
Rahsia pemilihan tanah Arab
Terdapat beberapa sebab yang munasabah mengapa islam diturunkan oleh Allah S.W.T di Negara Arab berbanding negara-negara lain.
- Keistimewaan Negara Arab dan geografinya berbanding tamadun yang hidup sezaman dengannya seperti Rom, Parsi, Greek Tua, India dan China.
- Keistimewaan bangsa Arab itu sendiri, budaya, bahasa arab serta tatacara kehidupan bangsa Arab sebelum kedatangan islam.
Sebelum islam diturunkan, terdapat dua bangsa dan sangat gagah yang mempunyai kuasa besar pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi. Tetapi mengapakah islam tidak diturunkan kepada kuasa-kuasa besar ini? Mungkin kita akan terfikir , adalah lebih mudah agaknya untuk menyebarkan islam sekiranya ia diturunkan disebuah bangsa yang berkuasa besar dan kuat bukan? Tetapi hakikatnya islam diturunkan disebuah Negara Arab yang tandus lagi kekeringan itu. Mengapa? Ini adalah kerana, islam dikatakan tidak diturunkan dikedua-dua buah bangsa ini disebabkan cirri-ciri dan tamadun bangsa-bangsa besar tersebut yang sudah terlalu jauh dari asas-asas murni.
Parsi merupakan sebuah bangsa besar yang terlibat didalam arena pertarungan agama dan falsafah. Pemerintahnya juga merupakan penganut agama Majusi (Zuradisy). Dimana mempercayai ajaran yang menggalakkan lelaki berkahwin dengan keluarga sendiri. Ini menunjukkan akidah pemerintah Parsi yang sangat teruk terutama kisahnya yang berkahwin dengan anak perempuannya sendiri. Dikatakan bahawa bangsa Parsi menganggap kebebasan wanita tidak terhad dimana harta dan wanita adalah milik bersama.Rom merupakan sebuah bangsa yang mempunyai jiwa penjajah, yang begitu taksub untuk meluaskan kuasa bangsanya, disamping terlibat dengan persengketaan agama dengan pihak kristian di Syam dan Mesir. Rom cuba memodenisasikan agama kristian mengikut nafsu dan kehendak mereka. Rom juga dikatakan sebuah bangsa yang lebih huru-hara berbanding Parsi.
Terdapat juga dua kuasa kedua terbesar yang terdapat dizaman itu iaitu Greek Tua dan India. Dikatakan bahawa ketika itu, bangsa Greek Tua hidup didalam kisah dongeng dan khayalan yang mereka ciptakan sendiri. India pula menurut Professor Abul Hassan Al Nadwl, sedang mengalami kemerosotan agama, akhlak dan juga nilai kemasyarakatan.
Daripada cirri-ciri yang terdapat didalam setiap bangsa-bangsa yang besar ini, dapat kita simpulkan bahawa, tamadun-tamadun itu telah jauh menyimpang dari nilai-nilai mulia, dan telah dirosakkan dengan budaya metarialistik dan mempunyai akhlak yang sangat teruk (dimana mereka tidak lagi menggunakan akhlak untuk kemajuan).
Sementara itu, disemenanjung Arab pula dikatakan tenang dan jauh terpencil dari huru hara. Mereka tidak merasai kemewahan Parsi, dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan ketenteraan Rom. Mereka juga tidak menggunakan mitos-mitos dongeng seperti Greek Tua. Tabiat semulajadi bangsa Arab ketika itu boleh dikatakan seperti bahan yang masih mentah yang belum pernah dileburkan atau dicorakkan oleh mana-mana acuan. Keadaan ini yang membayangkan bangsa Arab bersih dari sifat-sifat jahat dan mereka mempunyai kemahuan yang kuat kearah pembentukan manusia terpuji. Mereka hidup didalam sifat amanah, tolong menolong dan dimana cuma memerlukan panduan dan ilmu pengetahuan yang betul. Tetapi walaupun begitu, kebanyakan mereka terdapat juga yang sangat teruk seperti membunuh anak perempuan, berpuak-puak dan serang menyerang antara kabilah.
Mengikut seorang professor Mesir Muhammad Al Mubarak, berkata "Islam wujud ditengah-tengah dua tamadun yang melebar ke kiri dan ke kanan. Dimana sebelah kirinya adalah tamadun barat yang keterlaluan, dan disebelah kanannya pula adalah tamadun India, China iaitu tamadun kerohanian dan kejiwaan yang melambung"
Oleh itu, permulaan islam dipilih untuk diturunkan kepada bangsa Arab, dan ayat Al-Quran diturunkan didalam bahasa Arab memandangkan bangsa arab merupakan bahasa pertuturan bagi kaum Arab.
Pemilihan Rasulullah S.A.W yang buta huruf juga merupakan kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T supaya kita dapat meyakini bahawa ajaran islam yang disampaikan oleh baginda S.A.W adalah bukan dari pemikiran bangsa arab yang telah diracuni oleh mana-mana ajaran. Ia juga sebagai bukti bahawa baginda tidak terpengaruh dari apa-apa tamadun, pemikiran dan kerumitan falsafah. Ini adalah bukti untuk kita tidak bersyakwasangka terhadap kenabian dan kerasulan baginda S.A.W.
"Dialah yang mengutuskan seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata,"
(Al-Jumu'ah, ayat 2)
Hikmah-hikmah lain mengenai pemilihan tanah Arab
- Dimana, di tanah Arab terdapat Baitul Haram yang merupakan tumpuan dan tempat kesejahteraan umat manusia untuk beribadat. Mekah juga menjalankan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiya iaitu Nabi Ibrahim a.s. Ini menunjukkan bahawa pemilihan tanah Arab tepat dan kena pada tempat yang mulia ini.
- Tanah Arab juga merupakan muara seruan agama islam yang pertama oleh Nabi Ibrahim a.s dan juga merupakan tempat pengutusan nabi yang terakhir.
- Situasi ditengah-tengah berbagai bangsa, islam tersebar dikalangan bangsa-bangsa itu dengan mudah. Ianya dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khulafah Ar-Rashidin, dimana islam terbukti dapat disebarkan dengan pesatnya kepada bangsa-bangsa sekeliling tanah mekah dan madinah.
- Keistimewaan bahasa Arab itu sendiri. Dimana didalam bahasa arab terdapat keistimewaan yang tidak terdapat didalam bahasa lain. Ianya termasuk dari segi pembahasan dan makna, juga dari segi intonasi bahasa arab yang sangat merdu apabila dibaca.
Wallahualam..

No comments:
Post a Comment