al-Quran". Dia mengangguk-angguk tanda kagum. Erna bertanya lagi "Apakah makna islam bagimu?". Lalu aku menjawab " Islam bagiku adalah senghwal (cara hidupku)". Dia terdiam dan mengangguk.


Kemudian dia bertanya kembali, " Bolehkah aku tahu, dimanakah islam diturunkan? Dan mengapakan ia diturunkan didalam bahasa itu. Bagaimana nabi kamu memperolehi ajaran agama itu?". Aku menarik nafas dalam.. Syukur Alhamdulillah aku baru sahaja tamat membaca buku sejarah nabi yang bertajuk Ar-Raheeq Al-Makhtoom yang ditulis oleh Syeikh Safy Al-Rahman Al-Mobarakfori yang berasal dari India. Aku menjawab satu persatu persoalan yang ditanya oleh Erna itu. Dia sekali lagi mengangguk-anggukan kepalanya.


Selepas beberapa minggu aku berjumpa dengan Erna, pada suatu hari, dia membawa tiga orang teman untuk berjumpa denganku. Seorang perempuan yang nampak lebih muda darinya, seorang lelaki yang berbadan agak gempal dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50an. Selepas mengenalkan mereka kepadaku, dia memberitahu hal yang sebenarnya. Rupa-rupanya Erna dan teman-temannya itu adalah penggiat dakwah kristian. Dia mengaku telah Berjaya mengkristiankan seorang penuntut warga Indonesia yang asalnya beragama islam. Aku tidak terkejut mendengar ceritanya, kerana aku sudah pun dapat menjangka tujuannya untuk berkenalan denganku, disamping minatnya untuk mengetahui tentang islam dan asal-usul islam. Dengan tenang, dia berkata " Kami berminat mengetahui tentang islam, kami juga suka berbincang tentang agama, hari ini, kami akan memperkenalkan agama kami kepada kamu." Dia menyambung " Tuhan yang sebenarnya adalah Yehowa, kedudukannya adalah lebih tinggi dari Allah" ( Nauzubillah ) begitulah lagaknya, Erna menceritakan tentang agamanya kepadaku.


Setelah habes penerangan yang dibuat oleh Erna, aku bertanya kembali kepadanya soalan yang pernah dia tanyakan kepadaku tentang islam. Tetapi pada kali ini, aku bertanyakan tentang asal usul agamanya, dimanakah agamanya diturunkan dan aku menyuruhkan menceritakan kisah orang yang menerima agama itu. Dia dan temannya berpandangan. Berkali-kali dia menyelak kitab biblenya itu. Lagaknya seperti orang yang cuba mencari idea. Tetapi jawapan yang diberikan bukan lah jawapan yang aku inginkan. Dengan kata yang lebih mudah, dia sendiri tidak pasti tentang asal usul agamanya.


Dari kisahku ini, aku sedar bahawa, sebagai seorang muslim, adalah menjadi kewajiban kita untuk mengetahui asal usul agama islam yang kita cintai ini. Bukan itu sahaja, kita juga perlu mengetahui kisah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Malulah diri ini jika orang kafir bertanyakan tentang asal usul islam, tetapi kita tidak dapat menjawab persoalan asas mengenai agama islam yang kita cintai ini. Oleh itu, tajuk yang ingin saya beri pada entry kali ini adalah mengenai sejarah pemilihan tanah arab.

Dibawah tajuk pemilihan tanah arab ini, terdapat 3 tajuk kecil iaitu:-

  1. Sumber-sumber sirah Nabi Muhammad S.A.W
  2. Sebab-sebab pemilihan tanah arab
  3. Rahsia pemilihan tanah arab

Sumber-sumber sejarah rasul

Untuk bercerita mengenai sejarah Rasulullah, kita hendaklah merujuk kepada bukti dan fakta yang betul. Ini bagi mengelakkan berlakunya perbezaan mengenai sejarah Rasulullah S.A.W diantara sesame umat islam. Sumber-sumber berdasarkan fakta-fakta dan bukti yang telah disepakati adalah:-

  • Kitabullah (Al-Quran)
    • Di mana Al-Quran menjadi sumber pertama yang paling penting bagi sejarah Rasulullah s.a.w. Sebagai contohnya, terdapat ayat-ayat yang menceritakan kisah peperangan Badar, Uhud, Al-Khandaq, Al-Ahzab, dan juga kisah perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan Zainab bin Jahsy.


  • Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyah (Hadis-hadis)
    • Hadis-hadis nabi yang sahih yang disepakati oleh para alim ulama yang terdapat didalam kitab terkenal seperti kitab Hadis Al-Muwatta' oleh Imam Malik, Al-Musnad oleh Imam Ahmad. Tetapi, susunan didalam hadis lebih mementingkan kepada pembahagian Maudu'-maudu' fiqah. Ini menyebabkan penyusunan kisah sejarah Rasulullah S.A.W didalam hadis tidak teratur dan berselerak.


  • Kitab-kitab sejarah Rasulullah S.A.W
    • Pada asalnya kisah sejarah Rasulullah S.A.W disampaikan dari mulut ke mulut. Kemudian terdapat inisiatif sesetengah golongan untuk mengumpul sejarah Rasulullah S.A.W yang pada mulanya dilakukan secara ala kadar. Mereka yang mengumpulkan sejarah itu adalah Urwah Ibnu Al-Zubair, Abari bin Othman, Wahb bin Manbah, Syarbil bin Sa'd dan juga Ibnu Syibab Al-Zuhri. Tetapi sayangnya, hasil-hasil tulisan ini telah hilang dan hanya tinggal beberapa bahagian yang telah bercerai. Sesetengahnya terdapat didalam kita Al-Tabari, manakala setengah lagi tersimpan di Bandar Heidberg, Jerman.
    • Kemudian pembukuan semula telah dilakukan dan mendapat pengiktirafan. Ianya dilakukan oleh Muhammad bin Ishaq. Tetapi malangnya, buku itu juga telah hilang. Setelah setengah abad dari masa itu berlalu, Abu Muhammad Abdul Malek (Ibn Hisham) telah mengarangkan semula ringkasan kisah yang telah ditulis oleh Ibnu Ishaq.
    • Kitab yang boleh dijadikan rujukan mengenai sejarah Rasulullah yang digunakan oleh ramai orang yang terdapat kini adalah buku yang bertajuk Ar-Raheeq Al-Makhtoom yang ditulis oleh Syeikh Safy Al-Rahman Al-Mobarakfori yang berasal dari India.

Sebab-sebab perlu belajar sejarah Rasulullah S.A.W

  1. Kerana Nabi Muhammad S.A.W mempunyai peribadi yang sangat tinggi dan terulung. Dimana tiada satu pun biografi seseorang yang selengkap biografi Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang dimaksudkan disini adalah kesempurnaan diri Rasulullah S.A.W yang maksom. Jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang memerintah pada masa ini, walaupun ada yang bijak memerintah Negara, tetapi terdapat juga masalah sampingan seperti masalah skandal, masalah keluarga, dan lain-lain yang menunjukkan akibat daripada keperibadian yang tidak sempurna.


  2. Supaya dengan mempelajari Sirah Rasulullah S.A.W ini, kita dapat mengerti dan mengetahui mengapa Allah S.W.T menyuruh kita meneladani dan mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W. Kita dapat mengetahuinya melalui keperibadian beliau yang terpuji, akhlak yang sangat indah, tutur kata yang sopan, dimana sangat wajar untuk kita jadikan contoh dan perlu kita pelajari.



  3. Kehidupan Rasulullah S.A.W yang sangat kompleks, sehinggakan tiada satu pun kehidupan baginda S.A.W yang terlepas dari kehidupan umatnya. Setiap masalah yang kita alami, kita dapat merujuk kepada cara-cara baginda menangani segala hal yang berlaku dalam hidupnya. Sifat kesungguhannya dalam menyebarkan dakwah, sifat kebijaksanaannya dalam memimpin umat, sifat penyayangnya sebagai seorang ayah, suami, datuk dan pemimpin. Sifat pemurah dan penyabarnya ketika kehilangan isterinya yang tercinta iaitu Saidatina Khadijah dan ketika beliau dihina dan dicaci oleh kaum Quraisy Mekah. Semuanya adalah berlandaskan keagungan akhlak baginda.


    "Dan sesungguhnya, engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur"


    (Al-Qalam,ayat 4)


    Alangkah indahnya keperibadian baginda yang seharusnya kita jadikan idola didalam hidup kita. Baginda lebih hebat diuji oleh Allah sedangkan baginda merupakan seorang kekasih Allah, jika hendak dibandingkan dengan diri kita ini, ujian kita adalah amat kecil.


