Pages

Saturday, June 9, 2012

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
(Yusuf:87)

실망하면 안돼구 포기하면 절대로 안됀다 애들아~! ^^,

Wednesday, May 30, 2012

Pentingnya keputusan secara berjemaah

Adakah dikira berdosa bila saya menyalahi pandangan Jamaah?

Penanya: Ahmad Mahmod drp Mesir

Dalam situasi IM diserang dgn begitu dahsyat di Mesir sekarang, saya minta penjelasan utk menenangkan hati saya: Adakah saya dikira berdosa bila saya memilih calon IM sekalipun saya tahu bahawa di sana ada calon yang lebih layak daripadanya. Ini bukan pendapat peribadi saya sahaja, bahkan ia merupakan pendapat sekelompok mereka yang ikhlas (bukan drp IM). Soalan saya bukan khusus kepada isu pemilihan presiden sahaja, bahkan termasuk juga pemilihan2 yang lain juga.
Fatwa oleh: Dr Ahmad Zayid (Prof Univ Al-Azhar)
Hukum Allah Ta’ala dan undang-undangNya menyatakan bahawa ‘tangan’ Allah Ta’ala, keberkatan, bantuan dan taufiqNya bersama-sama dengan jamaah.
Allah Ta’ala berfirman: “Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah berpecahbelah”. “Dan jangan kalian berbantah-bantah, nanti kalian akan menemui kekalahan..”.
Maka nyatalah bahawa Allah swt bersama-sama jamaah, Allah akan memperbetulkan pandangan jamaah dan akan menperkuatkan keazamannya. Kita telah belajar daripada agama ini bahawa pandangan seorang sekalipun dia seorang yang pintar tidak akan sama seperti pandangan jamaah dari segi kewibawaannya; kerana kemampuan jamaah dalam membuat keputusan jauh lebih hebat daripada yang dimiliki oleh seorang peribadi. Penanya telah mengandaikan suatu yang tidak logic dan ia bertentangan dengan kewarasan akal, reality dan syara’.
Maka saya mengajak al-akh yang bertanya supaya jangan mengandaikan dirinya betul dan sempurna dan jamaah salah dan lemah. Beriltizamlah dengan jamaah kerana jamaah tidak akan memilih selain calon yang terbaik dan berkemampuan. Mengandaikan sesuatu selain itu adalah satu kesilapan dan bertentangan dengan reality, syara’ dan hukum baiah kamu yang meminta kamu tidak menyanggahi pilihan jamaah selagimana ia tidak menyuruh dalam perkara maksiat.
Lagipun “bersepakat dalam suatu isu yang hukumnya lemah itu lebih baik daripada berpecah dalam isu yang hukumnya kuat” kerana berpecah itu semuanya buruk.

dari facebook IKRAM, 25 May

Thursday, May 24, 2012

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

"Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas"
(QS. 18:28)

Oh Allah.. dlm setiap situasi, ternyata kau telah tetapkan cara yang sebaiknya utk dilakukan. cumanya aku yang perlu mujahadah utk menurut perintahMU..

Tuesday, May 15, 2012

maybe i need to let the past go so that i can continue and focus on the present
and actually, i already decided to let it go :)

“The truth is, unless you let go, unless you forgive yourself, unless you forgive the situation, unless you realize that that situation is over, you cannot move forward.”
Steve Maraboli, Life, the Truth, and Being Free

Thursday, April 26, 2012


세상에서 사는 짧은 시간엔..
난 잘 할수있을까 싶어서 몹시 불안하다
잘못한 건 너무 많아서...
아아아 무섭다..

Tuesday, March 6, 2012

Umar bin al-Khathab r.a berkata " Tali islam akan terburai sedikit demi sedikit bila orang yang tumbuh didalam Islam tidak mengenali jahiliyah"

orang yang tumbuh dalam kebaikan namun tidak mengetahui hal lain, mungkin saja ia tidak memiliki pengetahuan tentang kemungkaran dan bahayanya, lain halnya dengan orang yang mengetahui.

kerana itulah keimanan dan jihad para sahabat lebih besar daripada generasi setelahnya. Hal ini disebabkan kesempurnaan pengetahuan mereka terhadap kebaikan dan keburukan serta kesempurnaan cinta mereka terhadap kebaikan dan kebencian mereka terhadap keburukan.

