Pages

Wednesday, March 31, 2010

Nasihat Iblis kepada Nabi Nuh


Di antara manusia yang mendapatkan umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran menga takan bahawa dia pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah agar ditimpakan bencana kepada mereka. Allah mengabulkan permohonannya.


Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. Allah akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak satu pun dari mereka yang kafir akan tertinggal.


Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah. Bersama semua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain Nabi Nuh naik ke atas kapal. Hujan mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalnya.


"Siapa anda?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.


"Aku Iblis," jawabnya.


Dasar Iblis, dia tahu saja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana saja dia mahu. Bukan kerana dia makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.


"Mengapa engkau mahu ikut kami?" tanya Nabi Nuh lagi.


"Aku bukan
mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku," jawab Iblis terus terang.


Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. Sejak zaman Adam sampai hari kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana tidak semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.


"Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!" kata Nabi Nuh kepada Iblis.


Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana. Sebelum Nabi Nuh, Allah juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia masih saja membangkang perintah Allah dan terus berusaha menggoda Adam sampai berhasil.


Dia hanya berkata, "Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh mencelakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua lainnya." Kemudian Allah mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga, tapi dengar saja dua yang lainnya.


"Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku," jawab Nuh.


Iblis berkata, "Wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka; dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan dijadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari syurga.


Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata pada Nuh, "Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini."


"Terima kasih dari apa?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.


"Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku," kata Iblis.


"Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah menghantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya."


Copypaste dari http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah038.html

Monday, March 15, 2010

Bijak dan berbudi pekerti


Selepas habes kelas numerical analysis tengahari tadi, aku dan suami pergi ke satu kedai makan. Di sebabkan waktu tengahari, memang susah untuk kami mendapat tempat duduk. Ada tempat duduk yang kosong pon, pelajar-pelajar korea lebih suka meletakkan beg dan kot mereka dari memberi orang yang sedang mencari tempat duduk untuk duduk. "ermm.. orang ni taknak bagi dekat kite ke tempat duduk ni.." kataku kepada suami. "erm..ntah la..die tak angkat pon beg die tu.." balas suamiku. Perut dah berkeroncong.. tapi tempat duduk kosong masih takde.. tibe2 dari hujung bilik makan itu, terdapat seorang perempuan korea yang berumur sekitar 40an melambai-lambai tangan kearah kami. Rupanya wanita itu duduk berseorangan di atas mejanya. (mejanya boleh memuatkan 4 orang). Aku pon tersenyum, sambil kaki melangkah kearahnya. " Eh, betul ker die lambai kat kite td?" Tanya suamiku tiba-tiba. "ha ah eh..huhu kite kot" aku pon cuak sebentar. Takut aku sorang sahaja yang perasan dia melambai kearah kami. Sesudah kami sampai kemejanya, dia mempelawa kami duduk, dan berkata didalam bahasa korea " duduklah, saya nk habeskan makan ni sekejap jer lagi". "terime kasih" kami membalas. "baiknya makcik ni..jarang jugak nk jumpe orang korea yang camni" bisikku didalam hati. Selepas itu suamiku memesan makanan tuna+kimci dan nasi goring ala2 pataya.




Bila difikir2 kembali, aku teringat kenanganku semasa membuat praktikal di suwon. Dimana orang korea menyangka bahawa aku datang ke korea untuk bekerja. Dapat ku lihat layanan mereka kurang mesra dan agak tidak menghormati pekerja asing. Aku terfikir, mungkin begini agaknya nasib pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Bukan sekadar dimalaysia sahaja, aku rasa, hal ini berlaku dimana2 negara, terutamanya apabila rakyat asing itu datang bekerja sebagai pekerja kilang,buruh atau apa2 pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan tinggi. Kebanyakkan orang memandang rendah dan tidak menghormati hak mereka yang mencari rezeki halal dibumi Allah ini. Adakah dengan terdeclarenya sesebuah tanah itu sebagai Negara Malaysia, bermakna orang selain Malaysia yang bekerja atau menetap disana wajar untuk tidak dilayan dengan baik? Ataupun, mungkinkah rakyat asing yang bekerja dinegara asing ini kolot dan datang dari Negara yang tidak maju?