    "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami: ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


    (Al-Baqarah, ayat 286)

  • Saidatina Aishah isteri baginda pernah berkata " Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran".
  • Imam Syafie juga pernah menyatakan "Apa yang dilakukan oleh baginda, adalah apa yang baginda fahami dari Al-Quran".

Oleh itu, dapat kita lihat disini, kita perlu mengetahui biografi Rasulullah S.A.W. Kerana, memahami biografi baginda, tidak terpisah dari memahami Al-Quran dan islam itu sendiri. Rasulullah S.A.W hidup dari sebuah iman dan keyakinan yang mantap. Kita dapat lihat dimana cirri-ciri pemimpin teladan yang agung tercermin didalam diri Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali. Iaitu pemimpin generasi pertama yang tumbuh ditangan didikan baginda sendiri.



Bersambung…




Thursday, February 4, 2010

Antara Dua Pintu


Tahun itu, adik perempuanku meminta aku temankan dia menunaikan umrah. Sebagai mahramnya, aku penuhi juga permintaannya dengan perasaan yang agak berat. Namun setelah berada di sekitar Baitillah, aku tidak dapat menafikan ketenangan dan kedamaian memenuhi setiap sudut hatiku.

Selepas menunaikan solat Isya' di Masjidil-Haram, mataku terpandang seorang pemuda berkulit putih kemerahan, badannya tinggi lampai dan bermata biru. Dengan sekali pandang saja kita dapat pastikan bahawa dia seorang lelaki Eropah. Dengan lilitan kain ihram berwarna putih, jelas menampakkan suatu pemandangan yang agak berlainan kerana jarang sekali kita bertemu dengan muslim berbangsa Eropah yang mengunjungi Rumah Allah yang mulia ini, Inilah sebahagian petanda Allah qabulkan dua Nabi Ibrahim 'alaihis-salam supaya menjadikan hati-hati sebahagian manusia cenderung kepada rumah ini.

Dia tersenyum memandangku dan aku membalas senyumannya dengan senyuman yang lebih manis. Ketika aku berkira-kira hendak menegurnya dengan bahasa Inggeris Amerika, dia terlebih dahulu menegurku dengan bahasa Arab fusha pelat Inggerisnya:

  • Anta dari negeri Allah yang mana, ya akhi?
  • Ana dari Kuwait. Anta tahu tentang Kuwait? Dan anta pula dari mana?

Aku rasa seolah-olah sedang berlakun dalam satu siri kartun bila aku cuba bercakap fusha buat pertama kalinya dalam hidupku. Terus terang aku katakan, memang aku tidak pernah bercakap bahasa arab fusha. Sekali sekala aku cuba tiru lahjah Iraq, Mesir, Lubnan dan lain-lain. Namun bahasa fusha, tidak pernah sama sekali.

  • Ana dari Belanda. Ana tidak tahu tentang Kuwait kecuali apa yang terlukis di atas peta. Tetapi antum sangat bertuah kerana antum dari Negara Arab dan muslim.
  • Antum juga bertuah tinggal di Belanda, sebuah Negara bebas dimana dadah dan candu dijual di kedai-kedai kopi dibawah pengawasan polis!

Dia tersenyum sambil membalas gurauanku dengan bahasa Arab fushanya:

  • Antumlah yang bertuah kerana antum berhubung langsung dengan rahsia abadi, candu kebahagiaan yang mengeluarkan antum dari lingkaran!
  • Lingkaran apa yang anta maksudkan?
  • Lingkaran kehidupan manusia : lahir, masuk sekolah, bekerja, berkahwin dan kemudian mati!

Maha suci Allah! Orang putih kemerahan ini, yang datang dari kejauhan Eropah sana bercakap dengan bahasa yang sama dengan apa yang ada dalam fikiranku! Dia juga mengetahui tentang linkaran kehidupan!