-buku Wisdom of Luqman el-Hakim, "12 cara membenteng kerusakan akhlak", Ibrahim Abdul Muqtadir.-

Sunday, December 18, 2011

kerinduan



alhamdulillah..
baru beberapa jam balik dari program Family day KITA di kem el-azzhar pantai morib.
mashaAllah, dh terase rindu sangat2 dekat akhawat2.
bak kate kak ina " Allah sebagai kekuatan kita, akhawat sebagai pendorong kita"
kagum dengan mereka.. tak tergambar dek kata2.
masing2 dengan karakter tersendiri. berbeza rupa dan gaya, tapi nampak sama didalam semangat perjuangan.
pengajaran dari daurah kali ini..
kita kena maju kehadapan bersama
jangan meninggalkan yang terlambat
jangan melambatkan yang laju
ye akhawatku, kita kena sentiasa bersama
dan Allah sebagai sumber kekuatan kita

syukran ya Allah.. alhamdulillah kerana masih memilih aku bersama2 mereka.
teruslah memilih aku ya Allah..ya rahman.. ya rahim
tsabatkan kami dijalan ini
ameen..

Saturday, November 26, 2011

Sesetengah orang merasakan mereka bahagia dengan hanya menuruti apa yang mereka inginkan..
imam al-Ghazali pernah berkata "kebahagian sebenar adalah apabila kita dapat menuruti perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Kebahagian yang datang dari situlah secara fitrahnya adalah kebahagiaan yg sebenarnya"

Thursday, November 17, 2011

peristiwa dipagi hari

pagi tadi, otw ke tempat kerja suami, tiba2 bas didepan kami berhenti di tengah2 T junction.
hati pon berkate2..knape la bas ni berhenti kat tempat cmni.ish2..

Rupenyer2 tak lame lps tu nampak ade seorang yang lelaki bertongkat yang menghadapi masalah penglihatan yg berumur lebih kurang 45-50 tahun turun dari bas. ermm baru tau, baik rupenyer pemandu bas tu, die berhenti di t junction sbb nk turunkan orang tadi ditempat yg dekat dgn tempat kerjanya. (tetapi walaubagaimane pon kpd pemandu bas tu, sebenarnye agak bahaya berhenti di tengah2 T junction)

lepas tu tiba2 suami kate, "ooo abg mat rupenyer.."
sy pon tnye balik " eh abg kenal ker org tu?"
suami pun balas "mesti la kenal, die receptionist dkt office"

terpegun sekejap.. tak sangke ade syarikat yg memberi peluang pekerjaan kpd orang yang ada masalah penglihatan sebagai receptionist pule tu. bidang pekerjaan abg mat tu adelah bertnye kpd visitor nk jumpe siapa, dan die akan sambungkan panggilan kepada orang yg dicari oleh visitor tu.

sambung cerite..
lepas jer abg mat td turun dr bas, kelihatan guard (warga negara bangladesh) berlari2 anak ke arah abg mat tadi untuk memimpinnya masuk ke dalam office.
Bagusnyer amalan tolong menolong yang diamalkan oleh pekerja2 syarikat ni.

Bukan peristiwa td jer yang membuatkan penulis terpegun, suami jg ade bercerita yang syarikatnye membina sebanyak 6 buah surau utk pekerja2nya bersolat setiap waktu dan kate bosnyer tiada alasan untuk pekerja2 tidak bersolat semasa bekerja.

Bahkan, setiap sekali dalam sebulan, syarikat akan mengundang ustaz untuk mengadakan ceramah utk didengar oleh pekerja2 syarikat itu.

masyaAllah.. bilamana seorang hamba itu sedar yang dunia ini tempatnya didalam genggaman, dan akhiratlah sebenarnye yang perlu dikejar.

dimana kedudukan islam didalam harian kita? dibelakang dunia? atau dihadapan dunia?

p/s: peristiwa berlaku di indkom engineering sdn bhd, syeksen 16.

Tuesday, October 18, 2011

Inilah sebab kenapa tarbiah dimalaysia tidak seharusnya didalam keadaan selesa

emo sekejap lps bace brite ni. terimagine mcm mane situasi bayi yg suci bersih dari dosa, merengek2 menangis baru melihat dunia, tiba2 merasa sakit dikelar2 oleh ibu yang melahirkanya sendiri!

kdg2 lps bace berita sebegini,ada yg mula rse nk menuding jari, komen tu komen ni n salahkan mcm2. tapi ape yg kite sendiri buat utk bendung n atasi masalah yang teruk sebegini selain dr mengomen dan mengkritik?

keruntuhan akhlak yg sgt tenat. syaitan ketawa kepuasan..

ayuh para daie! ayuh para pemuda islam harapan agama, harapan bangsa malaysia! every one of us can do something to stop all of this madness. all out utk menegakkan kembali agama Allah dibumi malaysia. Smoge Allah bantu kita!