Kita perlu ingat bahawa bumi ini adalah milik Allah, sempadan2 antara Negara tidak bermaksud hak tanah dinegara itu hanya untuk rakyatnya sahaja. Selagi kelakuan mereka tidak membahayakan, dan hanya bertujuan untuk mencari rezeki yang halal, tidak sepatutnya mereka dilayan dengan cara yang tidak berbudi pekerti. Mereka juga cuba untuk mencari sesuap makan untuk anak isteri di kampong. Berkemungkinan, akibat tekanan dari layanan warga Negara yang tidak menghormati status mereka, ditambah pula dengan kerinduan akibat duduk berjauhan dengan keluarga untuk tempoh yang lama, mendorong kepada berlakunya kes-kes jenayah oleh warga asing terhadap rakyat tempatan. Islam menggalakkan kita berkelakuan baik sesame manusia. Walaupon begitu, buat baik biarlah berpada-pada. Jangan sampai ke Lombok pula.. (memandangkan berita sekarang ni rmi gadis2 n janda yang lari ke Lombok)




Tetapi, secara jujur aku katakan, walaupon aku agak tertekan semase membuat praktikal di sini pada musim panas 2008 dahulu, aku dapati, status warga asing di korea lebih di hormati dari warga asing diMalaysia. Seorang kakak Indonesia yang bekerja disini pernah berkata kepadaku "di korea, walaupon terpaksa kerja keras, tapi mereka bersikap adil dekat kami(pekerja), gaji di bayar mengikut apa yang dijanjikan, cuti untuk pulang ke kampong juga ada".




Berbalik kepada cerita ku di kedai makan tadi, walaupun terdapat sesetengah orang korea yang bersikap tertutup kepada orang asing, tetapi bukan kesemuanya begitu. wanita tadi ku lihat sangat berbudi pekerti. Sambil menunggu suamiku memesan makanan, dia bertanya" kamu dari Negara apa?". " dari Malaysia" jawabku. " anda pensyarahkah?" Tanyaku pula, "ya, pensyarah dari department……" balasnya. aku tidak dapat tangkap dia dari department mana, kerana mulutnya sambil mengunyah makanan. "patut la baik, pensyarah rupanya.." kataku didalam hati. Mungkin wanita ini bijak dan tidak memandang rendah rakyat asing seperti kami ni, ataupon mungkin juga kerana pada kali ini, orang korea ini tahu bahawa kami adalah pelajar.



Budi pekerti seseorang itu melambangkan ilmu yang ada didada mereka. Walaupon begitu, akhlak umat islam yang disarankan oleh Allah s.w.t adalah sebaik-baik akhlak di muka bumi ini.




Tidak lama selepas itu, wanita itu pon beransur meninggalkan meja kami.

Wednesday, March 3, 2010

Humanity?

What is humanity? Why they are using "humanity" terms? Human is the one who destroying things and the ecosystems. Yet, they still talk about humanity! They are pretending like they know what is humanity really means.

what have we become..

Here I would like to suggest to you one documentary that telling us about the real situation in our world that we didn't ever realize. It is an eye opener documentary.

p/s: tgk sampai habes, baru fhm ape point episod ni ^^

The arrivals, the divine book, and phase 3.

http://www.youtube.com/user/noreagaaa?blend=1&ob=4

Sunday, February 28, 2010

Timbang dan nilai


Don't judge a book by its cover


Kata-kata diatas adalah kata-kata yang selalu kita ungkap bila seseorang menilai orang lain dari segi penampilan atau luaran sahaja. Bagaimanakah cara kita menilai seseorang? Bagaimanakah cara menilai yang sepatutnya yang disarankan oleh agama islam? Dalam sedar atau tidak, zaman ini, kita lebih kepada menilai seseorang melalui makanan yang mereka makan, kenderaan yang mereka perolehi dan pakaian yang mereka pakai. Jesteru itu, mereka yang memakan makanan yang termahal, yang susah untuk didapati, dan mereka yang mempunyai kereta termahal, yang limited editionlah yang lebih dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Adakah manusia sekarang begitu materialistic? Penilaian sebegitukah yang dilakukan oleh Rasulullah s.w.t dan para sahabat? Tinggikah martabat mereka yang berharta dan berjawatan tinggi berbanding mereka yang dalam ketakwaannya pada Allah walaupun seseorang itu tidak berharta..?


