Pages

Friday, June 25, 2010

U.S will never change

kononnyer obama lain dari president2 U.S yg sebelum ni. berkempen bagai nk rak kononnye nk wujudkan keamanan dunia. tp dh terbukti 2 x 5 jer. mcm mane la U.S boleh nk labelkan IHH sbgi institusi pengganas. sdgkan dh terang2 kapal tu cuma bawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. nmpak gayenyer.. diorg (musuh2 negara islam a.k.a geng2 zionist) dh start nk aim negara turkey selepas pemimpin dr parti islam Tayyib Erdogan berjaye jd prime minister di turkey.

--keratan dr surat kabar utusan--

Senat AS dakwa IHH pengganas



WASHINGTON 24 Jun - Seramai 87 daripada 100 anggota Senat Amerika Syarikat (AS) mendesak penganjur misi bantuan ke Gaza, Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) sebagai satu pertubuhan pengganas.


Desakan itu dikemukakan kepada Presiden Barack Obama semalam, supaya mencontohi tindakan rejim Yahudi yang melabel IHH sebagai pengganas, awal bulan ini.



Dalam surat itu, penggubal undang-undang terlibat memuji tindakan yang diambil Obama 'untuk mencegah penerimaan resolusi tidak adil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang serangan yang dilakukan Israel, yang membawa kepada penilaian segera oleh masyarakat dunia'.



Satu kenyataan Majlis Keselamatan PBB mengutuk serangan tersebut, namun ia tidak berjaya menubuhkan satu badan siasatan bebas dengan AS menyokong satu siasatan yang dijalankan Israel sendiri.



Senat Amerika turut menyuarakan sokongan terhadap tindakan mempertahankan diri Israel dalam berhadapan ancaman Hamas, Hizbullah dan Iran.



Penggubal undang-undang tersebut menulis sepucuk surat kepada Presiden Barack Obama bahawa mereka 'menyokong penuh hak mempertahankan diri yang dilaksanakan Israel'.



"Sebagai reaksi kepada beribu-ribu roket yang dilancarkan dari kawasan Hamas di Gaza, Israel mengambil langkah menyekat barangan yang boleh digunakan untuk menyokong serangan tersebut daripada sampai ke Gaza," kata anggota Senat merujuk kepada sekatan maritim empat tahun yang dikuatkuasakan ke atas wilayah Palestin.



Israel minggu lalu, mengumumkan pihaknya melonggarkan sekatan tersebut bagi membenarkan semua barangan 'penduduk awam' memasuki Gaza, selepas satu krisis tercetus apabila komando Israel membunuh sembilan aktivis semasa satu serbuan terhadap flotila bantuan yang cuba mencabar sekatan rejim itu terhadap Gaza pada 31 Mei lalu.



Penggubal undang-undang dari kedua-dua sayap politik itu turut menegaskan bahawa 'adalah menjadi satu kepentingan negara untuk menyokong Israel pada waktu ini, ketika ia berhadapan ancaman Hamas di Gaza, Hizbullah di Lebanon dan Iran'. - AFP
--

video tahun 2009



smoge lebih rmi pemimpin2 yg berani mcm Tayyib Erdogan lahir dlm negara2 islam.


sumber:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm , 26 jun 2010

Wednesday, June 23, 2010

Macam2

Baru2 ni bace surat kabar Malaysia, pelik2 jer masalah yang di war2kan dalam berita. Tiba2 dengan masalah JI nyer lah yang dikaitkan dengan wahabi n JIM. ermmmmm…. ape nk jadi la agaknyer eh dgn Malaysia skrg ni.. sampaikan dah dikaitkan sume tu ade hubungan dgn al-qaedah. mcm taktif U.S pule rasenyer, ble nk masuk n porak perandakan sesebuah Negara islam tu, mule la die nk kaitkan ade al-qaedah kat dalam Negara tu….

Allah tu maha berkuasa.. smoge Allah lindungi Malaysia dan Negara islam yang lain dari terus diperkotak katikkan oleh musuh2 islam.