***************************************************************






KELAR BAYI DLM ASRAMA -Metro-

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek

Sunday, October 16, 2011


perit jiwa kita yang melihat
perit lagi pedih diri mereka yang menanggung
telinga tidak sanggup mendengar jerit sakitnya
mata tidak sanggup memandang kesengsaraannya
kata murobbiku, tarbiah kita ini tidak sepatutnya dizone yang selesa
bergerak pantaslah mengejutkan mata yang lena
atau kita akan melihat lebih ramai lagi menanggung keperitan,
atau mendengar lebih banyak lagi jeritan sengsara kesakitan,
atau melihat lebih banyak lagi air mata yang mengalir..
atau paling tidak cuba bayangkan kita yang menanggung..

Semoga Allah membantu kita untuk membangunkan ummah
merenung jauh kosong
mengeluh panjang gundah
merindui penatnya tarbiah
merindui penatnya bekerja
merindui akan penat yang gembira

Masihkah aku dipilih olehNya?

Saturday, October 15, 2011

Ayah membiarkan saya menghabiskan bacaan buku komik

Menangani kesalahan yang dilakukan anak adalah seni yang harus dimiliki ibu bapa. Seni ini harus dipelajari dan ditekuni agar kesalahan yang terjadi boleh berubah menjadi sesuatu yang positif yang memberi manfaat kepada keluarga, bukan menjadi kekuatan negetif yang menghancurkannya.

Ada sejumlah kesalahan yang terjadi dirumah, apabila salah ditangani, akan menimbulkan kesalahan yang lebih besar daripada sebelumnya. Ini boleh terjadi ketika ibu bapa terlalu membesar-besarkan kesalahan yang tidak perlu. Ibu bapa bertindak balas ke atas kesalahan kecil dengan sangat keras dan kasar, lalu membentuk rasa tertekan dalam jiwa dan fikiran anak-anak.

Dialog dengan suasana tenang serta ungkapan yang dalam mampu mengembangkan akal anak dan memperluas pengetahuannya, adalah satu seni berinteraksi dengan kesalahan anak. Dengan cara ini anak disentuh melalui pembicaraan dan diskusi yang baik daripada seorang anak, akan terdorong untuk menyingkap banyak perkara yang sebelum ini dia tidak tahu. Ia akan terdorong untuk menghadapi pelbagai peristiwa yang dilaluinya dari hari ke hari dengan cara yang baik.

Maka, perbuatan melatih anak untuk berdiskusi dan berdialog adalah salah satu cara ibubapa yang perlu diperhatikan. Dahulu Rasulullah s.a.w berdialog dengan tenang kepada seorang pemuda yang meminta izin untuk berzina. Setelah diajak berdialog, pemuda itu menjadi orang yang paling benci zina.

Salah satu kebiasaan Hasan al-Banna adalah berdialog dengan tenang untuk memperbaiki kekeliruan yang dilakukan anak-anaknya. Saiful Islam (anak kepada Hasan Al-Banna) mengatakan, "Setelah beberapa tahun, saya tahu bahawa ayah begitu memperhatikan perilaku saya dengan teliti. Tapi pemerhatian itu tidak saya ketahui kecuali ketika saya sudah meningkat dewasa. Ketika saya memperhatikan sikap-sikap ayah, baru saya ingat semasa kecil saya pernah membeli buku cerita james. Dalam buku itu ada beberapa kisah percintaan. Suatu ketika, ayah pulang lewat malam dan melihat saya masih belum tidur dan saya pada ketika itu sedang asyik membaca buku komik. Tapi ketika itu, ayah meninggalkan saya begitu sahaja. Keesokan harinya, ketika saya selesai membaca keseluruhan buku itu, ayah ajak saya berbicara. Ayah mengatakan 'Ayah akan memberikan kepada kamu sesuatu yang lebih bagus daripada itu.' Lantas ayah memberikan kepada saya beberapa buah buku.