Rasulullah s.a.w pernah suatu ketika dahulu, mempersaudarakan seorang panglima yang hebat iaitu Saidina Hamzah dengan seorang hamba iaitu Zaid bin Harith. Timbang dan nilai persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bukanlah melalui status kepanglimaan dengan hamba, yang mana jika difikirkan secara logiknya, ia menghina status kepanglimaan dengan mempersaudarakan dengan seorang hamba. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w mempersaudarakan mereka melalui nilai ketaqwaan diantara hamzah dan zaid.


Mungkin kerana pemikiran kita telah diracuni oleh system secular yang diperkenalkan oleh budaya barat. Dimana menggambarkan atau menilai sesuatu perkara tanpa mengaitkannya dengan agama. Logikkah kita yang mengaku beragama islam tetapi melakukan sesuatu perkara tanpa mengikut apa yang disarankan atau disyariatkan oleh islam? Sekiranya pemikiran kita tidak kita kaitkan dengan agama, sudah tentu kita hanya akan berfikir mengikut logik yang diajar oleh barat. Ya, zaman kita kini terlalu mengagungkan budaya barat.. kita merasakan seronok mengikuti perkembangan mereka, walhal.. didalam islam, terdapat keseronokan tersendiri yang hakiki yang diajar sendiri oleh Allah s.w.t. Allah mengajar kita cara-cara yang sihat, indah, dan menenangkan yang boleh kita perolehi dengan mendalami islam dan al-quran itu sendiri. Banggalah dengan apa yang disyariatkan islam, kerana ia akan mengangkat darjat kita didalam masyarakat. Cukuplah kita membuatkan Allah menyukai kita, walaupon masyarakat disekeliling tidak senang dengan cara kita. Kerana apabila disukai Allah s.w.t, kita akan peroleh kebahagian didunia dan diakhirat insyaAllah.


Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya (24)

Kamilah yang telah mencurahkan air yang melimpah (dari langit) (25)

Kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya (26)

Lalu disana Kami tumbuhkan biji-bijian, (27)

Dan anggur dan sayur-sayuran, (28)

Dan zaitun dan pohon kurma (29)

Dan kebun-kebun (yang) rindang (30)

Dan buah-buahan serta rerumputan. (31)

(Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk hewan-hewan ternakanmu (32)

(Abasa, ayat 24~32)


Dari ayat yang al-Quran diatas ni, Allah s.w.t menyuruh kita memerhatikan makanan kita. Kerana makanan mempengaruhi hati dan pemikiran kita. Makanan yang tidak bersih dan haram boleh menggelapkan hati untuk mendalami ilmu, terutamanya ilmu agama. Video dibawah ini, adalah hasil dokumentari beberapa pemuda islam di amerika yang cuba untuk membuka minda umat islam zaman ini..






Friday, February 12, 2010

^____^

Jadilah

seorang anak yang menyenangkan hati kedua ibu bapanya

seorang isteri yang menyejukkan hati suaminya

seorang ibu yang juga pendidik kepada anak-anaknya

seorang sahabat yang tidak menyusahkan sahabatnya yang lain

seorang pencinta kepada alam sekitarnya

seorang pelajar yang mengamal dan memanfaatkan ilmu gurunya

dan yang paling penting, jadilah

seseorang yang taat dan patuh kepada agamanya.

Keindahan hidup dimanakah yang kita dambakan?

Didunia yang sementara ini? Atau di akhirat yang kekal abadi?


"Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu sore atau pagi hari"

(An-Naziat, ayat 46).

Kecintaan Mu'adz bin Jabal ra pada Rasulullah SAW



Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahwa Mu'adz bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih tidur juga wahai Mu'adz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah." Mu'adz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'adz berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.


Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'adz berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'adz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:


"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?"

(Az-Zumar: 30).


Maka menjeritlah Mu'adz, sehingga ia tak sadarkan diri. Setelah ia sadar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:


"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144)


Maka Mu'adz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?" Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?" Lalu iapun pergi meninggalkan mereka.


Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'adz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'adz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'adz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'adz terjatuh dan tak sadarkan diri. Lalu orang itu menyadarkannya, ia memanggil Mu'adz: Wahai Mu'adz sadarlah dan bangunlah." Ketika Mu'adz sadar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'adz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.


Mu'adz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'adz menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sadarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'adz yang sedang pingsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'adz, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'adz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'adz." Maka Mu'adz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahwa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra."


Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'adz mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'adz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata,


"Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'adz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."


Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'adz?" Fatimah rha lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah salam saya kepada Mu'adz dan khabarkan kepadanya bahwa ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Mu'adz bin Jabal keluar dari rumah Fatimah ha menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.



p/s: Kisah yg sangat mengharukan (T.T). Betapa tinggi dan mendalamnya cinta sahabat-sahabat baginda . Bagaimana pula rasa cinta kita kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W ? Marilah kita dahulukan rasa cinta kita kepada Allah dan RasulNya lebih dari rasa cinta kita kepada yang lain. Kerana, cinta kepada Allah dan Rasul tidak mengecewakan, akan sentiasa menggembirakan kita semula,dan merupakan sebaik-baiknya untuk kita cintai. :)



Wallahualam..

Tuesday, February 9, 2010

sejarah pemilihan tanah Arab (2)


Rahsia pemilihan tanah Arab

Terdapat beberapa sebab yang munasabah mengapa islam diturunkan oleh Allah S.W.T di Negara Arab berbanding negara-negara lain.

  1. Keistimewaan Negara Arab dan geografinya berbanding tamadun yang hidup sezaman dengannya seperti Rom, Parsi, Greek Tua, India dan China.
  2. Keistimewaan bangsa Arab itu sendiri, budaya, bahasa arab serta tatacara kehidupan bangsa Arab sebelum kedatangan islam.


Sebelum islam diturunkan, terdapat dua bangsa dan sangat gagah yang mempunyai kuasa besar pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi. Tetapi mengapakah islam tidak diturunkan kepada kuasa-kuasa besar ini? Mungkin kita akan terfikir , adalah lebih mudah agaknya untuk menyebarkan islam sekiranya ia diturunkan disebuah bangsa yang berkuasa besar dan kuat bukan? Tetapi hakikatnya islam diturunkan disebuah Negara Arab yang tandus lagi kekeringan itu. Mengapa? Ini adalah kerana, islam dikatakan tidak diturunkan dikedua-dua buah bangsa ini disebabkan cirri-ciri dan tamadun bangsa-bangsa besar tersebut yang sudah terlalu jauh dari asas-asas murni.


Parsi merupakan sebuah bangsa besar yang terlibat didalam arena pertarungan agama dan falsafah. Pemerintahnya juga merupakan penganut agama Majusi (Zuradisy). Dimana mempercayai ajaran yang menggalakkan lelaki berkahwin dengan keluarga sendiri. Ini menunjukkan akidah pemerintah Parsi yang sangat teruk terutama kisahnya yang berkahwin dengan anak perempuannya sendiri. Dikatakan bahawa bangsa Parsi menganggap kebebasan wanita tidak terhad dimana harta dan wanita adalah milik bersama.Rom merupakan sebuah bangsa yang mempunyai jiwa penjajah, yang begitu taksub untuk meluaskan kuasa bangsanya, disamping terlibat dengan persengketaan agama dengan pihak kristian di Syam dan Mesir. Rom cuba memodenisasikan agama kristian mengikut nafsu dan kehendak mereka. Rom juga dikatakan sebuah bangsa yang lebih huru-hara berbanding Parsi.


Terdapat juga dua kuasa kedua terbesar yang terdapat dizaman itu iaitu Greek Tua dan India. Dikatakan bahawa ketika itu, bangsa Greek Tua hidup didalam kisah dongeng dan khayalan yang mereka ciptakan sendiri. India pula menurut Professor Abul Hassan Al Nadwl, sedang mengalami kemerosotan agama, akhlak dan juga nilai kemasyarakatan.