Aku menganggukan kepala seraya berkata:

  • Apa caranya untuk kita keluar dari lingkaran ini? Semua kita telah ditentukan begitu!
  • Rahsia untuk keluar dari lingkaran itu, antumlah yang memilikinya! Keluarnya antum dari lingkaran itu mestilah dalam lingkungan lingkaran itu juga.
  • Ana tidak faham sedikitpun falsafah yang anta cuba kemukakan itu! Bagaimana mungkin ana keluar dari lingkaran sedangkan ana berjalan di dalam lingkunganya?
  • Beza antara kami dengan antum adalah, kami terpaksa mengkaji, membaca, membuat perbandingan antara pelbagai falsafah dan pelbagai agama sehingga akhirnya barulah kami sampai kepada kebenaran. Adapun antum, sangat bertuah kerana antum telah mewarisi kebenaran itu, telah bersedia dengan mudah! Mungkin kerana warisan itulah yang menghalang antum daripada berfikir dengan mendalam mengenainya.
  • Ana masih bingung dan tidak faham apa yang anta maksudkan?
  • Bayangkan anta sekarang berada diatas satu jalan yang panjang dan gelap. Nun jauh di hujung jalan terdapat dua pintu yang tertutup rapat. Setiap manusia pasti akan melalui jalan itu sehingga penghujungnya. Apabila dia sampai ke penghujung, akan dibukakan untuknya salah satu daripada dua pintu untuk dimasukinya..
  • Pemandangan yang anih..
  • Bayangkan manusia yang melalui jalan itu terdiri daripada dua golongan. Satu golongan mengetahui apa yang ada di balik setiap pintu itu dan satu golongan lagi dalam kebingungan, tidak tahu dan tidak boleh menggambarkan apa yang ada di belakang pintu itu? Kedua-dua golongan itu berjalan menuju ke situ, ke arah dua pintu itu. Jadi pada pandangan anta, golongan manakah yang beruntung?
  • Hemmm.. mungkin golongan yang mengetahui apa yang ada di belakang pintu itu merasai nikmatnya perjalanan dan mengatahui sebab kenapa dia berjalan. Adapun golongan yang tidak mengetahui tidak akan mengecapi apa-apa kenikmatan bagi setiap langkahnya. Jiwa mereka berada dalam keadaan resah sepanjang jalan...
  • Itulah perbandingan antara kami dengan antum. Islam telah menerangkan kepada antum kesudahan perjalanan hidup di dunia ini. Sedangkan kami, kami tidak mengetahui kenapa kami melalui jalan ini? Kami tidak tahu kenapa kami hidup di dalam lingkaran ini? Hati dan minda kami terpinga-pinga mencari makna perjalanan hidup ini. Lantaran itu kami cuba mengaup segala kenikmatan yang kami temui di jalan yang gelap ini. Tetapi malangnya kami tidak mengetahui apa kesudahannya perjalanan ini?
  • Bukankah agama Masihi telah menunjukkan kesudahan hidup antum?
  • Maaf! Mungkin ana tersilap dalam penjelasan ana tadi. Mengetahui itu satu perkara, dan iman itu satu perkara yang lain. Kebanyakan kami memang mengetahui kesudahan, namun sedikit daripada kalangan kami yang beriman dan yakin dengan apa yang menanti di belakang pintu! Iman dan yakin inilah yang tidak diketahui kecuali mereka yang merasai kelazatannya!
  • Bagaimana anta merasai kelazatannya?
  • Bagi ana, ana telah hidup di dalam kegelapan bertahun-tahun lamanya. Lantaran itu ketika nampak cahaya, ana tahu perbezaannya, ana tahu kelazatannya..

Aku sedar bahawa lelaki Eropah ini telah menikmati kelazatan beragama yang aku sendiri tidak dapat menikmatinya. Aku dihambat kebingungan! Dia meneruskan bicaranya tanpa diminta..