Its time for Muslim to wake up from their long sleep

Sumber:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27262:kaitkan-wahabi-dengan-ji-teroris-agenda-musuh-islam&catid=1:utama&Itemid=50

Friday, June 18, 2010

Bismillah,

Alhamdulillah, tamat sudah peperiksaan utk sem ni.
dah cube buat ape yg terbaik, selebihnyer berserah kpd Allah s.w.t
yang baik adalah dari Allah, dan yang tidak baik dtgnya dari kelemahan sy sendiri n perlu diperbaiki.
esok pagi akn terus ke progrem summer camp.
diharap semuanya akan berjalan dgn lancar, dan smoge setiap peserta yang ikut akan beroleh sesuatu yg bermanfaat utk didunia dan di akhirat.
^______^

doakan kami! <3

Wednesday, May 26, 2010

Muhasabah si lalai

Kadang2, bila kita diminta utk mengorbankan sedikit mase utk berdakwah atau mengikuti aktiviti agama..kita sering menjadikan kesibukan lain sebagai alasan. "Aku perlu menyiapkan kerja ni, itu.."dan sebagainya. Malu rasenyer bile fikirkan yang diri kita sentiase dikaburi dengan kesibukan duniawi , dan merasakan apa yang kita perolehi adalah hasil dari usaha kita semata2.. Sedangkan kejayaan dan rezeki semua datangnya dari Allah swt. Allah sentiase memberi, tetapi kita sentiase melupainya. walhal, kesibukan itu tidak mendatangkan manfaat sekiranya dilakukan bukan kerana Allah swt. Andai kita sentiase sedar yang dunia ini adalah sementara..

Mendengar berita pemergian junior ku semalam membuatkan aku bermuhasabah akan diriku yang lalai ini.. kesibukan mase yg aku luangkan untuk belajar supaya mendapat keputusan yang bagus, dan utk mendapat kerja yang bagus.. bukan itu yang akan ku jadikan bekal untuk mengadapNYA nanti. Mungkin hari esok, mungkin lusa, atau mungkin malam ini dia boleh sahaja memanggilku kembali kepadaNYA. Sudah bersediakah aku..

Aku teringat kata2 pak sheikh semase mendengar syarahannya.. "jadilah seorang pemberi, kerana manfaatnya akan berterus walaupon kite telah tiada." insyaAllah..

p/s: alfatihah utk saudari nazihah ( junior batch 8) yang telah pulang kerahmatullah semalam

Wednesday, May 5, 2010

Hatiku senang berkawan dengannya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

"awak beli la baju ni, warne die cantik n menarik. Sesuai utk awk pakai" kataku kepada dia. Dia menjawab " erm…takmo la..kaler die terang sgt.. nanti menarik perhatian.. . saye amek baju ni la" katenyer sambil mengambil baju berwarna biru gelap. aku terdiam.. hati ku berkata " bagusnya dia ni.. pilih pakaian pon berhati2..tak macam aku, ble Nampak baju yg cantik, menarik hati, terus jer beli, walaupon baju itu mungkin menarik perhatian orang untuk memandangku bila aku memakainya.. sungguh byk kekurangan dan sungguh lalainya diri aku ini.."

Ketika aku berjalan dengannya di university.. terdapat sekumpulan pelajar lelaki di tepi tempat yang bakal kami lalu, tiba2 dgn nadanya yang lembut dia berkate " awak.. ramainyer org lelaki dkt sane, boleh tak kite lalu tempat lain..". dia nampak tidak senang untuk lalu dikawasan itu… aku berkata didalam hati.." Ya Allah.. aku sangat tertarik dgn care sahabat ku ini..sangat menjaga dirinya.. semoga dia dijodohkan dengan seseorang yang mencintaiMU sama seperti dia mencintaiMU.."

Semase duduk didalam train bersama rakan2 yang lain, aku lihat dia membuka al-Quran.. memanfaatkan ms utk agama yg sudah semestinya adalah sebaik2 sifat.. Alhamdulillah. Aku bersyukur diperkenalkan dengan seseorang sepertinya.. walaupon sebenarnya aku kenal dengannya tidak lebih dari 3 hari, byk yang aku pelajari darinya.. orang kata " action is more than words" dan kata2 itu terbukti benar. Aku terkesan dengan kelakuan sahabatku itu.

Kata2nye lembut, dia byk berdiam kecuali berkate perkara yang penting.. ketawanya tidak berbunyi.. dan dia juga lantang menyatakan pendapatnya semase dalam perbincangan.

Ayuh adik2, kakak2, ibu2 sekalian, mari menjadi seorang wanita solehah yang menyejukkan hati ibu bapa, suami dan yang paling penting Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Seribu usaha menandakan kemahuan, seribu alasan adalah kerana kemalasan. Tepuk dada tanye selera.. kecantikan iman yang kekalkah atau kecantikan luaran yang sebentar yang kita cari?