Daripada cirri-ciri yang terdapat didalam setiap bangsa-bangsa yang besar ini, dapat kita simpulkan bahawa, tamadun-tamadun itu telah jauh menyimpang dari nilai-nilai mulia, dan telah dirosakkan dengan budaya metarialistik dan mempunyai akhlak yang sangat teruk (dimana mereka tidak lagi menggunakan akhlak untuk kemajuan).


Sementara itu, disemenanjung Arab pula dikatakan tenang dan jauh terpencil dari huru hara. Mereka tidak merasai kemewahan Parsi, dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan ketenteraan Rom. Mereka juga tidak menggunakan mitos-mitos dongeng seperti Greek Tua. Tabiat semulajadi bangsa Arab ketika itu boleh dikatakan seperti bahan yang masih mentah yang belum pernah dileburkan atau dicorakkan oleh mana-mana acuan. Keadaan ini yang membayangkan bangsa Arab bersih dari sifat-sifat jahat dan mereka mempunyai kemahuan yang kuat kearah pembentukan manusia terpuji. Mereka hidup didalam sifat amanah, tolong menolong dan dimana cuma memerlukan panduan dan ilmu pengetahuan yang betul. Tetapi walaupun begitu, kebanyakan mereka terdapat juga yang sangat teruk seperti membunuh anak perempuan, berpuak-puak dan serang menyerang antara kabilah.


Mengikut seorang professor Mesir Muhammad Al Mubarak, berkata "Islam wujud ditengah-tengah dua tamadun yang melebar ke kiri dan ke kanan. Dimana sebelah kirinya adalah tamadun barat yang keterlaluan, dan disebelah kanannya pula adalah tamadun India, China iaitu tamadun kerohanian dan kejiwaan yang melambung"


Oleh itu, permulaan islam dipilih untuk diturunkan kepada bangsa Arab, dan ayat Al-Quran diturunkan didalam bahasa Arab memandangkan bangsa arab merupakan bahasa pertuturan bagi kaum Arab.

Pemilihan Rasulullah S.A.W yang buta huruf juga merupakan kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T supaya kita dapat meyakini bahawa ajaran islam yang disampaikan oleh baginda S.A.W adalah bukan dari pemikiran bangsa arab yang telah diracuni oleh mana-mana ajaran. Ia juga sebagai bukti bahawa baginda tidak terpengaruh dari apa-apa tamadun, pemikiran dan kerumitan falsafah. Ini adalah bukti untuk kita tidak bersyakwasangka terhadap kenabian dan kerasulan baginda S.A.W.


"Dialah yang mengutuskan seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata,"


(Al-Jumu'ah, ayat 2)


Hikmah-hikmah lain mengenai pemilihan tanah Arab

  1. Dimana, di tanah Arab terdapat Baitul Haram yang merupakan tumpuan dan tempat kesejahteraan umat manusia untuk beribadat. Mekah juga menjalankan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiya iaitu Nabi Ibrahim a.s. Ini menunjukkan bahawa pemilihan tanah Arab tepat dan kena pada tempat yang mulia ini.
  2. Tanah Arab juga merupakan muara seruan agama islam yang pertama oleh Nabi Ibrahim a.s dan juga merupakan tempat pengutusan nabi yang terakhir.
  3. Situasi ditengah-tengah berbagai bangsa, islam tersebar dikalangan bangsa-bangsa itu dengan mudah. Ianya dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khulafah Ar-Rashidin, dimana islam terbukti dapat disebarkan dengan pesatnya kepada bangsa-bangsa sekeliling tanah mekah dan madinah.
  4. Keistimewaan bahasa Arab itu sendiri. Dimana didalam bahasa arab terdapat keistimewaan yang tidak terdapat didalam bahasa lain. Ianya termasuk dari segi pembahasan dan makna, juga dari segi intonasi bahasa arab yang sangat merdu apabila dibaca.


Wallahualam..