
Sewaktu aku mengambil diploma di kolej dongyang,seoul, pernah suatu hari, aku didatangi oleh seorang wanita korea yang berumur dalam lingkungan 30an. Dia menegur aku dan memperkenalkan nama indonesianya sebagai Erna. Pada mulanya aku tidak menyangka akan terjumpa seorang korea yang agak fasih berbahasa Indonesia. Dia memberitahu bahawa dia ingin berkenalan lebih mendalam denganku untuk mendalami bahasa indonesianya. Oh ya, dikorea, orang-orang korea lebih ramai yang mempelajari bahasa Indonesia berbanding bahasa Malaysia. Jadi,aku pun dengan senang hati bertukar no telefon dengan Erna. Disamping dia ingin belajar bahasa Indonesia, aku juga dapat melancarkan bahasa koreaku.
Dia menghubungi aku untuk berjumpa setiap selasa di tempat rehat di kolejku. Minggu pertama, dia menyatakan bahawa dia seorang sukarelawan yang pada suatu hari nanti, ingin ke Indonesia. Oleh kerana Indonesia dan Malaysia merupakan dua buah Negara yang mempunyai persamaan budaya, pemakanan dan persekitaran, dia berminat untuk mendengar ceritaku tentang Malaysia.
Pada minggu kedua pula, dia meminta aku bercerita tentang budaya islam di Malaysia. Dia bertanya kepada aku " Betulkah ada orang islam menghafal seluruh Al-Quran? Aku rasa ia adalah sangat diluar sangkaan kerana bagi aku Al-Quran sangat tebal, aku juga tidak menghafal satu ayat pun didalam bible". Baru aku sedar yang rupanya Erna beragama kristian. Aku menjawab " Betul, malah tiga orang adik aku merupakan tahfiz yang menghafal Al-Quran". Erna bertanya dengan nada hairan " Tiga orang sahaja didalam malaysia yang menghafal Al-Quran?". Aku tersenyum dan menjawab " Taklah, tiga orang dari sebuah keluarga. Ramai lagi umat islam yang menghafal seluruh Al-Quran". Dia mengangguk-angguk tanda kagum. Erna bertanya lagi "Apakah makna islam bagimu?". Lalu aku menjawab " Islam bagiku adalah senghwal (cara hidupku)". Dia terdiam dan mengangguk.
Kemudian dia bertanya kembali, " Bolehkah aku tahu, dimanakah islam diturunkan? Dan mengapakan ia diturunkan didalam bahasa itu. Bagaimana nabi kamu memperolehi ajaran agama itu?". Aku menarik nafas dalam.. Syukur Alhamdulillah aku baru sahaja tamat membaca buku sejarah nabi yang bertajuk Ar-Raheeq Al-Makhtoom yang ditulis oleh Syeikh Safy Al-Rahman Al-Mobarakfori yang berasal dari India. Aku menjawab satu persatu persoalan yang ditanya oleh Erna itu. Dia sekali lagi mengangguk-anggukan kepalanya.
Selepas beberapa minggu aku berjumpa dengan Erna, pada suatu hari, dia membawa tiga orang teman untuk berjumpa denganku. Seorang perempuan yang nampak lebih muda darinya, seorang lelaki yang berbadan agak gempal dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50an. Selepas mengenalkan mereka kepadaku, dia memberitahu hal yang sebenarnya. Rupa-rupanya Erna dan teman-temannya itu adalah penggiat dakwah kristian. Dia mengaku telah Berjaya mengkristiankan seorang penuntut warga Indonesia yang asalnya beragama islam. Aku tidak terkejut mendengar ceritanya, kerana aku sudah pun dapat menjangka tujuannya untuk berkenalan denganku, disamping minatnya untuk mengetahui tentang islam dan asal-usul islam. Dengan tenang, dia berkata " Kami berminat mengetahui tentang islam, kami juga suka berbincang tentang agama, hari ini, kami akan memperkenalkan agama kami kepada kamu." Dia menyambung " Tuhan yang sebenarnya adalah Yehowa, kedudukannya adalah lebih tinggi dari Allah" ( Nauzubillah ) begitulah lagaknya, Erna menceritakan tentang agamanya kepadaku.