"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah"

*******************************************************************************************************************
gambar diambil dari deviantart pada 5mei2010, di link http://anabellaml.deviantart.com/art/muslimah-153351416
*******************************************************************************************************************

Monday, May 3, 2010

Tafsir hari ini

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Selepas lame tak mengupdate blog disebabkan kesibukan yang melanda, akhirnya hari ni ade siket kelapangan mase utk cari mood baru menghias blog^^, . tapi takde topik berat yang nk ditulis, sekadar nak mengupload gamba yang di edit sebentar tadi. Sambil2 tu nak mengajak pembaca utk meringankan tulang untuk menginfakkan duit di jalan Allah. Mari same2 tidak kikir dengan harta yang Allah berikan ini J

Thursday, April 1, 2010

Kembali kepada Al-Quran, itulah penyelesaiannya

Pembuangan bayi adalah satu femonena yang sungguh-sungguh kejam dan menjijikkan. Ia membuatkan kita rasa marah, geram, benci dan sakit hati tak terkata!

Saya percaya perbuatan keji itu tidak dilakukan secara suka-suka. Tidak ada seorang pun daripada kalangan mereka yang membuang (baca: membunuh) bayi-bayi tak berdosa itu yang berhasrat dan bercita-cita untuk menjadi seorang pembunuh!


Percayalah! Sebagai manusia biasa mereka juga bencikan pembunuhan, mereka tidak ingin menjadi seorang pembunuh.



Tetapi mengapa mereka membunuh?
Tidak lain dan tidak bukan, puncanya adalah zina.


Allah subhanahu wataala telah memberi amaran keras dalam kitab suci yang kita bangga-banggakan. Hampir setiap tahun qari dan qariah negara kita menggondol hadiah dan gelaran johan membaca al- Quran di peringkat antarabangsa. Namun apakah kita juga menjadi juara di dalam mempersenda dan menolak hukum yang terkandung di dalam al-Quran?



Firman Allah subhanahu wataala bermaksud:




"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

(Al-Isra' 17: 32)

Di tempat lain pula Allah subhanahu wataala berfirman (maksudnya):



"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman."

(An-Nur 24: 2)




Perhatikan ayat di atas! Allah telah mengingatkan kita dengan:

Pertama: janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah.



Kedua: jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.



Atas alasan kasihan, kononnya hukuman itu kejam maka penzina tidak disebat. Kemudian apabila lahir bayi-bayi yang tidak berdosa, mereka dibuang merata-rata tak kira di dalam sungai, di atas darat, di tepi jalan, di dalam hutan, di dalam tandas dan di mana-mana di atas muka bumi Allah yang luas ini.


Siapa yang lebih wajar dikasihani? Penzina atau bayi-bayi yang tidak berdosa itu?

Semua akan berkata, bayi-bayi yang tidak berdosa itulah yang patut dikasihani. Maka sebat penzina adalah tanda simpati dan kasihannya kita kepada mereka dan kepada penzina itu sendiri!


Sebat bukan untuk membalas dendam, tetapi untuk mendidik dan menyelamatkan umat daripada seksa dan bencana lebih parah yang menanti pada masa akan datang.

Bayangkan sekiranya gejala ini tidak diatasi, tidak ada rencana serta langkah-langkah yang drastik untuk mencegahnya, bayangkan beberapa tahun lagi apabila bayi-bayi yang dibuang itu (yang sempat diselamatkan) membesar di bawah jagaan keluarga angkat atau rumah-rumah kebajikan. Pada masa yang sama si ibu tadi berzina lagi, beranak dan membuang lagi anak itu. Kemudian anak itu dibela pula oleh ibu angkat yang lain, sedang kedua-dua ibu angkat itu tidak tahu siapakah ibu kepada anak- anak angkat mereka. Kebetulan kedua-dua anak itu berlainan jantina, bertemulah mereka pada satu ketika, berkenalan lalu jatuh cinta dan berkahwin!




Itu hanya satu kemungkinan. Dan tidak mustahil kemungkinan-kemungkian seperti berkahwin dengan ayah (Nota: Lelaki yang menyebabkan kelahiran anak itu tetap merupakan ayah dari segi biologinya walaupun tidak sah di sisi undang-undang. Lantaran itu sebahgian ulama berpendapat perkahwinan itu tetap haram), ibu, bapa saudara atau ibu saudara, anak saudara dan lain-lain. Perlu diingatkan bahawa hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga ibu adalah sama dengan anak yang sah taraf.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Ambil pengajaran, saranan, hukum-hakam yang telah ditetapkan tanpa soal, tanpa was-was. Sifat mukmin adalah dengar dan taat, tunduk dan patuh, terima dan laksana ketentuan Dia Yang Maha Esa.


"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat; dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan."

(An-Nur 24: 51)


"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul- Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."

(Al-Ahzab 33:36)

Apakah hanya hukuman sebat itu saja cara paling berkesan untuk mengawal jenayah zina? Inysa-Allah perbincangan akan menyusul nanti.

copy paste dari
http://www.malaysiaharmoni.com/