Antaranya buku cerita mengenai pemimpin seperti kisah Antarah bin Syadad, Saif bin Dzi Yazin serta sejumlah kisah tokoh Islam yang lainnya. Ayah juga memberikan kepada saya buku sirah Umar bin Abdul Aziz r.a, juga beberapa buku lain yang bermanfaat. Saya merasakan pada ketika itu, bahawa ternyata ayah begitu memperhatikan perilaku saya, memerhatikan apa yang saya baca, serta merencanakan kepada saya dengan sangat jelas, meski pon dia sibuk dengan aktiviti dakwahnya yang sangat padat.

petikan dari buku Cinta di Rumah Hasan al-Banna

sebagai seorang da'ie, kita boleh mengambil pengajaran dari kisah diatas utk mendidik mad'u :)

Thursday, September 29, 2011

Nafas baru

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..
setelah terumbang ambing menyesuaikan diri dgn kehidupan baru, akhirnya dh boleh bernafas lega sedikit menghirup udara dimalaysia ni.
tak dinafikan awal2 hari tu byk jgk halangan2 untuk meneruskan tarbiah dibumi bertuah ni. ternyata kita mmg akan sentiasa diuji dan alhamdulillah ujian dari Allah itu semata2 adalah untuk membuatkan hambaNYA ini bersedia dengan surrounding baru yang agak berbeza cabarannya berbanding Korea

betul bak kata orang, malaysia adalah medan sebenar. orang yang melaluinya akan faham :)
walaupon tak sampai dua bulan balik malaysia, byk rsenyer input2 yg nk dikongsi dengan pembaca.

baru2 ni mengikuti satu program daurah, yang banyak menjelaskan perkara yang kurang jelas. byk membantu untuk memuhasabahkan diri iaitu "kenapa aku berada dijalan ini".. masyaAllah..
terasa sikitnye ilmu didada.. terasa sgt kerdil berbanding para daie yang walaupon dah berumur 60+ tp masih menggagahkan diri kesana kemari berkongsi pengalaman dan memberi nasihat kepada golongan syabab(pemuda)..itupon mereka masih kelihatan humble! masyaAllah.....mampukah aku tsabat seperti mereka... T.T itu suma akan bergantung kepada macam mana kita menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga keikhlasan kita dlm berada dijalan ini.

dari segi grup usrah pula..masyaAllah dan alhamdulillah bertemu dgn usrahmate yg sgt tabah dan sgt bagus. walaupon penat bekerja sebagai seorang doktor disiang hari, tapi tetap komit usrah dimalam hari, malah ada diantara mereka yang tgh sarat pregnant tngu masa nk melahirkan baby dan ade jgk yang berusrah membawa babynya yg masih kecil....hebat!
terdiam seribu bahasa menghadiri usrah sebegitu kerana byk sgt pengajaran yg perlu diambil secara tak langsung.

apa2 pon.. perjalanan masih panjang. iman didada masih perlu sgt2 dipertingkatkan. Smoge Allah akan terus memilih kita menjadi hambaNYA yang sentiasa diketuk iman dihati agar tidak leka dan lalai... ameen ya Rab..

Tuesday, September 6, 2011

Lemah jiwa

down.. tak yakin.. tak mampu.. tak hebat mcm dia bla2...
kata2 diatas mostly akan keluar dari orang yg terlalu byk berfikir, runsing seorang2 dan hasilnya cuma usaha yang sedikit.

carilah kekuatan dengan yakin akan janji2 Allah, dan bertawakal sebulat hati kepadaNYA.
usaha dan tawakal. bukankah hasil itu ditentukan Allah. Allah cuma meminta kita untuk berusaha menjalankan perintahnya utk beramal makruf dan nahi mungkar.

syaitan akan sentiasa mencari titik lemah didalam diri manusia untuk meminimizekan usaha dan masa yang akan manusia peruntukkan utk Allah..

Astagfirullah...

Saturday, August 27, 2011

Keindahan yang menguji

Alhamdulillah, kebelakangan ni membaca buku yang bertajuk Nabi Yusuf DiDalam Al-Quran, karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Zarni.

SubhanAllah byknye pengajaran yang dapat dipelajari dari kisah Nabi Yusuf.
Kisah nabi yusuf merupakan kisah yang paling baik yang terdapat didalam alquran, dimana Allah menceritakan kisahnya bermula dari kisah nabi yusuf kecil sehinggalah dia dapat kembali semula bersama keluarganya ketika dia dh besar.

"Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik" (Yusuf:3)

Diantara pengajaran dari kisah ni yang ingin sy kongsikan adalah berkenaan Nabi Yusuf dan ketampanannya.

Sesungguhnya Allah s.w.t telah membahagikan kekacakkan di muka bumi ini menjadi dua bahagian.
Sebahagian dimiliki oleh semua keturunan anak Adam dimuka bumi ini hingga datang hari kiamat, manakala sebahagian lagi diberikan kepada Nabi Yusuf.

Seindah mana Allah menciptakan nabi Yusuf, hanya Allah yg tahu. Tapi yang pasti keindahan itu bukanlah keindahan biasa, tetapi yang luar biasa.

"..Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka merasa kagum dengan (keelokkan rupa)nya dan tanpa disedari mereka telah melkai (jari) tangan mereka sambil berkata "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah para malaikat yang mulia"
(Yusuf:31)

Tetapi, ketampanan itu sebenarnya adalah ujian dari Allah s.w.t buat Nabi Yusuf, dan nabi yusuf sendiri merasakan ujian itu amat berat buatnya.
ia mencuri hati setiap wanita2 yang memandang, terduga keimanan beliau tat kala digoda oleh wanita cantik seperti zulaikha.

sehinggakan Nabi Yusuf berdoa kepada Allah, sekiranya penjara itu yang terbaik buatnya dari terus diduga dan digoda, maka penjara itulah yang dianggapnya terbaik buatnya.

"Yusuf berkata "Ya Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Dan jika Engkau tidak hindarkan daripada tipudaya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang yang bodoh".
(Yusuf:33)

tetapi.. dalam dunia kini, kecantikan dan ketampanan merupakan suatu kebanggaan yang kebiasaannya mahu ditonjolkan dan dipamerkan.
kecantikan dan ketampanan dirasakan memberi keyakinan dan daya tarikan yang menguntungkan.

walhal tanpa disedari itu merupakan ujian dr Allah.. pernahkah kita beristigfar tatkala kita menyedari ada mata dari berlainan jantina yang bukan muhrim memerhati kita? pernah kah rasa bersalah tika kita tercuri pandangan dan hati mereka yang memandang? apatah lagi jika kita tercuri pandangan dari orang yang ingin menjaga hati kerana Allah.

kecantikan dan ketampanan merupakan suatu ujian dr Allah. jagalah ia, peliharalah ia untuk menjadi anugerah yang terindah buat mereka yang berhak mendapatnya.

wanita2 yang cantik..
peliharalah kecantikanmu khas untuk suami yang tercinta kelak..
jangan dijadikan kecantikan sebagai bahan untuk
menarik perhatian secara sengaja ataupon tidak,
kerana ia merupakan ujian dari Allah buat anda

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita soleha :)

Sunday, August 21, 2011

한국 안녕~ Slamat Tinggal Korea~

Bismillahirrahmanirrahim..
dh lebih dua minggu meninggalkan bumi korea, tiba2 rasa rindu pula. Alhamdulillah hidup selama 6 tahun disana sangat2 bermakna.
Dikorealah tempat 2 cinta ditemui.. tarbiah dan suami, dan semoga kedua2nya kerana Allah sentiase insyaAllah.

kelmarin, bersamaan 19 0g0s 2011, merupakan tarikh yg sepatutnya sy dan suami bergraduasi di hanyang universiti, tetapi disebabkan rse sangat2 syg klo terlepas beberapa program yang akan dijalankan dimalaysia , kami bulatkan hati dan tekad untuk pulang awal kemalaysia. ditambah pula dengan beberapa keperluan lain yang membutuhkan kami untuk pulang awal kemalaysia.

dan ternyata alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... program konsisten dan kilat yang dijoin sangat2 bes!
Mungkin setiap peserta yang mengikuti Konsisten dan Kilat turut merasai apa yang sy rse skrg.
pengisian yang sangat berguna, kagum dengan perkongsian oleh tokoh2 yang tsabat didalam dakwah even dh berpuluh2 tahun.. mampukan kami sekuat mereka? insyaAllah..
terasa seperti direcharge sepanjang program even penat!

tak dinafikan, dalam masa yang singkat selepas pulang kemalaysia, dengan kalut menguruskan kehidupan yang masih belum stabil, memang memenatkan. ditambah dengan masih tidak mempunyai lesen kereta.. tp alhamdulillah, sedang berusaha mendapatkan lesen! 화이팅!