Setelah habes penerangan yang dibuat oleh Erna, aku bertanya kembali kepadanya soalan yang pernah dia tanyakan kepadaku tentang islam. Tetapi pada kali ini, aku bertanyakan tentang asal usul agamanya, dimanakah agamanya diturunkan dan aku menyuruhkan menceritakan kisah orang yang menerima agama itu. Dia dan temannya berpandangan. Berkali-kali dia menyelak kitab biblenya itu. Lagaknya seperti orang yang cuba mencari idea. Tetapi jawapan yang diberikan bukan lah jawapan yang aku inginkan. Dengan kata yang lebih mudah, dia sendiri tidak pasti tentang asal usul agamanya.
Dari kisahku ini, aku sedar bahawa, sebagai seorang muslim, adalah menjadi kewajiban kita untuk mengetahui asal usul agama islam yang kita cintai ini. Bukan itu sahaja, kita juga perlu mengetahui kisah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Malulah diri ini jika orang kafir bertanyakan tentang asal usul islam, tetapi kita tidak dapat menjawab persoalan asas mengenai agama islam yang kita cintai ini. Oleh itu, tajuk yang ingin saya beri pada entry kali ini adalah mengenai sejarah pemilihan tanah arab.
Dibawah tajuk pemilihan tanah arab ini, terdapat 3 tajuk kecil iaitu:-
- Sumber-sumber sirah Nabi Muhammad S.A.W
- Sebab-sebab pemilihan tanah arab
- Rahsia pemilihan tanah arab
Sumber-sumber sejarah rasul
Untuk bercerita mengenai sejarah Rasulullah, kita hendaklah merujuk kepada bukti dan fakta yang betul. Ini bagi mengelakkan berlakunya perbezaan mengenai sejarah Rasulullah S.A.W diantara sesame umat islam. Sumber-sumber berdasarkan fakta-fakta dan bukti yang telah disepakati adalah:-
- Kitabullah (Al-Quran)
- Di mana Al-Quran menjadi sumber pertama yang paling penting bagi sejarah Rasulullah s.a.w. Sebagai contohnya, terdapat ayat-ayat yang menceritakan kisah peperangan Badar, Uhud, Al-Khandaq, Al-Ahzab, dan juga kisah perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan Zainab bin Jahsy.
- Di mana Al-Quran menjadi sumber pertama yang paling penting bagi sejarah Rasulullah s.a.w. Sebagai contohnya, terdapat ayat-ayat yang menceritakan kisah peperangan Badar, Uhud, Al-Khandaq, Al-Ahzab, dan juga kisah perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan Zainab bin Jahsy.
- Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyah (Hadis-hadis)
- Hadis-hadis nabi yang sahih yang disepakati oleh para alim ulama yang terdapat didalam kitab terkenal seperti kitab Hadis Al-Muwatta' oleh Imam Malik, Al-Musnad oleh Imam Ahmad. Tetapi, susunan didalam hadis lebih mementingkan kepada pembahagian Maudu'-maudu' fiqah. Ini menyebabkan penyusunan kisah sejarah Rasulullah S.A.W didalam hadis tidak teratur dan berselerak.
- Kitab-kitab sejarah Rasulullah S.A.W
- Pada asalnya kisah sejarah Rasulullah S.A.W disampaikan dari mulut ke mulut. Kemudian terdapat inisiatif sesetengah golongan untuk mengumpul sejarah Rasulullah S.A.W yang pada mulanya dilakukan secara ala kadar. Mereka yang mengumpulkan sejarah itu adalah Urwah Ibnu Al-Zubair, Abari bin Othman, Wahb bin Manbah, Syarbil bin Sa'd dan juga Ibnu Syibab Al-Zuhri. Tetapi sayangnya, hasil-hasil tulisan ini telah hilang dan hanya tinggal beberapa bahagian yang telah bercerai. Sesetengahnya terdapat didalam kita Al-Tabari, manakala setengah lagi tersimpan di Bandar Heidberg, Jerman.
- Kemudian pembukuan semula telah dilakukan dan mendapat pengiktirafan. Ianya dilakukan oleh Muhammad bin Ishaq. Tetapi malangnya, buku itu juga telah hilang. Setelah setengah abad dari masa itu berlalu, Abu Muhammad Abdul Malek (Ibn Hisham) telah mengarangkan semula ringkasan kisah yang telah ditulis oleh Ibnu Ishaq.
- Kitab yang boleh dijadikan rujukan mengenai sejarah Rasulullah yang digunakan oleh ramai orang yang terdapat kini adalah buku yang bertajuk Ar-Raheeq Al-Makhtoom yang ditulis oleh Syeikh Safy Al-Rahman Al-Mobarakfori yang berasal dari India.
