Pages

Sunday, February 28, 2010

Timbang dan nilai


Don't judge a book by its cover


Kata-kata diatas adalah kata-kata yang selalu kita ungkap bila seseorang menilai orang lain dari segi penampilan atau luaran sahaja. Bagaimanakah cara kita menilai seseorang? Bagaimanakah cara menilai yang sepatutnya yang disarankan oleh agama islam? Dalam sedar atau tidak, zaman ini, kita lebih kepada menilai seseorang melalui makanan yang mereka makan, kenderaan yang mereka perolehi dan pakaian yang mereka pakai. Jesteru itu, mereka yang memakan makanan yang termahal, yang susah untuk didapati, dan mereka yang mempunyai kereta termahal, yang limited editionlah yang lebih dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Adakah manusia sekarang begitu materialistic? Penilaian sebegitukah yang dilakukan oleh Rasulullah s.w.t dan para sahabat? Tinggikah martabat mereka yang berharta dan berjawatan tinggi berbanding mereka yang dalam ketakwaannya pada Allah walaupun seseorang itu tidak berharta..?


Rasulullah s.a.w pernah suatu ketika dahulu, mempersaudarakan seorang panglima yang hebat iaitu Saidina Hamzah dengan seorang hamba iaitu Zaid bin Harith. Timbang dan nilai persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bukanlah melalui status kepanglimaan dengan hamba, yang mana jika difikirkan secara logiknya, ia menghina status kepanglimaan dengan mempersaudarakan dengan seorang hamba. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w mempersaudarakan mereka melalui nilai ketaqwaan diantara hamzah dan zaid.


Mungkin kerana pemikiran kita telah diracuni oleh system secular yang diperkenalkan oleh budaya barat. Dimana menggambarkan atau menilai sesuatu perkara tanpa mengaitkannya dengan agama. Logikkah kita yang mengaku beragama islam tetapi melakukan sesuatu perkara tanpa mengikut apa yang disarankan atau disyariatkan oleh islam? Sekiranya pemikiran kita tidak kita kaitkan dengan agama, sudah tentu kita hanya akan berfikir mengikut logik yang diajar oleh barat. Ya, zaman kita kini terlalu mengagungkan budaya barat.. kita merasakan seronok mengikuti perkembangan mereka, walhal.. didalam islam, terdapat keseronokan tersendiri yang hakiki yang diajar sendiri oleh Allah s.w.t. Allah mengajar kita cara-cara yang sihat, indah, dan menenangkan yang boleh kita perolehi dengan mendalami islam dan al-quran itu sendiri. Banggalah dengan apa yang disyariatkan islam, kerana ia akan mengangkat darjat kita didalam masyarakat. Cukuplah kita membuatkan Allah menyukai kita, walaupon masyarakat disekeliling tidak senang dengan cara kita. Kerana apabila disukai Allah s.w.t, kita akan peroleh kebahagian didunia dan diakhirat insyaAllah.


Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya (24)

Kamilah yang telah mencurahkan air yang melimpah (dari langit) (25)

Kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya (26)

Lalu disana Kami tumbuhkan biji-bijian, (27)

Dan anggur dan sayur-sayuran, (28)

Dan zaitun dan pohon kurma (29)

Dan kebun-kebun (yang) rindang (30)

Dan buah-buahan serta rerumputan. (31)

(Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk hewan-hewan ternakanmu (32)

(Abasa, ayat 24~32)


Dari ayat yang al-Quran diatas ni, Allah s.w.t menyuruh kita memerhatikan makanan kita. Kerana makanan mempengaruhi hati dan pemikiran kita. Makanan yang tidak bersih dan haram boleh menggelapkan hati untuk mendalami ilmu, terutamanya ilmu agama. Video dibawah ini, adalah hasil dokumentari beberapa pemuda islam di amerika yang cuba untuk membuka minda umat islam zaman ini..






2 comments:

  1. subhanallah..reality or appearance????tq..moga berpanjangan pahala nya..^^ ainur..

    ReplyDelete