  • Tujuh tahun yang lalu, ketika ana berada di awal usia 20an, ana telah melawat Kahirah. Perkara yang menarik bagi orang Eropah ialah pyramid-pyramid yang cantik, muzium-muzium yang bernilai. Tetapi bagi ana, perkara yang paling menakjubkan adalah ketika melawat sebuah masjid lama yang penuh sejarah. Ketika itu waktu solat Asar. Ana berdiri di pintu masjid menyaksikan satu pemandangan yang biasa bagi antum. Ana melihat orang ramai keluar dari masjid selepas menunaikan solat. Yang menarik perhatian ana ialah wajah-wajah yang kelihatan tenang dan ceria dilimpahi cahaya keimanan, disimbahi ketenangan dan kebahagiaan jiwa yang sukar digambarkan. Ana melihat wajah-wajah yang berbeza daripada apa yang pernah ana saksikan sepanjang hidup ana. Ana melihat senyuman yang paling manis, paling suci yang tidak pernah ana lihat sebelum ini. Ana tidak dapat mengawal diri, lantas menghampiri salah seorang daripada mereka. Ana bertanya dalam bahasa Inggeris, tetapi dia tidak faham apa yang ana tanya. Perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam dada, dan mereka begitu bersimpati dan mencari-cari siapa di kalangan mereka yang tahu bahasa Inggeris. Akhirnya mereka memanggil salah seorang daripada mereka. Apabila dia menghampiri, ana berkata kepadanya, saya nak buat apa yang kamu semua buat. Saya nak solat! Lelaki itu tersenyum. Dia meminta ana hadir dua jam lagi, iaitu ketika waktu Maghrib. Dia menerangkan sedikit sebanyak tentang waktu solat jamaah diadakan di masjid. Kemudian lelaki miskin yang sederhana itu membawa ana minum syai Mesir yang pekat. Sambil itu dia menerangkan kepada ana tentang solat dengan bahasa Inggerisnya yang tidak lancar. Ana pula bertanya itu dan ini dan dia menjawab dengan segala senang hati dan dada yang lapang sehinggalah berkumandang suara azan dari menara masjid Kahirah yang bergemerlapan. Ana merasakan seolah-olah suara azan mengalir ke seluruh urat nadi ana. Meskipun ana tidak faham langsung maknanya, ana rasakan bahawa itu adalah seruan yang ditujukan khas kepada ana, seruan yang terbit dari atas langit di sebalik celahan bintang-bintang. Kemudian ana mengambil wuduk bersama lelaki tersebut dan solat berjamaah. Ana tidak faham langsung tentang apa yang ana dengar kecuali 'amin'.
  • Lalu anta istiharkan keislaman anta selepas itu?
  • Tidak! Namun jiwaku diresapi ketenangan batin yang tidak pernah ana rasai seblumnya. Ana dapat rasakan bahawa alam ini mempunyai Pencipta dan Pemberi rezeki, dan ana dapat berhubung dengan-Nya secara langsung di saat itu. Ana benar-benar merasai bahawa ana bersama dengan-Nya di waktu sujud dan ruku' yang singkat itu. Ana rasa, buat kali pertamanya bahawa ana sangat dekat dengan-Nya dan ana dapat meminta apa saja yang ana mahu daripada-Nya. Ana meninggalkan Mesir. Tetapi detik-detik yang singkat itu tidak pernah lenyap dari ruh ana walau seketika. Fikiran ana selalu memikirkan tentang solat secara Islam dari masa ke masa.
  • Kemudian apa yang berlaku selepas itu?
  • Beberapa tahun selepas itu, syarikat tempat ana bekerja menghantar ana bertugas di sebuah kampung kecil di Jerman untuk beberapa tahun. Di kampung tersebut ana melihat suatu pemandangan yang pelik. Itulah yang menjadi sebab ana memeluk Islam.
  • Pemandangan yang pelik di Jerman? Apa dia?
  • Ana melihat sebuah masjid lut sinar!
  • Masjid lut sinar?
  • Ya! Ketika para pendatang Islam ingin membina masjid di kampung tersebut, penduduknya menentang keras. Mereka mengatakan kemungkinan masjid itu dijadikan tempat menyimpan senjata secara rahsia, atau tempat mereka merancang aktiviti keganasan serta melatih para pengganas, dan lain-lain tuduhan dan kebimbangan yang tidak berasas. Di kalangan kaum muslimin terdapat seorang jurutera bangunan. Dia mencadangkan sebuah bangunan masjid yang dibuat daripada kaca. Dengan itu semua penduduk kampung boleh melihat apa yang berlaku di dalam masjid. Sungguh benar! Ketika ana melintasi masjid tersebut, ana melihat kaum muslimin sedang berbaris menunaikan solat Maghrib. Menyirap darah ana ditusuk rindu terhadap kelazatan solat yang telah tertanam beberapa tahun lalu ketika bersolat di Kahirah. Ana memberhentikan kereta, mengambil wuduk dan bersolat bersama dengan mereka. Selepas solat, ana keluar dari masjid dengan perasaan yang terbuai-buai diulit ketenangan.
  • Lalu anta isytihar masuk Islam?

Dia tersenyum menyambut soalanku yang tidak sabar ingin mengetahui detik perisytiharannya sebagai muslim. Sebentar kemudian dia menyambung dengan nada suara yang lembut.