- Pada asalnya kisah sejarah Rasulullah S.A.W disampaikan dari mulut ke mulut. Kemudian terdapat inisiatif sesetengah golongan untuk mengumpul sejarah Rasulullah S.A.W yang pada mulanya dilakukan secara ala kadar. Mereka yang mengumpulkan sejarah itu adalah Urwah Ibnu Al-Zubair, Abari bin Othman, Wahb bin Manbah, Syarbil bin Sa'd dan juga Ibnu Syibab Al-Zuhri. Tetapi sayangnya, hasil-hasil tulisan ini telah hilang dan hanya tinggal beberapa bahagian yang telah bercerai. Sesetengahnya terdapat didalam kita Al-Tabari, manakala setengah lagi tersimpan di Bandar Heidberg, Jerman.
Sebab-sebab perlu belajar sejarah Rasulullah S.A.W
- Kerana Nabi Muhammad S.A.W mempunyai peribadi yang sangat tinggi dan terulung. Dimana tiada satu pun biografi seseorang yang selengkap biografi Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang dimaksudkan disini adalah kesempurnaan diri Rasulullah S.A.W yang maksom. Jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang memerintah pada masa ini, walaupun ada yang bijak memerintah Negara, tetapi terdapat juga masalah sampingan seperti masalah skandal, masalah keluarga, dan lain-lain yang menunjukkan akibat daripada keperibadian yang tidak sempurna.
- Supaya dengan mempelajari Sirah Rasulullah S.A.W ini, kita dapat mengerti dan mengetahui mengapa Allah S.W.T menyuruh kita meneladani dan mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W. Kita dapat mengetahuinya melalui keperibadian beliau yang terpuji, akhlak yang sangat indah, tutur kata yang sopan, dimana sangat wajar untuk kita jadikan contoh dan perlu kita pelajari.
- Kehidupan Rasulullah S.A.W yang sangat kompleks, sehinggakan tiada satu pun kehidupan baginda S.A.W yang terlepas dari kehidupan umatnya. Setiap masalah yang kita alami, kita dapat merujuk kepada cara-cara baginda menangani segala hal yang berlaku dalam hidupnya. Sifat kesungguhannya dalam menyebarkan dakwah, sifat kebijaksanaannya dalam memimpin umat, sifat penyayangnya sebagai seorang ayah, suami, datuk dan pemimpin. Sifat pemurah dan penyabarnya ketika kehilangan isterinya yang tercinta iaitu Saidatina Khadijah dan ketika beliau dihina dan dicaci oleh kaum Quraisy Mekah. Semuanya adalah berlandaskan keagungan akhlak baginda.
"Dan sesungguhnya, engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur"
(Al-Qalam,ayat 4)
Alangkah indahnya keperibadian baginda yang seharusnya kita jadikan idola didalam hidup kita. Baginda lebih hebat diuji oleh Allah sedangkan baginda merupakan seorang kekasih Allah, jika hendak dibandingkan dengan diri kita ini, ujian kita adalah amat kecil.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami: ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah, ayat 286)
- Saidatina Aishah isteri baginda pernah berkata " Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran".
- Imam Syafie juga pernah menyatakan "Apa yang dilakukan oleh baginda, adalah apa yang baginda fahami dari Al-Quran".
Oleh itu, dapat kita lihat disini, kita perlu mengetahui biografi Rasulullah S.A.W. Kerana, memahami biografi baginda, tidak terpisah dari memahami Al-Quran dan islam itu sendiri. Rasulullah S.A.W hidup dari sebuah iman dan keyakinan yang mantap. Kita dapat lihat dimana cirri-ciri pemimpin teladan yang agung tercermin didalam diri Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali. Iaitu pemimpin generasi pertama yang tumbuh ditangan didikan baginda sendiri.
Bersambung…

ala..td dh tulis ayat2 pnjg2 tp internet problem..sedih...=( hee..cpt2 x sbr nk tunggu sambungannye...^^ (ainur)
ReplyDeletehaha ciannyer die. insyaAllah sy sambung as soon as possible. mekasih~ ^^,
ReplyDeletesaye suke entry ini^^ teruskan menulis hasanah!
ReplyDeleteinsyaAllah. terime kasih khairunnisa~ ^^,
ReplyDelete