selesai program konsisten dan kilat, alhamdulillah sempat pula berprogram ISK dengan adik2 yang baru. masyaAllah, melihat adik2 yang bersemangat mendapat input2 baru, rase malu dengan diri sendiri sbb mse pertama kali dpt ISK dlu tak sesemangat adik2 tu.

ape2 pun..perjalanan masih jauh. perancangan perlu dibuat dengan rapi dan tersusun. istiqamah dan mujahad sangat2 perlu. smoge sentiase merasai ma'iyatullah (kebersamaan Allah). Smoge Allah sentiase merahmati kita semua

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan) , tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"
(94:5-8)

Saturday, July 16, 2011

Beserta dengan ilmu itu adalah akhlak

Salah satu perbezaan diantara tamadun yang diperintah oleh islam dengan tamadun yang di perintah oleh barat adalah kesannya terhadap alam ini.

Semasa islam menjadi tamadun dunia, para jurutera, para arkitek, para doktor semuanya mempunyai akhlak yang sangat mantap. Dimana ilmu terawal yang disematkan didalam dada-dada muslim adalah ilmu aqidah, Al-quran, hadis, sejarah islam, Sunnah-sunnah rasulullah s.a.w, ilmu hisab.

Kebanyakkan mereka menghafal alquran seawal umur 5 tahun. Mereka berpegang teguh dengan konsep ilmu dan iman perlu bergerak seiring. Tingginya ilmu semakin meninggikan keimanan dan semakin merendah dan menundukkan diri kepada Allah s.w.t. Oleh itu, lahirkan golongan ilmuan islam yang menitik beratkan teknologi-teknologi berdasarkan apa yang disarankan oleh ajaran islam yang tidak merosakkan alam sekitar iaitu teknologi yang membangunkan ummah.

Ketika dunia dibawah kekuasaan tamadun barat ini, kita boleh lihat kesannya kepada alam sekitar, kesannya kepada orang yang miskin, dimana untuk mencapai ketinggian teknologi ia tidak menitik beratkan kesannya kepada haiwan dan tumbuhan. Sedikit contoh yang dapat kita perhatikan adalah dengan peningkatan pemanasan global, kesan-kesan bahan kimia yang membunuh hidupan laut, dunia-dunia fesyen yang membunuh haiwan2 untuk diambil bulunya, pengubahan DNA-DNA tumbuhan dan haiwan demi untuk meningkatkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja. teknologi-teknologi yang dicipta juga hanya mampu digunakan oleh golongan yang kaya raya dan menindas mereka yang miskin.

Kesan teknologi dan GMO (Genetic Modified Organism) kepada haiwan-haiwan


Kita bukanlah kekurangan orang islam yang tinggi ilmunya, tetapi kita dizaman ini memerlukan ilmuan islam yang faham dan sedar kearah manakah ilmunya itu perlu dimanfaatkan. bukannya hanya terhad untuk kesenangan dunia sahaja. tetapi perlulah sedar ilmu yang dikurniakan oleh Allah itu perlulah digunakan untuk islam dan ummah.

Masjid al hambra yang dibina semasa islam memerintah diandalusia. Arkitek islam yang membina bangunan ini berdasarkan ilmu geometri yang sangat teratur dan unik.


Kompas yang digunakan oleh pelayar-pelayar islam

Monday, July 11, 2011

Bersin didalam islam

Hachum~…. Alhamdulillah… tiba-tiba kedengaran suara seorang sahabat membalasnya.. "Yarhamkillah"

Sesetengah orang memang sentiasa bersin, terutamanya yang berpenyakit resdung (Sinusitis). Kadang2 merasakan sangat rimas terutama bila bersin di tempat public atau didalam kelas. Sepertinya mengganggu pelajar lain untuk focus.