  • Ketika ana berjalan keluar dari masjid, ana terpandang sekeping kertas yang tertulis waktu-waktu solat. Ana tanamkan di dalam ingatan waktu solat fajar. Apabila ana merebahkan badan di pembaringan, ana tidak dapat tidur. Fikiran ana terus diburu ingatan kepada rasa nikmat yang tidak pernah ana kecapi sebelum ini. Telinga ana terngiang-ngiang mendengar bisikan yang menyeru ana agar menyahut seruan Allah. Bisikan itu tidak putus-putus memanggil ana hinggalah tiba waktu solat fajar. Ana segera keluar ke masjid, berwuduk dan solat. Ana rasa amat dekat dengan Pencipta ana. Ana rasa cahaya mennyelinap ke dalam hati dan berenangrenang di dalam darah ana. Dan ketika sujud ana menangis teresak-esak tanpa mengetahui sebabnya. Tetapi tangisan itu sungguh nikmat dan menenangkan. Selepas solat, para jamaah mengerumuni ana. Ana memberitahu mereka bahawa bukan muslim. Seorang guru bangkit dan mengusap dada ana seraya membaca surah To Ha. Maka sekali lagi ana menangis sungguh-sungguh. Semua jamaah di sekeliling ana turut menangis. Selama ini apa yang ana belajar, orang lelaki tidak boleh menangis. Tetapi Islam mengajar ana bahawa menangis itulah kemuncak kelelakian! Lihat, Umar bin al-Khattab! Lelaki yang gagah perkasa, menangis! Harun ar-Rasyid, raja yang memerintah dunia, menangis! Maka ana mengisytiharkan memeluk Islam disahut gema takbir para jamaah di dalam masjid!

Aku meraba titis-titis air yang berguguran dari mataku sedang aku terkedu mendengar kehebatan ceritanya. Aku memandang Kaabah yang tersergam megah di hadapanku sambil bertanya diri sendiri: adakah aku pernah menangis walau satu kali cuma kerana lazatnya ibadah atau khusyuknya doa? Kenapa aku tidak pernah menangis sepanjang hidupku? Pemuda Eropah turut membisu seketika. Kemudian dia menyambung:

  • Semenjak ana memeluk Islam, ana benar-benar merasai keindahan dalam mentaati Allah, rasa dekat dengan raja segala raja. Ana rasai wujudnya kekuatan yang maha hebat yang mencipta alam semesta dengan segala cakrawala, bintang-bintang dan manusia. Kekuatan yang maha hebat itu membuka pintu-Nya kepada ana dan mengizinkan ana masuk ke balai mengadap-Nya bila-bila masa yang ana kehendaki. Dan perasaan yang sungguh mengkagumkan apabila manusia kerdil seperti ana diizin masuk ke balai Maha Raja bila-bila masa untuk mengadu apa saja tentang bebanan yang ditanggung dalam hidup ini, tanpa hijab, tanpa perantara! Di dalam Islam terdapat hubungan dengan Allah dalam semua perkara. Ada doa ketika jaga dari tidur, doa ketika hendak tidur, ketika keluar dari rumah, naik kenderaan sehinggakan bersinpun ada doa yang khusus!
  • Kata-kata yang sungguh indah. Seolah-olah inilah kali pertama ana mendengar hakikat ini!
  • nilah masalah antum. Antum dilahirkan bersama dengan kebenaran ini! Maka antum tidak merenungi rahsianya. Sekiranya antum tadabbur dan memikirkannya, antum akan dapat rasai makna setiap doa-doa ini, betapa mendalam rahsia-rahsianya.
  • Ooo begitu rupanya anta berjalan di dalam lingkaran sambil menikmati keindahannya.
  • Ya! Kalau anta hayati rahsia doa-doa dan salami makna ayat-ayat suci, anta wujudkan hubungan rahsia yang khusus dengan Allah, maka anta akan hidup di dalam lingkaran bersama manusia pada zahirnya, tetapi pada hakikatnya anta hidup bersama dengan Allah.

Sejak daripada hari itu aku hidup di dalam lingkaran ini: makan, minum, ketawa, keluar rumah, tetapi aku mempunyai hubungan yang khusus dengan Allah di dalam solatku, di waktu malam, di waktu fajar, yang menjadikan aku bahagia, redha dan rindu sentiasa untuk menemui-Nya.

Sesungguhnya hidup yang sebenarnya ada pada kelazatan taat kepada-Nya. Cubalah!!

Copy paste dari blog http://zaadut-taqwa.blogspot.com/