Tetapi..subhanaAllah..jika kita tahu ilmu tentang bersin itu didalam islam.. terbit rasa bersyukur setiap kali kita bersin :)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah itu mencintai bersin dan benci kepada menguap. Maka apabila seseorang di antara engkau semua bersin dan ia memuji kepada Allah Ta'ala - yakni mengucapkan Alhamdulillah - maka menjadi hak atas setiap orang Muslim yang mendengarnya supaya ia mengucapkan padanya: Yarhamukallah, yakni: "Semoga engkau diberi kerahmatan oleh Allah. Adapun menguap, maka hanyasanya menguap itu dari syaitan*. Maka apabila seseorang di antara engkau semua menguap, hendaklah menolaknya sekuat mungkin, sebab sesungguhnya seseorang di antara engkau semua itu apabila menguap maka ketawalah syaitan daripadanya itu." (Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa jika seseorang bersin, menjadi haknya untuk kita mendoakannya dengan doa seperti yang disarankan beliau

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Haknya seorang Muslim terhadap orang Muslim yang lain itu ada lima perkara yaitu menjawab salam, meninjau yang sakit, mengikuti jenazahnya, mengabulkan undangannya dan bertasymit kepada yang bersin - yakni kalau seseorang bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, maka yang mendengar hendaklah mentasymitkan - mendoakan - dengan mengucapkan: Yarhamukalhh, artinya: Semoga Allah merahmatimu, kemudian yang bersin itu menjawab: Yahdikumullah wa yushtihu balakum, artinya: Semoga Allah memberi petunjuk padamu dan memperbaiki hatimu." (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin, maka hendaklah mengucapkan: "Alhamdulillah"dan hendaklah saudaranya atau kawannya yang mendengarkan itu laiu mengucapkan:Yarhamukallah Selanjutnya apabila saudara atau kawannya tadi sudah mengucapkan: Yarhamukallah, maka hendaklah orang yang bersin tadi mengucapkan: Yahdikumullah wayush-lihu balakum, artinya: Semoga Allah memberikan petunjuk pada anda dan pula membaguskan hati anda.

(Riwayat Bukhari)

Ucapan selepas bersin itu merupakan pujian kepada Allah

Dari Anas r.a., katanya: "Ada dua orang yang sedang berada disisi Nabi s.a.w., lalu beliau s.a.w. mentasymitkan pada yang seorang di antara keduanya itu - waktu ia bersin, tetapi tidak mentasymitkan kepada yang lainnya. Lalu berkatalah orang yang tidak ditasymitkan oleh beliau itu: "Si Fulan ini bersin lalu anda mentasymitkan ia, sedang sayapun bersin, tetapi anda tidak mentasymitkan saya. Apakah sebabnya?" Beliau s.a.w. menjawab: "Orang ini setelah bersin mengucapkan Alhamdulillah, sedang engkau tidak mengucapkan Alhamdulillah." (Muttafaq 'alaih)

Bagaimana pula cara Rasulullah s.a.w ketika bersin?

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila bersin, lalu meletakkan tangannya atau bajunya pada mulutnya dan memperlahankan - atau tidak memperdengarkan - suaranya karena bersinnya rtu." Orang yang meriwayatkan Hadis ini ragu-ragu - apakah dengan kata-kata khafadha atau ghadhdha, tetapi artinya sama yaitu memperlahankan atau tidak memperdengarkan yakni menutupi suaranya. Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

Bagaimana pula sekiranya yang bersin itu bukan orang islam?

Dari Abu Musa r.a., katanya: "Orang-orang Yahudi sama-sama bersin di sisi Rasulullah s.a.w. dan mereka mengharapkan hendaknya beliau s.a.w. mengucapkan: Yarhamukumullah, tetapi beliau s.a.w. mengucapkan: Yahdikumullah wayushlihu balakum." Jadi bukan didoakan supaya dirahmati oleh Allah, tetapi didoakan semoga diberi petunjuk dulu oleh Allah dan diperbaguskan hatinya, sehingga suka menganut agama Islam, sebab pada waktu itu mereka belum memeluk agama Islam,sekalipun mengetahui kebenarannya Muhammad s.a.w. sebagai utusan Tuhan.

Semoga ilmu ini bermanfaat kepada pembaca dan membuatkan kita rasa bersyukur setiap kali bersin :)

Rujukan hadis dari Kitab riyadus solihin

Thursday, July 7, 2011

Rapuh

Detik waktu terus berjalan

Perhias gelap dan terang

Suka dan duka

Tangis dan tawa

Terguris bagai lukisan


Seribu mimpi

Berjuta sepi

Hadir bagai teman sejati

Diantara lelahnya jiwa

Dalam resah dan airmata


Ku persembahkan kepadaMu

Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepadaMu

Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati

Tak sempurna mencintaiMu

Dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu

Semua berakhir padaMu …

-Opick-